Friday 14 March 2014

NOMBOR TELEFON BIMBIT BEBERAPA PEMIMPIN TERTINGGI KEADILAN KENA GODAM!!!!!



Dua pemimpin PKR hari ini mendakwa nombor telefon mereka digodam individu tidak bertanggungjawab yang dipercayai bertujuan untuk memecahbelahkan hubungan parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menjadi pemimpin pertama parti itu yang mengeluarkan kenyataan telefon bimbit dan talian telefon yang digunakannya digodam.


Ia kemudian diikuti dengan kenyataan media berkaitan perkara sama oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.


"Perilaku khianat ini dipercayai bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Tindakan segera sedang diambil," kata satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Timbalan Presiden PKR itu.


Sementara kenyataan daripada pejabat Nurul Izzah mendakwa individu yang menggodam talian telefon miliknya menghantar khidmat mesej pesanan ringkat (SMS) yang tidak diketahui kandungannya.


"Talian telefon Nurul Izzah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang masih lagi belum diketahui identitinya.


"Talian beliau telah digunakan oleh penggodam untuk menghantar SMS yang tidak diketahui kandungannya," kata kandungan kenyataan tersebut.


"Kami percaya, perbuatan ini dilakukan dengan untuk mewujudkan kecelaruan di dalam barisan jentera parti-parti pembangkang. Kami berharap tindakan segera dan tegas sedang diambil syarikat telekomunikasi khususnya Maxis atas kelakuan khianat ini," katanya.


Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil ketika dihubungi mengesahkan talian telefon kedua-dua pemimpin itu digodam, dan mereka hanya menyedari perkara itu apabila ada beberapa individu yang memberikan respons terhadap SMS yang tidak diketahui kandungannya.


"Saya sendiri telah bercakap dengan Nurul Izzah tadi, beliau berkata menerima lebih kurang 20 SMS yang mengatakan mereka bukan pengundi Kajang.


"Ada juga yang memberikan mesej marah-marah beliau," katanya.


PKR yang meletakkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan menentang calon Barisan Nasional Datin Paduka Chew Mei Fun.


Isu menggodam telefon bimbit bukan perkara baru buat Pakatan Rakyat apabila Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut turut berlaku insiden sama apabila nombor telefon Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa diklon untuk mengedar maklumat palsu berhubung pemberian zakat oleh calon PAS ketika itu, Endut@Azhar Yusof.


Wan Azhar, pembantu kepada kempen Azhar yang lebih dikenali sebagai Che Lon, hanya mengetahui perkara itu apabila terdapat sekitar 15 warga emas berkumpul di rumahnya untuk menuntut wang zakat.


Beliau menafikan menghantar mesej berkenaan pemberian zakat tersebut, namun mengakui nombor telefon yang digunakan adalah miliknya.


Tempoh kempen untuk PRK DUN Kajang bermula pada 11 Mac dan tamat pada 22 Mac depan.

KENYATAAN RASMI PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN

Petang ini KEADILAN menerima maklumat bahawa handphone YB Azmin Ali, YB Nurul Izzah, YB Tian Chua, YB Shamsuliskandar, YB Nik Nazmi telah digodam (hacked).

Difahamkan banyak SMS yang menyerang parti komponen Pakatan Rakyat, yang kononnya telah dihantar oleh pimpinan KEADILAN.

Pimpinan parti tidak pernah menghantar sebarang mesej sebegitu, dan KEADILAN menyelar sekeras-kerasnya taktik kotor yang diguna pihak tidak bertanggungjawab yang berniat jahat dan cuba mewujudkan rasa tidak puas hati di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat.

Usah lah guna taktik sebegini, mari bertarung di pentas politik yang sah!

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

3 comments:

  1. Fight like a gentleman UMNO. Be a true gentleman. Unless you're no more gentleman. Stop being coward. Come out of your cocoon.

    ReplyDelete
  2. JAWATAN INI UNTUK AKU.

    JAWATAN ITU UNTUK BINI AKU.

    JAWATAN YG ITU PULAK UNTUK ANAK AKU.

    YG BAWAH SIKIT TU JAWATAN UNTUK KAWAN2.

    YG LAIN TAK LAYAK. YG LAIN SEMUA BODO.

    YG LAIN JADI ANJING TUKANG SALAK SUDAH LA.

    SAPE BANYAK MENYALAK BARU BOLEH NAIK PANGKAT.

    HIDUP PARTI NEPOTISME.

    ReplyDelete
  3. Ye betul celaka umno untung kan ank beranak yg kaya lingkupkn rakyat suma umno yg curi duit rakyat umno yg bini guna duit rakyat umno yg kayakn anak2 sedara mara umno xde satu pun pakatan rakyat klau ada sila buktikan puuuiii umno

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...