Monday, 3 March 2014

JANGAN TIDAK PERCAYA!!!! .... NAJIB SUDAH MULA BELASAH TUN MAHATHIR ...



Suatu perkembangan yang baik dan menarik apabila Najib Razak sudah mula tunjuk berani belasah Tun Dr Mahathir Mohamad yang sejak kebelakangan bersama-sama dengan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dengan bantuan beberapa blogger elit pro totok beliau, tidak henti-henti menyerang pentadbirannya.

Kini sudah mula berani buka mulut belasah balik apa yang dikutuk oleh Tun M.

Yang pasti akan berlaku salah seorang tergolek dog nanti ... jika di ikutkan kepada pengalaman sudah jika berlaku pergeseran dan pertembungan antara pemimpin dalam UMNO lawan Tun M .. beliau yang menang pihak lawan tergolek anjing tertiarap.

Apakah nanti Najib akan tertiarap tergolek tumpas? .. Sama-sama kita tunggu.

Meskipun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mempertikaikan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Datuk Seri Najib Razak sebaliknya mempertahankan pemberian "one-off" secara tunai itu kerana ia merupakan subsidi bersasar.


Perdana menteri berkata, pemberian wang tunai sebanyak RM650 kepada isi rumah berpendapatan rendah dan RM250 kepada individu bujang membantu perkembangan ekonomi domestik.


"Lebih baik kurangkan subsidi pukal kepada subsidi bersasar. Melalui BR1M dan BR1M ketiga ini, lebih 7 juta isi umah (menerima BR1M) dengan perbelanjaan RM4.6 bilion.


Dr Mahathir semalam mempersoalkan program BR1M kerajaan pimpinan Najib, dan mengingatkan ahli politik Barisan Nasional (BN) supaya tidak berada dalam khayalan bahawa pemberian tunai secara meluas seperti itu boleh memberikan sokongan yang lebih kepada kerajaan.


"Perlukah kita akan BR1M? Tanpa BR1M pun, kita pernah mendapat sokongan rakyat," tulis Dr Mahathir dalam blognya, CheDet.cc.


"Jika mereka tidak sokong, ia adalah kerana mereka tidak puas hati dengan sesuatu, malah mungkin tentang BR1M. Cari sebab mengapa mereka tidak puas hati dan anda akan tahu apa perlu dilakukan," katanya dipetik daripada blog berkenaan.


Mempertahankan polisinya itu, Najib berkata, melalui pemberian BR1M, selain individu penerima menerima manfaat, ekonomi tempatan turut berkembang, berbanding subsidi pukal.


"Teori ekonomi kita adalah, kurang subsidi kita boleh tambah peruntukan untuk pembangunan.


"Saya berharap Rancangan Malaysia ke-11 kita boleh tambah peruntukan lagi untuk pembangunan.

Pembangunan mesti tambah lagi dan tidak boleh tambah melalui berhutang.

"Kalau hutang terus bertambah ekonomi akan merudum," katanya.

Najib berkata, beliau sedia maklum kesan sampingan daripada dasar rasionalisasi subsidi yang digunakan kerajaan BN akan meningkatkan kos sara hidup rakyat, namun perkara itu hanyalah bersifat sementara.


"Dasar rasionalisasi memang tepat walaupun sehari dua berlaku isu kos kenaikan hidup, kita amat sensitif.


Pelbagai usaha kita lakukan, harga pun bertambah stabil lagi. Kita memang memberi perhatian tentang masalah rakyat, kita boleh bantu rakyat lagi," katanya.


Rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan kerajaan menyaksikan penarikan balik beberapa subsidi seperti gula dan bahan api menyaksikan harga beberapa barangan keperluan pengguna meningkat.


Selain itu, dasar berkenaan turut menyaksikan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% bagi menggantikan Cukai Perkhidmatan dan Cukai Jualan sebanyak 10%.


Dalam kritikannya, Dr Mahathir juga memberikan perkiraan jumlah besar terpaksa dibelanjakan kerajaan bagi menampung pemberian BR1M.


"RM500 seorang untuk 7 juta orang bermakna kerajaan membelanjakan RM3.5 billion. Jika kadar BR1M ditambah kepada RM1,200, kos ini menjadi RM8.4 billion.


“Ini jumlah wang yang banyak. Tetapi masih ramai lagi orang miskin di negara ini," tulisnya, sambil menambah bahawa walaupun beliau menyokong kerajaan, ada beberapa perkara yang beliau tidak bersetuju.


Putrajaya mengumumkan fasa ketiga program BR1M tahun ini, dengan nilai bantuan ditambah daripada RM500 kepada RM650 bagi kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, manakala RM450 bagi kategori berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000.


Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun menerima kenaikan RM100, menjadikan jumlah bantuan RM650, manakala bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan RM2,000 dan ke bawah diberi penambahan RM50, menjadikan bantuan kepada RM300.

18 comments:

  1. Kito macai fuckatan.x kesah x do brim....ado baguih bg kat puak umno kami macai fuckatan isi borang pun idak malah nak wat demo menolak brim...madey x dapek lah tu lain kali g isi borang awal awal....najib lu bagi lagi banyak banyak yo jgn di dongar cakap madey tu....sok luso tubuh lak brim kecemasan bg la dlm 500 hengett ke 1 ribu hebgett borang suruh madey isi awal yo...macai fuckatan jgn isi borang taw....amacm tok jib brim kecemasan esul luso...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gilo pil kudo ke hape bro?komen guna kepala lutut ni.

      Delete
    2. Memang dia mkn pil kuda sbb. Dapat br1m tu yg. Mencacai bagai nk gila ko ingat kita lapo ke...4.8 billion yg di belanja bukan duit tok ko tau macai.....

      Delete
  2. UMNO SAKAI ...

    ReplyDelete
  3. Mamak nih ape kesH ....telaga minyak dia dah pegang....1 bulan billion billon dapt ...kan atok..koh koh koh

    ReplyDelete
  4. pok jib cuma belasah komisin ajer..blum ader pon anaknya jadi yang terkaye diMalaysia.Mungkin mamak bagi signal supaya pok jib rembat sendiri seperti dirinya daripada brimkan rakyat.

    ReplyDelete
  5. BRIM itu ada baik ada buruknya. Bukan semua rakyat berpendapatan 4,000 kebawah dapat BRIM. Janji 650 tapi ada yg dapat 500 ada yg dapat 450 ada pula 300 pembayarannya tidak selari spt yg Kerajaan janjikan bujang 350 manakala bekeluarga 650. Baiknya boleh buat belanja beli barang tak baiknya setiap seorang rakyat malaysia spt menaroh harapan kepada kerajaan supaya bayar BRIM tahun ke tahun yg boleh menjadikan rakyat penerima BRIM akan kecewa kalau kerajaan tak bagi BRIM. Apa alasan kerajaan kalau tak boleh bagi BRIM. Saya rasa lebih baik kerajaan berusaha menambaik ekonomi rakyat. Katakan gaji RM3,000/- boleh jimat dsn simpan sebulan RM300/- setahun RM3,600/- BRIM baru RM650/-. Skrg gaji RM3,000/- nak simpan RM10/- pun susah sebab kos sara hidup terlalu tinggi. Apa yg Mader cakap tu ada kebenaranya. Sokongan rakyat kepada BN akan lumpuh kalau BN sudah tidak berupaya membayar BRIM. Ansk sekolah didek belanja 2Rgt sehari bila bagi 50 sen atau tak bagi belanja mereka akan memberontak. PM Najib kena berfikiran terbuka dan berusaha meningkatkan ekonomi rakyat.

    ReplyDelete
  6. Najib sudah ada telor!!!tp sebijik je...har har har

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la dari macai umno,xde telur langsung.

      Delete
  7. kehulu kehilir naik jet, makan kangkung banyak2 dan blip-blip cencen beg brirkin..mamak blum bising lagi tapi bilo bagi brim berbilion2 kat rakyat dio bising plak...mamak memang tak suke brim...lebih baik kroni dab umngok anak beranak rembat...bilo dah kayo nanti sendiri-sendiri la buat brim bilo pilihanrayo...kah...kah...kah...ini ilmu jambatan melintang patah singapore kot.....kah...kah...kah...

    ReplyDelete
  8. Yang penting Rakyat selesa ,tak kira lah dari sesiapa, BN atau PR..lepas tu fikir fikirlah sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. selesa hape dpt 600 je.xsempat sebulan dah licin

      Delete
  9. mamak nak percepatkan kangkung turun dari putrajaya..kah...kah....kah....

    ReplyDelete
  10. Kencing kuat bn ni...

    ReplyDelete
  11. kutty kerala dah mula geli kat jit tuya.

    ReplyDelete
  12. Eloklah tu raja kencing lwn kaki kencing.. kah..kah..kah..

    ReplyDelete
  13. Lu yg buduh tok jib oooiii ada kuasa guna bukan senyap or bangang2 nya idea or kputusan guna ler otak....biasa lah madey dulu pentah pun ada gak wat silap..

    ReplyDelete
  14. x prasan pulak sblm ni artikel pasal ni kak.. barulah terjawab segala persoalan mengenai mistreri mh370...ni hop saya pikir a.k.a T.K(teori konsprasi) madey kutty sakit atiy sesangat bila anak didiknya mlawan ckp2 dn sgale nsihatnya...tambah jd myakitkan atiy a/l kutty sahabat baeknya iaitu ostaz kasim da x slamat dihentam secara terbuka...iuts was so embarassing...madey memanggil semua intelegent thinkers utk plan menjatuhkan najibberuang...kerana madey rase dia adalah owner malaysia nih,kerana dia adalah god for malays,juga kerana merasa dia supermalay..lantas MCA direalisasikan..Malaysia Con Air..poemilihan masa,mangsa,negara yg akan terlibat,isu yang akan berbangkit dan tarikh yg sesuai, tepat dan jitu amat penting dalam perancanaan rancangan ni.. kita malaysian hanya nampak bahawa isu ni berkait dengan kes dsai shari sblum kpl trbng dlporkan hilang...bertujuan agar dilihat spt ia adal;ah refleks dr tindakan mahkamah keatas dsai...situasi yang amat complicated utk dtrangkan.. scara rngkas dn lbh mdah tuk anda faham...oleh sebab dari prasaan sakit atiy madey trhadap najiberuang ia telah membuka peluang dan ruang kpd negara2 pembuli utk sekali lagi menerobos,menjajah,dan menge'pau' kerajaan najiberuang ...inteligent thinkers yg dipanggil madey adalah bukan calang2 thinkers mcm maslan kembor rosmah..the benefit dr isu mh370,najiberuang ilang kepecayaan sbg PM bkn stakat rkyat malah dari ahli2 umno sndri akan meluat dan akan jadi geram wase nok tuMbok je kat najiberuang,seraya itu madey berkTA kita harus bersatu dalam masal;ah ni kerana apanamaa,ap[anama,apanama....kapalalu adalah isu yg x penah terjadi kpd kita sblm nie....pdhal die nak kate bersatulah kita membuang najiberuang dr umngok...krna dier telah derhaka kepada saya..apanama,apanama,apanama....madeykate isu ni blom pnah blaku krana sbelom ni rncangan jahat yang dier wat hanya utk kepentingan dri dia smata2,tp kli ni bkn hanya die.......knape ada china?? amerika?? australia??singapore??rusia ngan prancis juga monggolia???lastskali jepun... semua masalah berbangkit diselesaikan dalam satu klejadian tragis dan kejam ini...ekonomi china dpt diperlahankan,bijak pandai china jd kurang brani tuk wat new high tech achievement krn takot jadik mcm kengkawan diorang dlm kpl trbng tu...amerika dgn bangga nya nanti akan mngumumkan bahawa tppa berjaya mencapai kata sepakat..some australian ngn some singaporean they also get the benefit as a usa bulldog on asian berupa cash money dan jambatan persahabatan terlaksana....tetapi yang paling harus kita semua gusarkan adalah dari sifat busuk sakit atiy madey...scara tidak langsung telah mempercepatkan satu proses kronologi yang spatutnya mgambil masa beberapa tahun utk terlaksana...adalah tidak keterlaluan saya katakan ianya adalah world war 3.... 3.2.1. action....:-)

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...