Saturday 1 March 2014

USTAZ AZHAR IDRUS ... PEMBERIAN BR1M TIDAK SETIMPAL.



KOTA BHARU – Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) oleh kerajaan kepada rakyat di negara ini tidak setimpal jika dibandingkan dengan jumlah yang selayaknya mereka peroleh, dakwa penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Menurutnya, ia adalah hak rakyat yang perlu dipulangkan sebagaimana pembayaran melalui cukai-cukai yang dikenakan sebelum ini.

“Kita lantik kerajaan hari ini kerana Malaysia ada harta, malah wakil yang dipanggil kerajaan perlu menguruskannya, tidak mengira negeri mana sekalipun, harta kekayaan Malaysia mesti dapat sama rata, ia jadi kewajipan bagi kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia, bukan hanya beri BR1M semata-mata," katanya.

“Kita (rakyat) dikenakan pelbagai jenis bayaran seperti cukai jalan, cukai kereta, beribu-ribu rakyat bayar, tapi kerajaan bagi balik kira-kira RM600 sahaja, betul ke cara macam itu?,” katanya ketika berceramah di kuliah mingguan Medan Ilmu di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan tersebut bagi menjawab pertanyaan yang diajukan orang ramai yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mengendalikan kuliah sesi pertama semalam.

Ketika berceramah, beliau turut memberitahu, golongan manusia yang menolak peraturan ALLAH serta menyifatkan hukum hudud adalah tidak layak dan tidak sesuai juga didakwa sebagai tidak mensyukuri nikmat pemberian ALLAH ke atas dunia ini.

“Sesiapa yang tidak mahu ikut peraturan ALLAH, kata hukum hudud tidak layak, tidak sesuai dan ketinggalan zaman, hadis-hadis ini penipu, tidak berterima kasih kepada ALLAH, dia lebih baik jangan hidup di bumi ALLAH.

“Melainkan kita diberitahu sama ada perkara tersebut (hudud) memang akan dilaksanakan mengikut tempoh yang ditentukan bagi menyediakan pakar-pakar dan sebagainya supaya dapat dilaksanakan dengan sempurna, kalau macam itu tidak apa, kalau hina hukum Allah, ia bermakna menghina hukum agama Islam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut diajukan soalan mengenai golongan anti hadis yang kini menjadi bahan bualan masyarakat. Beliau berpendapat, pihak yang berkaitan perlu mengambil serius perkara tersebut memandangkan ia melibatkan kedaulatan raja-raja sebagai lambang suci agama Islam.

“Asalnya teguran, tazkirah dan nasihat, tapi sudah berpuluh tahun sejak zaman 1980an dulu. Apa yang patut kita buat sekarang ini ialah hukuman, saya harap pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan tegas kerana perbuatan mereka secara tidak langsungnya menghina raja-raja seluruh Malaysia kerana raja-raja di Malaysia ini merupakan lambang negara Islam,” katanya.

10 comments:

  1. Terbaik ustaz azhar idrus. X macam ustaz umno, semua cakap macam mabuk air ketum...haha..

    ReplyDelete
  2. Haluuuuuuu. .......

    Brim brem broommm bikin pemuja hrta jdi muflis..lu ksi gua seposen lu rembat brjuta...

    Khak tuih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haluuuuu...

      Brim brem broommm tak adil sbb gua dpt seposen sdgkn gua byr cukai juta2 setahun...wlupun itu hak kerajaan nk bg ke tak nak...tp gua sbgi pencacai gua nk juga brim brem broommm sbb gua byr cukai beb....
      Gua hrp negeri pr pun blh bg brim sbb diaorg pun kutip cukai...

      Khak tuih

      Delete
  3. Haluuuuuuu. ......

    Lu dh telan ubat giler ker beb ......klau blummmmm jng lupa sedut sma dgn drah haid kak ros_ak cam pngikut lu suka...

    lu bilang lu byr cukai pun lu mhu rembat jgk brim brem broommm ker beb...kah...ksh...kah spesis umnongok yg ngok kiri knan bntai cam ktua lu jgk...

    Lu nyer mkcik pcik felda 17 ribu hntar blik wang sb dh kaya raya hsil brim brem broommm dulu...yg lu lak msih trhegeh mrayu cam beruk rindu sma brim brom brem beb....giler la lu beb

    Khak tuih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haluuuu...

      Gua nk terus terang beb...gua sbnr tak prnh byr cukai beb....tp iru brim brem broomm gua nk beb...sbb boss gua sibuk nk jd mb beb, dh lama gua pnya tak masyukkkk...
      Gua sbnr pun ada masalah mental beb...gua skrg war kerja utk depend blog omakkau dan boss no wahid gua kit siang...gua lps telan ubat mental pastu sedut haid nurul ijah gua jd ok sikit beb...dulu gua dpt stok indon gua lg giler beb...diaorg bg stok haid zuraida gua benci beb...lps tu ada masalah tekak beb..jap jap

      Khak tuih

      Delete
  4. BUKAN KE DULU ADE PUAK YG CAKAP BRIM TU RASUAH??

    AIKK SKRG USTAZ PULAK CKP TAK CUKUP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai...bkn lg rasuah ttp disamakn dgn haiwan@ayam...yg ckp tak cuku ni bapak ayam...

      Delete
  5. sedih dengan mereka yg tertutup minda dan hati ni....pada yang mendapat petunjuk dan hidayah...Alhamdulillah dan jaga lah sebaik mungkin hati dan iman. jangan menjadi tertutup dan gelap sampai tidak tahu lagi membezakan mana yang benar mana yang salah.

    ReplyDelete
  6. Ni apo punyo pandangan buduh ...ok la tu ado brim nk brapo ribu n juta laaieee...x besyukur ko x becukur....bnyk lg bondo nk urus n bina... hospital masjid surau.aekolah agamo jando jando ...mcm mcm laie la ....abih nk menadah pakai kupiah jo keliling padang....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...