Wednesday 12 March 2014

SEORANG BEKAS EXCO KANAN NEGERI PERAK AKAN DIHADAPKAN KE LEMBAGA DISIPLIN UMNO KERANA BELASAH ZAMBRY KADIR SAMPAI LUMAT LUNYAI DILAMAN SOSIAL FACEBOOK.


Rupa-rupanya dalam UMNO kritik dan tegur pemimpin adalah diharamkan dan merupakan suatu kesalahan dan dosa yang cukup besar.

Kini Bekas Exco Kanan Negeri Perak merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng Dato' Hamidah Osman bakal berdepan dengan tindakan tataterib oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana mengkritik MB Perak Zambry Kadir melalui laman sosial FB.

GOPENG - Umno Bahagian Gopeng akan menyerahkan laporan kepada Lembaga Disiplin parti berhubung kritikan secara terbuka Ketua Wanita Umnonya, Datuk Hamidah Osman terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di laman sosial Facebook.

Laporan tersebut dikemukakan melalui peruntukan Perlembagaan Fasal 20.5.

Mesyuarat khas semalam turut sebulat suara menyatakan Hamidah didapati melanggar tataetika parti di Perkara 3: Kesetiaan iaitu setiap ahli perlu patuh kepada perlembagaan dan  tataetika, mengikut perintah parti, patuh dan menghormati keputusan parti, menjaga rahsia parti dan memelihara nama baik dan maruah parti.

Hamidah juga turut dirujuk kepada Perkara 5.3 Tataetika Parti iaitu penerbitan dan penggunaan media massa, elektronik atau internet menerbit, menyiar atau menulis apa-apa risalah, majalah, makallah, buku atau lain-lain karya secara langsung atau tidak langsung, yang mempunyai unsur-unsur menyokong, memfitnah, mencela, mengkeji atau mengandungi kenyataan palsu terhadap mana-mana Ahli parti yang disiarkan melalui media massa, elektronik atau internet dengan tujuan untuk mengelirukan seseorang berkenaan ahli Umno yang lain, mempengaruhi atau mendapat undi atau sokongan bagi pihaknya atau orang lain dalam mana-mana pemilihan parti.

Malah Hamidah juga didapati telah melanggar Perkara 7.1 Tataetika Parti iaitu ahli parti dilarang, sama ada secara langsung atau tidak langsung, membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara sekalipun dan/atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam berhubung dengan apa-apa dasar atau keputusan parti termasuk keputusan disiplin parti yang boleh merosakkan imej dan keluhuran keputusan parti.

Mesyuarat juga  menyarankan agar Lembaga Disiplin Umno agar mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan Umno kerana menghina parti.

Hamidah sebelum ini secara terbuka mengkritik Zambry melalui laman Facebook beliau yang kemudiannya ditegur beberapa pemimpin Umno yang lain termasuk Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Bagaimanapun, Hamidah mempertahankan kenyataannya itu dengan menjelaskan bahawa apa yang dimuat naik itu adalah luahan rasa dirinya sendiri terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Zambry.

12 comments:

  1. Haluuuuuuu. .......

    Giler tul umnongok yg ngok. ...lu kritik org minyak mesia pun salah..tu blum lgi kritik jit tuya ngan mak lampir...plik tul c4 org x salah ...kritik salah...lu pkai hukum si tua kutuk bughah ker beb...sewel lu..pueee

    ReplyDelete
  2. Hehehe...eloklah tu...bingai punya parti..

    ReplyDelete
  3. Ni kalau kritik pm ayam sengget mau kena gantung sampai mati..

    kahkahkah

    ReplyDelete
  4. Kah kah kah kah.. Melayu nak lawan Mamak! Ada aki ka? Idop MAMAK! Kah kah kah kah.. Ptuuuuuuih!

    ReplyDelete
  5. Ermmmmm...omakkau, tahu ke apa yang cik hamidah ni kritik dlm fb dia??? Apa yang dia kata sampai kena tindakan disiplin??? Macam besar sungguh salahnyaaaa...

    ReplyDelete
  6. Dlm Umnu perilaku lawan tokey d haramkan!

    ReplyDelete
  7. Dalam UMNO "if you cant win them, join them"

    ReplyDelete
  8. Dalam umnuuu kalau dah dapat hendel kiritik kritik nih ,dia haramkan terus parti dia tu, pas tuh buat umnuu baru.

    ReplyDelete
  9. Macai umngok x masuk sekolah ke harini...cikgu nak ngajor ni...hehe

    ReplyDelete
  10. Nak join UMNO misti sanggup jadi BODOH dan DIPERBODOHKAN oleh pemimpin atasan. Nak join UMNO misti kata YES SIR walau pun salah dan perlu diperbetulkan. Last sekali NAK BUAT DUIT join lah UMNO

    ReplyDelete
  11. Inilah perbezaan antara BN dan PR.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...