Thursday 26 June 2014

PERKASA NAIK ANGIN SATU DESAK CEO PETRONAS BERHENTI SEBAB BERKATA JUJUR DAN BENAR YANG HASIL MINYAK DAN GAS NEGARA INI MILIK SEMUA RAKYAT MALAYSIA.


BERKATA BENAR DAN JUJUR ADALAH SUATU KESALAHAN BESAR DALAM KAMUS PERKASA DAN JUAK-JUAK BERDARAH UMNO PEKAT.
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mendesak Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas meletak jawatan selepas kenyataan bahawa hasil minyak dan gas "bukan milik Bumiputera semata-mata" baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata kejayaan Petronas adalah hasil daripada usaha keras Bumiputera membangunkan syarikat minyak negara tersebut sejak ia ditubuhkan.

"Bila perbandingan dibuat mengenai Bumiputera, ia seolah-olah dosa besar.

"Mereka (Petronas) yang berjaya sejak awal dahulu kerana layanan istimewa yang diberikan. Kalau dia (Shamsul) bising, berhenti sajalah," kata Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabatnya di Jalan Ipoh hari ini

Semalam Omak Kau ada dedahkan kenyataan CEO Petronas itu ...:-


Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata minyak dan gas bukan milik orang Melayu dan Bumiputera semata-mata tetapi milik semua rakyat Malaysia tidak kira kerajaan atau pembangkang.

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) itu berkata, Akta Pembangunan Petroleum (PDA) menyebutkan dengan jelas minyak dan gas adalah milik semua rakyat Malaysia.

"Ia menyebut rakyat Malaysia, jadi ia boleh milik kerajaan, boleh juga kepada pembangkang, dan sesiapa sahaja. Kami (Petronas) ini adalah penjaga,” katanya dalam wawancara eksklusif akhbar perniagaan mingguan berbahasa Inggeris, The Edge keluaran 23-29 Jun, 2014.

Beliau berkata, pada 2010 Petronas menyusun semula struktur semua organisasinya, termasuk komposisi lembaga pengarah dengan memasukkan mereka yang berkebolehan.

"Orang bercakap yang saya menyingkirkan kakitangan kerajaan dengan membawa masuk bukan Melayu, membuka Petronas yang menjadi milik orang Melayu kepada orang bukan Melayu. Adakah kami tidak berminat pada kecekapan? Inilah perkara susah yang saya hadapi.

"Petronas perlu membentuk diri menjadi organisasi profesional, tetapi pada masa sama saya ditarik dalam politik, campur tangan pihak berkepentingan, oleh agenda yang ketinggalan zaman,” katanya.

Beliau berkata, campur tangan golongan birokrat dari dalam kerajaan menyukarkan Petronas untuk membuat keputusan.

"Setakat ini, bos saya (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) tidak banyak mencampuri urusan Petronas, tetapi orang di sekeliling beliau yang campur tangan.

“Bolehkah awak bayangkan masalah yang saya alami?”

Shamsul berkata, syarikat minyak negara itu mengamalkan kecekapan dan meritokrasi untuk setanding dengan syarikat minyak global dan keputusan yang dicatatkan oleh Petronas setiap tahun menunjukkan mereka melaksanakan tanggungjawab untuk kekal berdaya saing di peringkat global.

"Adalah terlalu sukar untuk membuat kerja dengan jujur. Awak menghabiskan masa melakukan tugas lain daripada kerja hakiki.

"Keputusan kewangan menunjukkan keadaan sebenar, ia amat baik. Tidak seperti orang luar (yang menjadikan sesuatu perkara sukar) dan juga orang daripada kerajaan-birokrat. Campur tangan birokrat menjadikan sesuatu perkara menjadi susah,” katanya.

Wawancara yang bertajuk “Adakah kami tidak berminat pada kecekapan” itu dibuat sebagai mengulas khabar angin menyatakan Shamsul akan meletak jawatan.

Dalam wawancara itu, beliau berkata, sebahagian daripada transformasi Petronas adalah untuk menjadikan syarikat minyak negara itu model baharu dunia korporat Malaysia daripada segi profesionalisme.

Shamsul berkata, DNA Petronas adalah kurangnya campur tangan kerajaan, akan membolehkan Petronas bertindak secara profesional.

"Pada masa sama mereka (kerajaan) mahukan Petronas menjadi sebuah syarikat minyak global yang setara dengan Exxonmobils dan Shell, dan kami mahu menjadi seperti itu. Tetapi Shell dan Exxonmobils tidak banyak diganggu oleh kerajaan mereka,” katanya.

Beliau juga mendedahkan beberapa syarikat seperti Labuan (Shipyard) yang memerlukan lesen fabrikasi dan kerajaan meminta Petronas membantu kerana mereka mempunyai limbungan.

Katanya, Petronas membantu syarikat itu dengan memberikan lesen dengan syarat akan ada proses bida dan tender ditawarkan di peringkat serantau. Tetapi selepas mendapat lesen, syarikat itu mahu peruntukan pula.

"Saya orang Melayu dan saya bangga... awak fikir saya tidak akan bantu kaum saya? Sudah tentu saya mahu bantu mereka, tetapi dengan cara yang lebih sesuai, bukannya melalui pemberian dan suapan,” katanya.

16 comments:

  1. Bangsa lain dijamu disuap, bangsa sendiri dicekik. ini kaedah melayu didik melayu. Puihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepala buto la. Bg kat melayu kroni amno, semua runtuh. Kontrak 100 juta bila sisp bole naik 1 billion.

      Duit lembu bg kat melayu amno pun bole lenyap

      Delete
    2. "PKR = Parti Keling Rakyat".....haktuihhhhh!!!!!26 June 2014 at 21:12

      "PKR = Parti Keling Rakyat". Sebab tu budaya gangster kuat. Paling byk makan duit puak keling ni la.

      Jika jumpa ular dan jumpa keling, maka ketuklah keling itu dulu.

      Delete
  2. Sharing is caring maa-meelayu mana tau pegang duit-dapat 1juta arini esok dah abis beli ferari-melayu duit byk mana tau rendah diri-satu malaya dia mau bgitau dia manyak duit-itu towkay perkasa kalau takmau share lu korek minyak sendiri looo-lu mana tau simpan duit maa-meelayu perkasa talak guna maa-mau gaduh hali2 mcm ini malaya perkasa punya-jgn itu mcm loo tokay perkasa-kita sharing maa-sharing is caring maa-i help u n u help me maa

    ReplyDelete
  3. Ada tujuan umno ternak perkasa dan pekida ni...

    ReplyDelete
  4. Beraheng...beraheng...awat minyak petronas tu makbapak hang punya ka.atau katak punya.beraheng you're useless crazy frog.

    ReplyDelete
  5. INGAT TAK MASALAH CETAK ROMPAK DI MALAYSIA TAHUN 80-90an.

    RAMAI ARTIS AJAK LAWAN LANUN CETAK ROMPAK.

    M.NASIR SIAP BERLAKON FILEM KEMBARA SENIMAN JALANAN.

    M.NASIR PANGGIL LANUN CETAK ROMPAK SEBAGAI LANUN MATA SEPET.

    SIAPA LANUN MATA SEPET DI MALAYSIA??

    LANUN MATA SEPET MANA CETAK ROMPAK ALBUM ARTIS MELAYU??

    LANUN MATA SEPET MANA CURI MAKAN HASIL KERJA ARTIS MELAYU??

    KORANG TAK PAYAH PERCAYA SGT LA DGN PUAK LANUN MATA SEPET.

    LANUN MATA SEPET HANYA MAHU DUIT DUIT DUIT.

    ReplyDelete
  6. CEO Petronas ni ketinggalan kereta lembu.
    Benda dia cakap tu dah berpuluh tahun rakyat katakan.
    Dia ingat dia bagi tau tu benda yg rakyat tak tau ka?
    Dah berapa lama jadi CEO? Pasal apa tak halang UMNO samun duit rakyat bebilion setahun.

    ReplyDelete
  7. Tept dn btl kytaan yg dikomen. Ceo ni xkn lma dlm ptrons krna keikhlsn srta jujr mbuat kytaan ttbuka xkn dsukai olh mcai2 umno. Gunkn Perksam wat kytaan ngtve trhdp ceo.inilh dia sikp dn prangai umno sbnrya.

    ReplyDelete
  8. Ni sumer poyo... haktuihhh

    ReplyDelete
  9. tak de sesiapa yang nak pancung braheng katok ni heh heh heh ...

    ReplyDelete
  10. Inilah kelemahan mentaliti Melayu UMNO. Nak berlagak tapi isi tak ada. Ingat akan peribahasa melayu, Hanya Jauhari yang kenal Manickam. Untuk berjaya di peringkat antarabangsa, kita perlukan rakyat Malaysia yang dinamik, berdaya saing, berkaliber, rajin, flexiblity tinggi, ... semuanya positif. Hanya yang bijak sahaja akan kenal orang yang bijak. Begitu juga hanya yang BODOH sahaja kenal orang yang BODOH.
    Kalaulah PETRONAS ni syarikat swasta, tuan punya syarikat pun berkehendakkan pekerja yang hebat. Tak kan kita nak jadikan PETRONAS ni macam MAS. Kalaulah PETRONAS bankrupt, apa lagi yang Malaysia ada?
    Janganlah kita ikut tatacara munafikun. Mulut berbuih membela Melayu tapi sebenarnya sedang menjahanamkan Melayu. Depa ni bukan mahu Melayu menjadi bangsa yang berdaya saing tapi nak Melayu jadi Pak Turut sahaja.
    "Berbuat dan Bercakap Benar adalah kesalahan yang besar" di kalangan Pegawai Kerajaan. Begitu juga rakyat Malaysia. Lihat sahaja berapa ramai pegawai tinggi yang korup yang mesra UMNO didakwa walaupun buktinya kukuh dan mantap. Inikah amalan Melayu yang mengaku diri depa tu "ISLAM". Apatah lagi pejuang "Islam" yang sejati. Pi lah kata mana-mana agensi kerajaan, budaya BODEK ni wajib walaupun depa tahu yang BOSS tu bukanlah orang hebat tapi bila BOSS depa bercakap atau berucap, depa angguk seolah-olah faham dan bertepuk tangan seolah-olah yang diucapkan tu BENAR dan BETUL. Membetulkan apa yang salah akan diberi prestasi yang buruk manakala yang membenarkan yang salah diberi markah yang tinggi. Begitu juga pegawai bawahan, janji "YES MAN", pasti markah tinggi, tambahan kalau adalah ahli UMNO/MCA/MIC ....
    ISLAM mengajar kita bercakap yang BENAR, mencegah KEMUNGKARAN, ... tapi apa kita yang Islam keturunan ni buat. Bercakap BOHONG dan membenarkan KEMUNGKARAN. Meluat bila aku tengok bangsa aku yang kononnya JAGUH perjuangan ISLAM terutama dalam soal kalimah Allah dan Hukum Hudud. Amat jelas kemunafikan mereka tu.

    ReplyDelete
  11. tu harta negara bukan hak melayu saja !!

    ReplyDelete
  12. Horeyyyyy hari raya dah dekat...

    ReplyDelete
  13. suburkan keadilan yg diajarkan islam.

    ReplyDelete
  14. TAK USAH PROMOSI NAMA PERKASA..kerana kewujudannya tiada membawa sebarang faedah serta jasa pada bangsa melayu..apatah lagi kepada bangsa malaysia..golongan yang menyuburkan budaya rasis tiada tempat dalam Islam

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...