Anugerah 'Datuk' kepada pengarah SPRM Pahang ditangguh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 'menggelegak' berhubung
anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk' kepada pengarah
SPRM Pahang, walaupun beliau sudah dua kali dikenakan tindakan kerana
dakwaan salahlaku dan kini menghadapi siasatan ketiga.
Beliau
dijadual menerima anugerah 'Darjah Indera Mahkota Pahang' yang membawa
gelaran 'Datuk', kata satu sumber yang ingin tahu mengapa beliau boleh
terlepas proses saringan yang dibuat ke atas mereka yang dicalonkan
untuk menerima anugerah darjah kebesaran.
Bagaimanapun, berikutan pertanyaan berterusan daripada Malaysiakini sejak dua hari lepas, portal berita ini telah dimaklumkan lewat semalam bahawa anugerah tersebut telah "ditangguhkan".
Menurut
sumber tersebut, SPRM ditugaskan untuk menyaring semua mereka yang
dicalonkan menerima darjah kebesaran di peringkat negeri dan persekutuan
bagi memastikan mereka tidak terlibat - atau disyaki - melakukan
salahlaku termasuk rasuah dan kegiatan jenayah.
Pada akhir tahun
1990-an, sebagai contohnya - Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum ia
dikenali sebagai SPRM sekarang - telah mengenal pasti dua individu yang
sedang disiasat berhubung kes rasuah, semasa raptai majlis istiadat
pengurniaan darjah kebesaran di Melaka."Jadi bagaimana nama Moh
Samsudin boleh terlepas saringan tersebut sedangkan namanya terdapat
dalam senarai yang disiarkan dalam akhbar pada 24 Oktober dan sekali
lagi pada Sabtu lepas?" kata sumber tersebut.
Apatah lagi, calon tersebut adalah dari kalangan pegawai SPRM sendiri.
Ketika
dihubungi semalam, Moh Samsudin hanya berkata: "Memandangkan aduan
telah dibuat kepada anda (Malaysiakini), anda perlu menyiasatnya
(sendiri)."
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed,
juga ketika dihubungi, telah mengarahkan Timbalan Pesuruhjaya 1, Datuk
Mohd Shukri Abdull (kanan) untuk memberi respon.
Shukri berkata
Moh Samsudin tidak dimasukkan dalam proses saringan kerana pencalonan
untuk anugerah itu datang terus dari istana Pahang.
Bagaimanapun,
satu lagi sumber yang biasa dengan proses saringan tersebut menegaskan
bahawa SPRM mempunyai kuasa untuk menyaring calon-calon dan menyekat
pemberian anugerah walaupun dalam keadaan sedemikian.
Pada kira-kira jam 6.30 semalam, Shukri menghantar SMS kepada Malaysiakini menyatakan
bahawa beliau telah dimaklumkan bahawa kerajaan Pahang telah
menangguhkan anugerah darjah kebesaran itu kepada individu berkenaan.
Satu
daripada tiga tuduhan salahlaku dibuat terhadapnya ialah tiga tahun
lalu ketika menjadi pengarah SPRM Selangor, selepas beliau memberikan
'nasihat' kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum
merakam kenyataannya berhubung kontroversi berkaitan penggunaan kereta
rasminya.
Satu sumber yang biasa dengan kes itu berkata Moh
Samsudin tidak diberi kuasa untuk menawarkan 'nasihat' atau merakam
kenyataan itu.
"Dia boleh telah dipecat, tetapi telah diberi amaran keras dan dipindahkan untuk menjadi pengarah (SPRM) Pahang.
"Tangga
gajinya telah diturunkan daripada gred khas kepada D54, dan gajinya dan
promosinya telah digantung sehingga 2014," kata sumber itu.
Tuduhan salahlaku ketiga sedang disiasat, tetapi butiran mengenainya tidak didedahkan sementara menunggu keputusan siasatan.
MACAM MANA PEGAWAI AWAM YANG MEMPUNYAI REKOD AMAT BURUK MASIH LAGI DILANTIK MENJADI PENGARAH SPRM??
MACAM MANA RAKYAT NAK PERCAYA AKAN KEWIBAWAAN SPRM SEBAGAI AGENSI YANG BERSIH UNTUK MEMBERSIHKAN RASUAH DINEGARA INI?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Tukar sahaja nama SPRM KEPADA sURUHANJAYA PERTINGKATKAN RASUAH DIMALAYSIA. BRAVOO
ReplyDeleteSultan Pahang pulak pasal apa bagi pingat kat siMamat ni? Ada apa-apa jasa yang tersembunyi ke?
ReplyDelete