Monday 3 March 2014

KERANA MULUT CELUPAR PEMIMPIN UMNO EKONOMI NEGARA MERANA KINI TERPAKSA MELUTUT DENGAN PAS UNTUK BANTUAN!!!!



Kempen anti Syiah secara agresif kerajaan Malaysia sejak hujung tahun lalu menjejaskan ekonomi negara sehingga kerajaan kerugian jutaan ringgit selepas Iran yang mempunyai majoriti penganut mazhab tersebut bertindak balas, menyebabkan seorang menteri menghubungi pemimpin PAS, minta bantuan bagi memulihkan hubungan, kata satu sumber.

Pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi mengesahkan perkara itu tetapi enggan menamakan menteri yang menghubunginya.


"Memang benar ada menteri hubungi saya untuk meminta bantuan itu," kata Syed Azman kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.


"Petronas mengalami kerugian paling banyak apabila usaha cari galinya di Iran menerima halangan daripada kerajaan Iran sedangkan pada waktu sama syarikat Amerika Syarikat (AS) termasuk Esso dan Conoco sudah mula masuk ke negara itu," katanya.


AS dan negara-negara Eropah mula menjalinkan semula hubungan dengan Iran selepas Hassan Rouhani yang lebih liberal mengambil alih kepimpinan daripada Mahmoud Ahmadinejad.


Sebagai pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Syed Azman mempunyai hubungan rapat dengan majoriti pemimpin gerakan Islam di dunia termasuk dari Iran.


Selain beliau, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu juga mempunyai hubungan dengan pemimpin Iran dalam arena politik antarabangsa.


Selain Petronas, turut rugi adalah industri minyak sawit apabila Iran mencari alternatif lain selain Malaysia.


Pada Januari hingga November 2013 sahaja, Iran mengimport 671,384 tan minyak sawit dari Malaysia. Ia menjadikan negara itu antara pengimport utama minyak sawit Malaysia.


Susulan kempen anti Syiah Umno yang dimulakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungannya semasa perhimpunan parti itu tahun lalu dan disambut beberapa pihak lain, Iran mula menyekat dan mengurangkan import minyak sawit dari Malaysia.


Perhimpunan Agung Umno 2013 juga meluluskan usul menjadikan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai tafsiran kepada Islam Malaysia dan fahaman Syiah disifatkan sebagai ajaran sesat dan terkeluar daripada Islam.


Penghujung tahun lalu, Ahli Parlimen dari Baghdad, Iraq, Syeikh Jalaluddin Asy-Shoghir, dalam satu ucapannya berkata, kerajaan Malaysia merupakan kerajaan pertama di dunia yang secara rasmi mengkafirkan Syiah.


Katanya, tindakan ini dilaksanakan dengan cara yang amat buruk, namun Kementerian Luar Iraq tidak mengambil tindakan balas berkaitan isu tersebut.


“Kerajaan Malaysia sanggup mengkafirkan majoriti rakyat Iraq biarpun Kedutaan Malaysia tidak diarahkan untuk tampil diberi teguran secara lembut.


"Syarikat Malaysia sedang bergembira dengan meraih pelbagai projek di Iraq dan banyak peluang perniagaan dianugerahkan secara istimewa kepada kerajaan Malaysia.


“Saya tidak tahu bagaimana kerajaan Malaysia boleh sampai ke tahap diplomasi yang hancur seperti ini dan melakukan pelanggaran akidah. Di mana Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)? Sama ada ini sebuah sikap yang ekstrem atau tidak, tindakan pengkafiran bakal menjurus kepada pembunuhan,” katanya dalam rakaman video di Youtube yang tersebar luas.


Pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, berkata Malaysia harus mencontohi negara Islam di Timur Tengah dalam menguruskan perbezaan mazhab, iaitu penganut mazhab Sunni tidak pernah mendakwa kumpulan Syiah di negara mereka terkeluar daripada Islam.


Mohamad berpendapat, jika Malaysia tidak berhati-hati dalam perkara ini, imej negara akan terjejas dan pendukung hak asasi manusia akan menuduh Malaysia tidak mengamalkan toleransi sesama umat Islam.


Pada 2004, Malaysia di bawah pimpinan Tun Abdullah Badawi menandatangani perjanjian Amman Message di Jordan.


Amman Message merupakan inisiatif daripada pemerintah Jordan pada ketika itu yang memperkenalkan satu deklarasi bagi menjelaskan kepelbagaian mazhab dalam Islam seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi.


"Sesiapa pun yang mengamalkan satu daripada empat mazhab Sunni seperti (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali), dua daripada mazhab Syiah (Jaafari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah Muslim. Menggelar mereka orang yang kafir dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut.

47 comments:

  1. Hmm...mintak tolong pas ke...mamak padukang kan ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai lu mmng ber dna kn keturunan melayu sejati lg tulen ke...

      Delete
    2. Kenapa x mintak tlg kat mamak padukang....

      Delete
  2. Menulis pun tak reti.. susunan ayat terabur.. google translate ker ape?

    ReplyDelete
  3. Mknanya negara mesti menerima dan iktiraf syiah...omakkau lu mmng pnyokong dan pnganut syiah ke...adakh kbnykkn pemimpin pas juga mnyimpan rahsia tntng gerakkn syiah...syed azman blh rahsia pula nama mnteri yg trdesak sbb syiah...kahkahkah brbahagialh gerakkn syiah malaysia...

    ReplyDelete
  4. Pegi mampos dengan iran. kami umno melayu tidak perlukan syiah iran. boikot iran! Pukeemak pas barua iran! mat sabu barua syiah iran!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iran tak perlu, tapi YAHUDI buat penasihat.. lawak2 geng2 lembu kondo ni..

      Delete
    2. Lembu kondo?


      Ekekekeke....

      Delete
    3. umno melayu makin layu...dah kantoi mintak tolong pulak ...ekekekekekee

      Delete
    4. pegi mampos la dengan iran. pegi mampos la dengan syiah. pegi mampos la dengan amno

      Delete
  5. Umno tak perlukan Iran ??? Dah ape jadah mintak bantuan PAS nak jalinkan balik hubungan dgn Iran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda beza dgn anwar brckp tntng 16 sept...umno tak ckp apa pun cai...
      Yg ckp kerajaan prlu bantuan pas tu, umno ke yang ckp...jadahnya lu tnya sndiri dgn anwar dan syed azman....

      Delete
    2. 1421....suruh umno mintak tolon brahem ngan ostat zamizan laaa..

      Delete
    3. 1421....apa umno sibok2 nak bebaik dengan iran nih....ada ehem-ehem dengan syiah ker??

      Delete
  6. Gila jauh spin.. hua hua hua hua.. Orang tengah citer pasal hubungan Iran dan Yahudi.. Susah tol cakap ngan lembu2 kondo.. banyak sangat meragut rumput agaknya.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. lembu amngok mana ada otak..

      Delete
  7. anaon 14:21 moroooooooooon

    ReplyDelete
  8. Pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi mengesahkan perkara itu tetapi enggan menamakan menteri yang menghubunginya.


    ENGGAN MENAMAKAN??

    MUKA PENIPU DR NI. Cibai, je. dgn pak kopiah boleh la ko kencing. Dgn orang PKR sori. Kita orang bijak dan tak buta internet. Kita orang ada maklumat la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 14.52....nak kena sebut nama menteri ker????
      kang termalu2 pulak kang.....

      Delete
  9. Perlu diingat, Malaysia bukan negara bawah tempurung kelapa....semua pemimpin negara antarabangsa sedang memerhatikan gelagat ahli UMNO Baru tunjuk bodoh sombong....

    Kerana pulut santan binasa,
    Kerana mulut Zahid, ekonomi Petronas binasa.....
    Padan muka !

    ReplyDelete
    Replies
    1. 15.20...aku setuju.
      cuma macai umno aje macam katak bawah kerusi

      Delete
  10. Kalau tak faham dan tak tahu jangan buat komen bodoh wahai cai UMNO/BN. Untuk menstabikkan ekonomi kenapa tidak mahu berbaik dengan Iran. Dengan Yahudi dan Keristian boleh pula berbaik. Syiah itu fahaman. Kow ada tengok ke Syiah senbabyang mengadap negara Jepun. Kiblat mereka Israel mengucakp 4 kalimah sahadah puasa bulan muharam tunaikan haji di Afrika. Ada qurab dan hadis lain ke syiah ini. Kalau camtu lah cara dan amalan syiah sah syiah sesat dan perlu diharamkan terus disebarkan di Malaysia. Hanya harankan syiah berkembang di Malaysia tapi hubungan dagangan kena teruskan sbb ini ekonomi. Pernah Cina baikot minyak sawit Malaysia ambil minyak soya US apa jadi dgn harga sawit masa itu dan gagah Iran suport beli minyak sawit skrg Iran dah kurangkan pembelian akibatnya dagangab sawit kita lemah harga menjunam. Menteri2 BN yg ada mulut celupar cakap tak guna otak yg susah rakyat dan negara. Menteri Iraq juga bersuara isu syiah tapi belun bertindak kalau mereka bertindak dah jadi hal lagi. Jangan igat diam mereka takut. Malaysia ini apa lah sangat dengan Singapore pun tak boleh nak bersaing. Cuma kena ingat pepatah Melayu baik berpada pada buat jahat jgn sekali insya'allah Malaysia selamat dan aman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh camni rupanya komen dari org yg faham...hmmm faham lh aku

      Delete
    2. Ermmm...apa yg ko faham labu...

      Delete
    3. Mudahnya utk malaysia dijajah dgn mentaliti rakyat malaysia yg brkiblatkn pakatan...itu yg aku fhm labi...

      Delete
    4. Hahaha...labu labu...itu yg kau paham labu....kencing mesti mau kuat labu...

      Delete
    5. kerana mulut, habis harga sawit orang felda akan jatuh merundum. Iran pembeli minyak kelapa sawit malaysia woiiii...

      yang komidi gatal2 mulut apa pasal.....
      pergi kursus laa

      Delete
  11. Bila bercakap semata-mata nak raih sokongan politik tanpa fikir kesannya, camnila jadi. Dahla para pekebun kecil sawit tengah bergelut dengan kenaikan kos sara hidup. Harga sawit mesti akan terjejas. Mentaliti apakah ini wahai pak menteri sekalian? Rakyat didahulukan? Untuk apa? Untuk menanggung segala kesilapan, ketamakan dan kerakusan nafsu politik. Ingatlah...tanpa rakyat anda tidak akan kemana-mana. Wahai bani Melayu...ingatlah satu hari nanti anak cucu kita akan menanggung segala beban kesilapan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cai...anak cucu kita akan menanggung segala beban kesilapan kita yg snggup mnjd barua kpd skrip yg disusun ole cina sial...setakat ini mereka berjaya memecahkn org melayu dan mnhakiskn nilai prsaudaraan dlm islam diantara kita..

      Delete
    2. lagi teruk anak cucu kita kalau kita jadi barua umno... bukan dap memecahkan melayu, tapi melayu umno sendiri......

      Delete
    3. kalu amno kuat, jangan harap la nak rasa 650... 650 tu pun sisa2baki yang anak2 depa dah sapu licin

      Delete
    4. 1656...sekarang ni pun kita menanggung pelbagai beban bukan pasal cina sial, tapi pasal melayu amno sendiri. buktinya minyak naik, gula naik, letrik naik....semua tu melayu pegang la dol, bukan cina dap

      Delete
    5. 16.56....kita melayu bawahan melayu miskin melayu tak sedar diri ni dok sebok berpolitik. kutok sana, fitnah sini, cucok sana adu sini...satu habok tak dapat....sapa untong?? yang untong anak madey, adik najib, anak najib, anak menteri...... cina yang bangang2 aja main politik...yang bijak tak ambil pot, siang cari duit, malam kumpul harta, siang kumpul harta, malam simpan harta....kaya raya. melayu nak kerja banyak cerita, bila miskin kedana mulalah kata melayu miskin sebab dap... tak mengaku miskin sebab pemalas..

      melayu - biar papa asal bergaya

      Delete
    6. Cai 1656...hang ada masalah apa ngan Cina cai? Dah berapa lama DAP perintah Malaysia cai? Baca sejarah cai. Sejarah adalah sesuatu yang diulang. Baca cai baca. Jangan dengar dan telan apa mainstream media suap cai. Ayat pertama yang Allah swt turunkan tu cai. Kalau hang nak marah kat Cina, baik hang hentam kapitalis Cina dalam MCA tu cai. Depa tu akan buat apa saja demi wang. Bukan semua Cina jahat cai. Ada jugak Cina dalam Malaysia ni yang tak cukup makan cai. India estet yang takdak IC pun ramai cai walaupun lahir kat Malaysia ni. Ada MCA, MIC peduli semua tu? Dalam BN, money talks. Rakyat diperlukan bila pilihanraya je cai. Jangan bangang. Rakyat tolak BN sebab manusita dalam BN gak cai. Jangan nak salahkan yang lain

      Delete
    7. Ye lah cai 21.32...cina dap tu baik sngt...sbb baiklh smpi skrg pncetus 13 mei masih mnjd idola kpd melayu2 pr...tp yg peliknya cina dap prnh ke prjuangkn hak melayu...jika melayu brckp tntng melayu maka melayu tu dikatakn rasis...ttp cina jgn disntuh...bagus lh cai sbb lu bijak dlm sejarah negara...ttp dlm kezaliman bn ini aku pasti cai kehidupan lu lbh baik dari bapak lu..dan kehidupan bapak lu lbh baik dari atok lu..zaman mana yg lu bkn dibwh kezaliman bn cai..dan pastinya atok dan bapak prnh merasa perit suatu ketika dulu...cai sejarah yg trbaik bkn dari apa yg kita baca sahaja..ttp pngalaman kita adalh guru sejarah yg trbaik buat kita cai...jgn ckp cai kita prlukn cina sbb cina taukeh kita cai...apa halangan dari kerajaan bn yg zalim ini utk lu perbaiki kehidupan kita...cai kaya itu kita kena cari ttp yg tntukn bkn kerajaan cai..ttp atas keizinan Allah...kehancuran kita bkn Allah tak beri pilihan, ttp lbh kpd kelemahan dan kecuaian kita cai...

      Delete
    8. Cai 0024, apa lu merepek ni. Posting di atas apa ada kena mengena dengan cina cai. Lu ada masalah apa dengan cina? Lu faham ke apa lu merepek ni cai sbb gua tak faham apa yg lu leterkan. Ke ada cina penah fuck mak lu cai? Kahkahkah

      Delete
    9. Cai 0808 brhujah dgn beradap itu lbh baik dari brckp sesuatu yg merepek..ttp mmng tradisi macai pr..bila tak mmpu berhujah maka mulalh memaki, mencarut...cai lu lahir tnpa seorg ibu ke....

      Delete
  12. woow....politik akidah umngok sudah masok arena globalisasi....kah..kah...kah...tak cukup sentimen agama dalam negara sekarang cari makan diluar negara pulak....yang paling sempoi boleh berkawan dengan negara kominis dan mengupah apco israel sebagai penasihat....dah terbiasa juai agama dan bangsa kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amno parti islam suci tak kan la nak mengharapkan iran negara syiah... mana ada kelas bhaiii... cuba jual minyak kelapa sawit tu kat dhubai...suruh rosmoh pujuk raja dhubai beli minyak sawit malaysia....ekehekehekehekehekeh

      Delete
  13. Nak cuci taik Zahid Jawa pulak? PAS jangan jadi bodoh! Kaah kah kah kah..

    ReplyDelete
  14. Macam senario melepas anjing yg tersepit je...so berwaspadalah wahai parti PAS....Aku memang macai PAS......

    ReplyDelete
  15. woi,zahid.......tu ler buat lg statement bangang.ha,awat tak tangkap abg mat sabu lagi.kata bukti dah ada.siap bergred lagi.cakap macam gampang.statement keluar ikut lubang taik.ada otak tak reti pakai.dah tu menyusahkan negara.apa punya bangang.hero la tu kunun masa PAU kachang.bodoh tak kesudah.minta si zahid ler pi deal ngan Iran suruh beli minyak sawit dan tolong rekomen Petronas.ada brani ker zahid oi..lancau brani.dlm PAU kachang bole ler berdegar degar.la nie tanggung lea.

    ReplyDelete
  16. Korang ni semua bodoh tak fikir secara terbuka. Sedap mengkafirkan umat sesama islam. Allah tidak turunkan rezeki minyak(black gold) di negara orang kafir bodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu..ko mmg pandai...tapi pandai kencing jela...

      Delete
    2. Aku xcaya omakkau.....yg sohihnya syiah sesat dan kafir.... dah tu kata syiah majoriti d iraq. Demam dob ape ko.

      Delete
  17. Harap harap Iran akan memberikan syarat mandatori supaya melucut keahlian UMNO dan jawatan Zahid Komedi dari kerajaan Malaysia serta dakwa dia di mahkamah antarabangsa!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...