iPad 1Malaysia: Di Malaysia RM999, di Thailand RM256 .. bukan projek kroni kata Ahli UMNO ini..
Semakan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan bahawa MalTechPro telah didaftarkan dua bulan yang lalu iaitu pada 5 April 2012 dengan modal berbayar RM1000.
35 Peratus dari sahamnya dipegang oleh Ketua Pemuda Umno Selayang yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia merangkap Ketua Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno Malaysia, Sohaimi Shahadan.
Khamis lalu MalTechPro telah menjemput Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Ismail Sabri melancarkan 1MPad.
Kata Sohaimi, MalTechPro Sdn Bhd turut mencadangkan kepada kementerian penerangan untuk menjadikan tablet itu sebagai ganti kepada komputer netbook 1Malaysia sedia ada yang diberikan kepada pelajar sekolah.
Beliau berkata, 1Malaysia Pad yang dibangunkan sejak tahun lalu adalah produk setanding jenama lain di pasaran yang mempunyai kualiti tinggi dengan harga murah.
Selain itu, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),
Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian akan membantu dalam mempromosikan tablet itu kepada 1.4 juta pelajar seluruh negara menerusi program jelajah beli barangan Malaysia.
1Malaysia Pad berukuran tujuh inci adalah tablet yang menggunakan sistem operasi Android Gingerbread 2.3, kamera belakang tiga megapiksel dan hadapan 0.3 megapiksel, mempunyai sambungan WiFi serta dilengkapi aplikasi terbaru 1Malaysia Club, 1Malaysia Messenger dan 1Malaysia Info -
Sinar Harian
Sebahagian dari 5000 unit 1MPad akan mula dipasarkan pada bulan hadapan dengan harga RM999 sebuah.
Meskipun ianya baru dipasaran produk ini dipertikaikan ramai kerana ianya menggunakan sistem operasi Android Gingerbread 2.3 yang sudah out of dated.
Harganya juga adalah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan apa yang dibekalkan oleh Kerajaan Thailan kepada pelajarnya yang berumur enam hingga lapan tahun pada harga US$81 atau RM256 bagi setiap unit.
Kerajaan Thailand dilaporkan membekalkan kepada pelajarnya tablet yang punya screen berukuran tujuh inci yang menggunakan sistem operasi Andriod 4.0.
Bayangkan berapa banyak untung yang bakal dikaut oleh Ketua Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno Malaysia jika 1.4 Juta pelajar seluruh Negara dikerah membelinya….
*************************************
UMNO KALAU TAK MENIPU BUKANLAH UMNO NAMANYA........KALAU PEMBETUKKAN BERSIH CELUP 4.0 DIA SANGGUP TIPU MENYAMAR SEBAGAI PENIAGA KAKI LIMA JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN.. APATAH LAGI PERKARA YANG SAMAR-SAMAR.....