Thursday 1 November 2012

DUA HELAI SURAT MELONDEHKAN PERANGAI UMNO YANG SEBENAR!!!!!!!

JIKA MAUKAN PAPARAN YANG LEBIH JELAS DAN BESAR, SILA KLIK PADA FOTO.
Inilah dia perangai UMNO yang sebenar.

Surat diatas sekali ialah surat dari Guru Besar Sek Kebangsaan Sungai Petani Kedah, kepada Ibu Bapa/Penjaga murid  tahun 6 sekolah tersebut yang dipilih kononnya untuk meramaikan menyambut Najib Razak di Pantai Merdeka dari jam 9.00 pagi hingga 2.00ptg sempena Perhimpunan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan.

Nak tunjuk pada Najib kononnya rakyat ramai sungguh menyambut beliau maka dikerah murid-murid sekolah yang tidak tahu butir-butir apa sebagai penambah dan perbanyakkan angka untuk propaganda murahan UMNO.

Agak-agaknya kalau Menteri Besar Kedah kerajaan PAS/PR maukan murid-murid sekolah rendah datang menyambut beliau dalam satu upacara rasmi, pihak Guru Besar Sekolah yang sama keluarkan surat tak?

Surat kedua pula datangnya dari seorang Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK), Kg Felda Pasir Raja, Kulai, Johor kepada Ketua Cawangan PAS, Pasir Raja minta pihak PAS turunkan bendera-bendera PAS yang berkibar meriah ditiang-tiang elektrik dalam kawasan Felda Pasir Raja, Kulai, Johor.

Alasan yang diberikan demi menjaga keharmonian penduduk setempat.  Apakah dengan mengibarkan bendera UMNO/BN dalam kawasan Rancangan Felda Pasir Raja mampu mengharmonikan penduduk?

Inilah dinamakan, sendiri buat semua ok dan halal.. pihak lawan buat semuanya tidak boleh dan boleh mengucar kacirkan keharmonian.

Pemikiran yang menganut politik primitif zaman purba pupus tarikh.

Peliknya pihak TNB tidak pula buat kecoh dan bising..Pengerusi JKKK Felda Pasir Raja, Kulai ingat tiang elektrik itu kepunyaan Felda Pasir Raja kot.  Otak sempit betul!!!!!

Patutlah perangai para pemegang jawatan JKKK sering dijadikan bahan momokkan sebagai mereka yang amat kurang cerdik dan kebudak-budakkan dalam sepak terajang politik.

SIKAP DOUBLE STANDARD INI WAJIB DIHAPUSKAN SEBAGAI MENGHORMATI SEMANGAT DAN ROH DEMOKRASI DEMI KELUHURAN PERLEMBAGAAN NEGARA.

UMNO TUMBANG...ISLAM DAN MELAYU GEMILANG... UMNO BERKUBUR... NEGARA MAKMUR... UMNO KECUNDANG.. RAKYAT SENANG.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...