Monday, 3 March 2014
ULTRAS MALAY WAJAR DISIASAT DIBAWAH AKTA HASUTAN KERANA SENGAJA NAK AIBKAN FAM?????
"Kami memang sengaja buat," demikian reaksi wakil Ultras Malaya mengenai kejadian bakar suar dan balingan bom asap ketika aksi persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Filipina di Stadium Selayang, malam kelmarin.
Wakil kumpulan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lekir berkata, tindakan itu sebagai bukti suara penyokong bola sepak tempatan yang mula muak terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang didakwa sudah gagal.
“Memang tindakan itu dibuat dengan sengaja dan mahu malukan FAM. Ultras Malaya sebagai landasan kepada suara peminat di negara ini, malah pada perlawanan semalam (kelmarin) seluruh stadium turut bersama kami.
Subahan selar gelagat kumpulan Ultras Malaya yang cemari perlawanan Malaysia, Filipina
Kuala Lumpur: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Seri Subahan Kamal menyelar tindakan kumpulan Ultras Malaya membakar suar dan membaling bom asap ketika aksi persahabatan antara pasukan negara menentang Filipina di Stadium Selayang, malam kelmarin.
Sambil marah dan kecewa dengan insiden yang memalukan imej bola sepak negara itu, Subahan yang juga pengurus pasukan Harimau Malaya menyifatkan perbuatan yang dilakukan kumpulan penyokong berkenaan sebagai samseng dan tidak bertamadun.
“Ini bukan penyokong tapi samseng. Jika mereka benar-benar penyokong sejati, mereka tidak akan berbuat demikian (bakar suar dan baling bom asap), mengeluarkan kata-kata lucah dan memaki hamun,” katanya selepas perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan itu.
Lancar serangan
Perlawanan pertama Harimau Malaya di bawah bimbingan pengendali sementara, Datuk Ong Kim Swee tercemar pada minit ke-30 apabila kumpulan Ultras Malaya yang merancang mengadakan protes terhadap 30 tahun kepimpinan Presiden FAM bertindak di luar jangkaan dengan membakar suar dan membaling bom asap.
Akibatnya, perlawanan itu terhenti lapan minit dan ia jelas mengganggu rentak anak buah Kim Swee selepas aksi disambung semula kerana sebelum itu mereka melancarkan serangan bertali arus menyerang kubu The Azkals.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
Sebijik cam macai fuckatan centu la perangai eh yo ketuo eh perangai centu dr tahun 70 sampai skrg....bahalul al baghal otak bangang...di togur kang dio masuk gereja kuil wat demo...bangsat tul
ReplyDeleteAku setuju cai...sbb tngk bola pun gang pr ni blh bawa bendera parti... jiwa semua tak betul semua tak kena diluahkn dgn rusuhan, provokasi dan segala bnda bangang...
Deletemacai umno main telur je kat umah,tgk tv3suku.2 pasal bangang bertingket2.
DeleteApabila persatuan direntah bukan ditadbir inilah jadinya...msia diperentah bukan ditadbir, FAM diperentah bukan ditadbir. Kedua2 tak boleh terima kritikan
ReplyDeleteCai antara pemain bola yg dipilih wakil negara...yg mana komiti fam... rasanya presiden tak main pun bola jd apa masalahnya dgn pegawai fam...ultras malaya yg ada tu setakat mnyanyi tepuk tangan blh lh...ada sikit je racun mulalh merusuh dan buat kerja yg selalu kump bershit buat...org yg sama kot...
Deletesudah2 lah wahai sultan, menteri2 & orang2 politik yg ada dlm badan2 sukan, beri lah kpd yg pro dlm bidang sukan utk majukan sukan kat Malaysia nin..
ReplyDeletemuak dh aku dgn mereka2 nin....
Abih x bekorjo la sultan montoghi n orang politik yo....sonang la depa bro....yg pro di suruh eh jago garisan jo...osah gilo bhotul....lamo dh ni perkaro bro abih nak wat cam mano d togur x muleh d marah salah...tu pasal la puak puak ni tnjuk perasaan....
ReplyDeleteSiapa tak jawatan dlm FAM tempat cetak duit. Yg mereka dok berebut jawatan sebenarnya mereka berebut duit. Mutu bola sepak negara makin sehari makin malap. Seingat saya th 70an Korea,Jepun,Arab Saudi,Kuwit semua ratahan Malaysia sehaja. Tapi skrg apa yg kita lihat bola sepak tak pergi kemana malah lagi terok prestaainya. Dari dulu hingga skrg Presidennya adalah Sultan Ahmad Shah. Tukar lah orang lain yg betol2 mahu meningkatkan mutu bola sepak negara bukan buat duit dan tidur lena. Sebarang keritikan peminat bola sepak negara diharap peg2 FAM jgn cepat melenting dan buat andaian yg bukan. Ini lah luahan dan suara peminat bola sepak negara. Protes bukan bermakna samseng tapi sekadar luahan rasa peminat setia bola sepak negara kepada kepincangan pengurusan FAM. Kami menegur bukan untuk menghancurkan FAM tapi untuk dibaik pilih kepincangan dalam FAM. Rakyat Malaysia th 2014 tak sama pemikirannya dengan rakyat Malaysia th 70an.
ReplyDeleteRakyat mahu presiden melaksanakan tugas meningkatkan mutu bolasepak negara bukan raja bertahta dalam FAM.
ReplyDeleteKalau masih tak faham lagi... Akan ada lagi peminat gila bolasepak buat hal dalam stadium..
X payah siasatanlah...yg berkenaan letak jawatan selesai masalah...dah lama pun isu ni....kita tgklah nanti lps letak jawatan bolasepak malaysia boleh maju ke tidak...apa lah nak pening sangat...
ReplyDeleteLetak je jawatan tu.kita punya penyokong tengah semangat.setiap game stadium penuh.semua pasal budak2 ultra ni kalau takde dia orang..hampeh bolasepak kita..teruskan ultra malaya..kalau ultra malaya ni takde pasukan bola kita pon tak de semangat nak main...long live ultra malaya
ReplyDelete