Thursday 13 March 2014

AMARAN KERAS SUDAH DI KELUARKAN TERHADAP RAJA BOMOH SEDUNIA .. LAGI SEKALI DIA BUAT HAL DI KLIA, PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) AKAN BERTINDAK!!!



Akhirnya setelah diserang bertubi-tubi tanpa henti oleh rakyat atas gelagat yang memalukan Agama, Bangsa dan Negara oleh seorang individu yang mengaku dirinya seorang Raja Bomoh Sedunia, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak jika dia cuba buat hal lagi.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan meletakkan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengelakkan bomoh melakukan ritual untuk mengesan kehilangan pesawat penerbangan MH370 sejak Sabtu lalu.


Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jais, Hardi Mohd Sadali, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan anggota keselamatan di KLIA bagi memantau kegiatan itu daripada terus berulang.


Katanya, pemantauan itu akan dilakukan secara berterusan di lapangan terbang itu.


Pasukan penguatkuasa Jais yang tiba kira-kira 9.20 malam, dilihat menunggu kehadiran Ibrahim di Anjung Tinjau sebelum dilihat meninggalkan tempat itu pada jam 10.15 malam.


Tengah hari tadi, Ibrahim yang mendakwa dirinya sebagai "Raja Bomoh", melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' bagi mengesan pesawat penerbangan MH370 yang disertai beberapa lelaki yang memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya.


Pada Isnin lalu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.

Hardi berkata, jika Ibrahim terus melakukan ritual itu di KLIA, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadapnya mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

"Kita akan nasihat beliau supaya tidak melakukan ritual seperti yang dilakukan sebelum  ini. Jika dia (Ibrahim) masih berdegil, kita akan ambil tindakan," katanya.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini turut menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari pesawat penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.


Penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.


Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

27 comments:

  1. Balik balik jmuka bomoh ni. Masa bersih pun muka dia. Masa black 505 pun muka dia. Time berguling kat jlnraya pun muka dia. demo 'turun' pun muka dia paling depan berarak. Ceramah pkr kt kjg pun muka dia paling duduk depan.Bikin kita pkr malu je la sorang ahli ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haluuuuuuu. ........

      Lu mgigau ker beb...klau lu nk brsekolah pun bsok pgi ler beb...mlm bebuta ni gua mhu solat thajud ...siang lu ponteng tkut omak kau rotan lu yg slalu gagal mnjawab dn brfikir...time ni bru nk dtg..pueee. ...jnis tlur sbijik x ubh cam ktua lu....

      Khak tuih

      Delete
    2. oi macai ameno.cakap pun dah meracau2 je. tu la akibatnya banyak sngat telan taik seifool

      Delete
    3. Hello NGOK! Kau baca la blok Manjung Mari. Nanti kau tahu BOMOH Mangkuk Hayun tu pencacai tegar UMNO macam kau juga...bodoh tapi tak makan diajar! Kau jangan nak kaitkan mangkuk hayun ni dengan PR. Kau kena ingat Kutty cakap yang bangang jer masih menganut fahaman umngok...

      Delete
    4. eh tu dia org kuat Umno OKU nk tutup malu.. dh malu satu dunia.. x bole buat ape2 dah sayang oii..

      Delete
    5. Byk cerita pulak..tangkap je la..dah terang lg bersuluh..jgn pilih bulu..

      Delete
  2. Haluuuuuuu. .........

    Dukun mlaun ni mner tau mlu...jnis umnongok yg ngok asyik ngok ngek jer beb...tnya brua tu siapa vip yg jmput lu dtg bikin drama lwk situ beb......mak lampir lu tntu bngga dgn tropong dn tikar trbang lu...lu btul2 giler beb....pueee

    Khak tuih

    ReplyDelete
  3. Boleh ke nak tangkap bomoh ni kan disayangi puak umno yang suka buat keja2 khurafat... tu golongan anti hadis pun mana boleh tangkap... dilindungi puak2 ni jugak

    ReplyDelete
  4. x der lagilah badut2 gila yang akan menghiburkan makcik2 tukang mob lantai kat klia lepasni...

    ReplyDelete
  5. Kahhhhhh...kahhhhh....kahhhhh.....bomoh nujum VVVIP UMNONGOK punya.....kononnya tampar buaya tembaga sampai mati...realitinya belum sempat nk tampar dia dah kena ngap dulu.......SATU LAGI HASIL PRODUK KERAJAAN UMNONGOK BARANG NAIK.........

    ReplyDelete
  6. Bomoh in VVIP UMNO , mampu ke JAIS tangkap VVIP UMNO ????

    CNN NEWS 400pagi sudah cerita pasal kemungkinan serpih serpih 370 , BOMOH terus membahalol kan MELAYU....

    ReplyDelete
  7. mahaguru Bomoh Negara yg menjadi kesayangan puak2 jAM BaNo

    ReplyDelete
  8. Pihak jais kena dakwa bomoh ini....bukan beri nasihat...sudah2lah menbodohkan melayu

    ReplyDelete
  9. apa kata lepas nie jika FLOM nak gi merendeq kat oversea kita sarankan naik tikar pandan terbang.tentu jimat kos.amasam kak ros,ader brani.

    ReplyDelete
  10. Kat dalam Malaysia Insider, dalam gambar tu antara pompuan yang pegang buah kelapa dengan bomoh tu pegang labu air ada gambar JIN kat tengah2. Itam je.. Seram ooooo...kah kah kah kah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia x sedar dia bukan menghina lukisan tapi pelukisnya...

      Delete
  11. JAIS tangkaplah malaon ni. Apasal mika cepat sangat tangkap dan dakwa Dr. MAZA satu ketika dulu kerana memberi kuliah di mesjid. Tak ada teloq punya orang

    ReplyDelete
  12. 2 3 hari baru nak amaran? Pehal nkorang ni? Tu pun Orang bising2 baru nak gerak... nkorang jaga Apa ni?

    ReplyDelete
  13. Lagi lama umprono memerintah, lagi banyak kacau bilau negara dibuatnya. Kalau tak kerana rakyat buat bising, baru la mereka bagi arahan supaya JAIS ambil tindakkan. Tindakan ala-ala sayang la. Pasal raja bomoh tu kan orang kuat umprono.

    ReplyDelete
  14. Hahah..tak tahan mau pecah prut brooo... woiii macai amno.... xda malu ka lu punya pengikut wat lawak bodoh... bole masuk maharaja lawak 3 suku ...puiiihh

    ReplyDelete
  15. Sepatutnya awal2 dah kene cekup dgn jabatan agama-disebabkan menteri UMNO PASOLA yg ajak mamat bomoh ni jabatan agama tutup sebelah mata-dah terang lagi tersuluh tapi takde tindakan-Kerja yg cekap jabatan agama ni buat ialah tangkap org bercinta masa valentine-skodeng org masa beromen-Nampak sgt jabatan agama takut bila org UMNO ada dlm kes ni-kalau kat brunai dah lama mamat guru bomoh ni kene penjara-buat malu satu malaya jer mamat ni-

    ReplyDelete
  16. Ni bomoh kesayangan rosmah badak air.sampai 3x kiamat pun jais tak berani nak tangkap.

    kahkahkah

    ReplyDelete
  17. Berpuluh anak buah dia dah tunjuk langkah silat masa penamaan calun di Kajang
    Ada berani ke JAIS nak tangkap?

    ReplyDelete
  18. Ini satu cadangan . Pihak MAB di minta meletakkan papan tanda 'AMARAN .BOMOH DI LARANG DI KAWASAN INI'
    Begitu juga jika selepas ini ada lagi malapetaka atau bencana besar papan tanda tersebut hendak lah di pasang di kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  19. Suruh dia cari ayah pin je pakai tuka terbang x yah isi minyake. Kalau leh terbang rugi la petronas

    ReplyDelete
  20. bgs jga khimt bomh ni, bolh bntu cari sapa pmbunh Antitoya spi bkecai dgn c4. klu bolh mta bomh ni klurkn skli gmbr muka-muka yg trlibt.dn dmna rm250jta yg dsimpn olh kaki songlap lembu kondo supya rkyt dpt kmbli wang mereka.

    ReplyDelete
  21. jais apa nak siasat lagi. kan dah terang2 bomoh ni lakukan kerja hurafat dan syirik. tangkap aje dan sumbatkan dalam penjara. bikin malu rakyat malaysia aje.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...