Saturday 1 March 2014

KALIMAH ALLAH .... PEMIMPIN PAS TERUS DAMPINGI GEREJA UNTUK BERDIALOG DEMI PENCERAHAN.



Selesai solat Jumaat semalam, Ahli Parlimen Parit Buntar dari PAS Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa hadir di sebuah gereja di Sungai Petani dengan membawa mesej keamanan kepada penganut Kristian, selain memberitahu Allah adalah untuk semua, mesej yang berbeza daripada khutbah Jumaat semalam yang mendakwa kalimah Arab itu hanya untuk umat Islam.

Berucap di sebuah program dialog bertajuk "Sepetang Dalam Harmoni, Rahmat Untuk Semua" kepada kira-kira 100 hadirin yang memenuhi ruang di Church of Christ the King, iaitu penampilan kedua beliau di gereja itu sejak tiga tahun memulakan usaha dialog antara agama, Mujahid berhujah keputusan kerajaan adalah bermotifkan politik berbanding agama.

"Islam adalah agama persekutuan tetapi bukan Islam bebas menganut dan mengamalkan agama mereka. Yang tidak dibenarkan adalah menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. Sudahpun ada persediaan di situ untuk hubungan antara agama.

"Namun ia tergelincir dan dimanipulasi ahli politik untuk kepentingan mereka sendiri dan memecahkan undi berdasarkan kaum," kata Mujahid pada dialog itu yang menyaksikan hadirin sabar menunggu walaupun terpaksa dimulakan lewat setengah jam.

Sehingga kini, sudah hampir 20 buah gereja dikunjungi Mujahid bagi mempromosi dialog antara agama.

Mujahid, 49, berkata, dengan isu seperti penggunakan kalimah Allah oleh kitab Bible berbahasa Melayu, "pelakon politik" sedang menghancurkan tiang negara yang dibina pengasas Malaysia.

Mujahid menyentuh sifat eksklusif dan inklusif di dalam agama, di mana eksklusif merujuk kepada kepercayaan seseorang itu kepada sesebuah agama.

Manakala di dalam sebuah masyarakat majmuk, jambatan inklusif di dalam agama merentasi sifat saling menghormati dan memahami, dialog dan mengelak perbuatan yang boleh mencetus kebencian, seperti memaki agama lain.

"Hentilah memberitahu penganut agama lain, seperti Kristian, tentang apa yang boleh dan tidak boleh dituturkan mereka.

"Kalaulah seorang Kristian di sebuah negara di mana umat Islam adalah minoriti bercakap sebegitu kepada seorang Islam, dunia akan bergolak," katanya, dan berkata adalah salah untuk merampas Bible, merujuk tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas 300 naskhah Bible berbahasa Melayu pada Januari lalu.

"Anda tidak ada hak berbuat sesuka hati hanya kerana mereka bukan daripada kalangan agama anda."

Mujahid memberitahu sehingga kini beliau sudah hadir di kira-kira 20 buah gereja bagi mempromosikan dialog antara agama. Lawatan beliau dicoret dalam bukunya "Berdialog dengan Gereja".

Ini berbeza dengan masa lalu apabila PAS dikenali dengan sikap konservatif dan hanya membawa isu berkisar pengundi Melayu.

Mujahid berkata, PAS mendampingi gereja kerana enggan mendiam diri dan membiarkan "negara dihancurkan golongan jahil".

Memetik pemimpin hak asasi kulit hitam Amerika Syarikat, Martin Luther King Jr, yang berkata, “seseorang akan melupakan pihak lawan, tetapi mengingati sikap berdiam diri kawan", Mujahid berkata PAS akan dituduh kerana mendiamkan diri.

Pemimpin PAS itu bekata berikutan hubungan antara kaum di Malaysia terkesan akibat kontroversi kalimah Allah, beliau terus berdamping dengan bukan Islam kerana mahu "menjadi saksi akan tanda Tuhan".

"Sebagai ahli Parlimen, saya tidak boleh lari daripada menjadi seorang ahli politik, tetapi ini bukan soal politik dan saya tidak mengharapkan undi.

"Saya mahu menjadi saksi akan tanda Tuhan yang wujud di mana-mana. Ia juga wujud di dalam diri kita...kita berhimpun di sini, disatukan walaupun berbeza latar belakang, agama dan bangsa.

"Kita sudah pun menikmatinya sekarang jadi perlukah ia dihancurkan?" soal Mujahid, sambil menambah umat manusia diciptakan belainan kaum  supaya mereka boleh kenal antara satu sama lain.

Mujahid, yang mempunyai Ijazah Kedoktoran dalam politik Islam berkata, sekiranya perbezaan dijadikan alasan untuk manusia bermusuh dan berperang, dunia akan berakhir dengan pembunuhan sesama manusia, hanya kerana perbezaan anutan mereka.

"Tuhan tidak mahu ini berlaku. Cuma segelintir daripada Perkasa dan Umno... jika mereka mahu engkar ketentuan Tuhan, biarkan.

"Mereka ini golongan yang tidak berguna yang cuba menyemarakkan kebencian antara kita semua. Biarkan mereka. Saya bercakap tentang suara Tuhan, bukan suara mereka. Pedulikan mereka."

Mujahid berkata tidak siapa yang boleh mengaku agama yang dianutinya lebih baik daripada agama orang lain.

Katanya, memadai manusia hidup sebagai hamba Tuhan yang baik, menerima dan mengiktiraf perbezaan, dan menyerahkan kepada Tuhan dalam membuat keputusan tentangnya.

Tambahnya, seseorang itu tidak boleh mempersoalkan dewa agama lain atau kepercayaan yang dianggap syirik oleh agamanya.

"Tuhan mengarahkan bahawa tidak sesiapa pun dibenarkan menghina dewa agama lain. Ada sebab mengapa Tuhan mengatakan sesuatu. Renungkanlah."

32 comments:

  1. Haluuuuuuu. .......

    Bravo...bravo....bravo.....nk hrpkn ularmak umnongok yg ngok mati hidup smula x brani brdialog...yg thu bughah...bughah..bughah..spesis kturunan ktua umnongok bunyi jer dbat trus trcirit...pueee

    Khak tuih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah...itu dinamakn dialog, cam nk kmpen politik je...klu umat islam sndiri tak berani mngatakn islam agama yg sbnr2nya..maka apa beza dgn org yg nk masuk kristian sbb takda sapa berhak mngatakn agama aku lbh benar...dan dinegara islam minoriti adakh suara islam dibenarkn...hnya negara kita yg majoriti islam yg beria2 nk naikkn kalimah Allah dan bible versi melayu...persoalannya utk apa dan kpd siapa bible bahasa melayu nk diedarkn di semenanjung...adakh cina dan india lbh faham bahasa melayu utk mereka memahami agama kristian....bravo bravo kepala hatok lu...

      Delete
    2. Haluuuuuuu. .....

      Kih...kih...kih...sengal lu...lu brcakap islam yg sbnar..dimna sbnar beb..klau hukum Allah pun lu trcirit nk lksanakn..ktua lu yg lu sanjung mngalhkn hormat pd rasul dn Alquran trpalit dgn plbagai skandal dri rasuah...pnyalhhunnaan kuasa...khalwat..liwat..mabuk..bahkn C4 lgitu ker beb islam sbnar..lgi mahu islam ketr beb klau aurat kak ros_ak dn ank2 badak pun lu boleh tayang pda pngikut lu.....lu bnr2 ikut islam ker beb...pueee biawak la lu...gua bilang lu..ktua lu lgi kencang dri lu mpertahnkn islam ikut alquran dn sunah beb..lu lksanakan hukum hudud gua mageran sma lu...Khak tuih lu..

      Haluuuuuuu tenuk....lu jng brcakap ttg kalimah Allah beb..lu msih brkunyit...lu bimbang agama lain guna kalimah lu snjung tpi lu sndiri menolak hukum Allah .apa lu giler ker beb..syg Allah tpi bnci utk lksanakn printah Allah...

      Amboi....sygnyer tenuk cap biawak pda Allah...bimbangnyer lu ttg isu murtad...sabah srawak yg lu biol bnarkn tu lu x bimbang ker beb..mesia barat bkn mesia ker beb...hoi mangkuk yg lu bnarkan bible versi melayu di import tu sal per beb...lu jgk mlayu barua yg mudah lupa cam ktua lu yg anti hadis kn...giler lu...baik lbih baik lu pegi main burung blakang sana beb...lu bikin mlu ngan lu nyer spesis sini dn disini....biawak la lu beb..kihkihkih

      Khak tuih

      Delete
    3. Cai...hebat tul bahasa lu sbgi org yg syg sesngt dgn islam...kah kah kah...brckp tntng hukum hakam dgn memaki org...brbahagialah lu sbgi prjuang islam yg maha biadap..dlm bahasalu sndiri tkda islamnya cai...setakat bravo kerana islam tnduk digereja tk sehebat mana cai...
      Adakh islam lu kerana anwar...adakh islam lu kerana tgha yg diistihar pmfitnah...aku tk prnh letkkn islam aku pada najib atau org yg lu samakn dgn haiwan...cai kerana politik lu maki semua org yg tak sehaluan sbgi haiwan, hebat sngtkh lu disisi Allah...klu nk brhujah dgn maki hamun maka islam lh lu dgn agama lu dan bkn agama Allah.. kah kah kah kerana politik serahkn segalanya asalkn prjuangan islam itu nmpk lbh liberal kpd kritian.. semoga Allah mmberi rahmatNya dan mngmpuni kita atas keceluparan kita sbgi hambaNya...

      Delete
    4. Haluuuuuuu. .......

      Haluuuuuuu chai.....lu sndri dan ktua lu mulia dn bradab ker beb....ktua lu dn lu bkn pemfitnah ker beb....brapa bnyk fitnah yg ktua lu cipta dn brapa bnyk media lidah biawak lu yg di smn dn klah truk beb...

      Lu nyer geng murni ker bicara beb...liwat..liwat...dubur...dubur...sex...sexx hinggakn jdi idola pda ank pmimpin lu utk hsilkn filem xxx beb...mulianyer kata2 dakwah lu hingga ktua lu jdikn alquran dan sunnah sbgai panduan dn rujukn dlm khidupn dn pntadbiran negara beb...

      Beb bin cai....hbat sngat ker pgangan dn islamiknyer jiwa lu beb...smpaikn lu brterusan mnyokong ktua lu yg jlas dri segi khidupan dan pntadbiran lri dri tuntutan beragama beb...atau klu gua katakn lu jgk mungkin bersekolah agama cam rahim noooooo beb dn akhirnya jdi ALP judi genting....klu itu khebatan lu gua salute sma lu dgn khak tuih

      Khak tuih

      Delete
    5. kemon bhai 1254,jika nak menegur bukan yg lu pilih.juak lu tak pernah gua nampak pu lu menegur.bhai,jgn ler mcm nie.jgn sekerat kerat bhai.bhai.bhai.kemon ler.jujur pada Allah swt dan diri sendiri.nampak sangat lu punya sifat hipokrit bhai.lakunan menjadi ler bhai.biar pun lu bermuka muka,tatacara lu gua dah masak bhai.malu bhai.

      Delete
    6. Juragan69 dah lari ke sini ke.takut masuk manjong mari ke

      Delete
    7. cehhhh...ada lagi rupanya babi amanook yang menyamar jadi ostat... kahak ptuiiii

      Delete
    8. Haluuuuuuu. ......

      Btul ler ti beb...dulu2 13569...lps tu anon...lantak lu lah wak....jnji lu snang jiwa lu yg sengsars tuuuuu.....manjung mari hilang omak kau sdia mnanti...

      Khak tuih

      Delete
    9. Wow hebatnya jit tontoya dlm berhujah...ttp syg kehebatannya lbh kpd maki hamun...ni apa isu dgn juragan 69 13569.saya pelik kenapa pnyokong pr suka mmbabikn org lain.tak rasa berdosa ke.

      Delete
  2. Khutbahdi masjid jamek Tasik Gelugor Pulau Pinang mujahat pernah berkata perbezaan antara Syiah dan Sunnah adalah sangat kecil...apakah dengan mengkafirkan sahabat nabi khalifah Abu Bakar, Umar dan Ustman serta menghina isteri nabi suatu perbezaan yang kecil...??Syiah kafir dan sesat lagi menyesatkan PAS Parti Ajaran Syiah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk syiah la pulak,ni bincang pasal khalimah Allah.mana menteri agama?tanggungjawab kerajaan selesaikan perkara ni

      Delete
    2. 10.03...mu kalu dibandingkan dengan syiah, mu lebih sesat... Cuba mu google ugama ajaran sunah wal rasuah dan kaitannya dengan no 5 di dunia

      Delete
    3. rasuah macam lah Pok NIkko tu bukan kaki rasuah berlambak orang PAS dan PKR makan rasuah....tiba tiba saja jadi setam bisu...kalau tak kena rasuah dengan dana yahudi oleh anwar Ibrahim terus jadi setan bisu...alahai....jadi setan bisu makna dah kena perangkap oleh dana yahudi..

      Delete
  3. kalau dah syiah semua mereka benarkan sebab syiah musuh yang akan rosakkan islam dari dalam....awas syiah.....musuh islam

    ReplyDelete
  4. Pendirian dr mujahid adalah bertentangan dgn tga dan haron din selaku mursyidul dan timb mursyidul...dr mujahid jgn gila glamour dia juga dianggap sesat oleh ulama pas...kpd dr mujahid jgn buat kerja syok sendiri...sejuta phd pun Allah campak ke neraka juga kalau mensyirik kan Allah swt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mu yang syirik sbb mu kata Allah hanya Tuhan org Islam. Allah adalah Tuhan sekalian Alam waima yang menjalar di bumi dan di langit. Sebab itu semua mahusia wajib menyembah hanya Allah. Adapun gunung, pokok malahan semut juga menyembah Allah biarpun dia bukan manusia.

      Delete
    2. Anon 1747...adakah hindu, buddha, sikh waima kristian mngakui yg tuhan sbenar2nya adalh Allah...adakh mereka beriman kpd Allah...jika bnr spti yg lu katakn maka murtad tidak ujud sbb apa agama yg dianuti maka didlmnya ada Allah...adakh lu katakn para mufti dan ulama itu mnsyirikkn Allah bila mngeluarkn fatwa haram kalimah Allah digunakn oleh ugama lain..knp pengikut kristian tidak memeluk islam jika mereka mngakui keesaan Allah sama sprti lu...jgn mudah trpedaya dgn taktik kristian utk memurtadkn umat islam..ttp jika lu yakin dgn kehendak gereja dan paderi itu hak lu..

      Delete
    3. 1856......kesian lu bro.ish.ish.ish.tak faham rupa rupa nya.bro....asal bumi penghuni manusia cuma 2 sahaja.bro....orang citer dah kupasan sampai intipati.lu masih dgn mukadimmah nya jer.maner lu nak reti dan faham bro.pelik ler lu bro.ilmu tak kemana mana tapi ngulas mcm paham bebenor.sedey sama lu bro.ngaji lg bro.

      Delete
    4. Kahkahkah...mknanya dato haron dan ahli majlis syura pas serta ulamak dan mufti semua kena ngaji lg lh ya...mknanya mereka semua tak reti ilmu agama lh ya trmasuk nik aziz yg buat u turn...
      Bro semua yg beriman kpd Allah yakin dgn pnguasaan Allah kpd semua didunia maupun alam yg tidak kita ketahui...bro apakh mknanya dgn mnsyirik kn Allah.. adakh bila Allah digunakn oleh agama lain tnpa penganutnya beriman kpdNya maka kita biarkn kerana kita anggap itu bkn tugas kita utk pertahankn agama Allah... sia2lh dakwah dan perjuangan rasullullah dan sahabat utk syiar islam dan kini lu dan pngikut pr mngatakn takpa utk kristian gunakn kalimah Allah utk tujuan yg jelas dan nyata demi mngeliru
      kn serta memurtadkn umat islam...
      Bro mnkin ilmu aku tak setaraf dgn ilmu lu...maka trpulng dgn apa yg lu yakin...

      Delete
  5. selepasni kalau nampak umat Islam masuk gereja jangan nak dihalang pulak.. ni orang politik pun kerap duk pi masuk gereja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haluuuuuuu. ........

      Haram ker msuk greja beb klau utk brdialog dn brdakwah.....hram ker sahabat Rasullulah salahuddin al ayubi msuk gereja dn menukarkn gereja jdi masjid slepas mnawan turki beb...hram ker umat islam yg msih solat dlm gereja slpas ia mnjadi masjid beb...klau solat dlm gereja pun Allah x lrang inikn pula hnya kegereja utk brdialog beb. Kafirkah jit_tuya lu msuk kuil hindu di btu cave dgn kalungan dri babuji yg mnyokong ktua lu cam lu....

      Beb baik lu blajar muqadam dri lu mempersoalkn perkara yg lu sndri sewel tentanya beb...beb lu da bersunat blum beb....

      Khak tuih

      Delete
    2. Bro lu mmng terdidik dgn sifat2 biadap ke...brhujah lh dgn lbh beradap utk menmpkkn kita mmng berilmu...tak kemana bro dgn sikap angkuh dan bongkak...

      Delete
    3. khak tuih rasanya nko fhm dgn maksud anon14.34...nk pusing ke lain buat apa.

      Delete
    4. selepasni budak remaja Islam kalau solat dalam gereja jangan nak dihalang pulak.. orang politik pun kata boleh...

      Delete
  6. korang pergi berhujah..berdailog dengan orang kristian dalam gereja tu lagi besar pahala dan manafaatnya dari kau berhujah dengan macai macai bodoh buta hati yg ada dalam ni

    ReplyDelete
  7. gua kenal macai2 bloger nih,,makan duit rakyat dgn dana 37juta untuk buat fitnah jehh,,prinsip ajaran kepala fitnah ,,masuk bloger2 pakatan rakyat,,lepas tu buat fitnah dan huru -hara,,,serapkan ciri2 perkauman,ugama dan sex fitnah..udah lah makan duit rakyat lepas tuh kerja buat fitnah plak,,,kami sebagai rakyat yang teranaya dan tertindas ini,,tidak halalkan apa yang kau buat dan makan hasil duit kami..moga2 kau orang terima pembalasan di dunia dahulu,,mana tahu hendak bagi peringatan supaya bertaubat....kalau seksa di akhirat lagi dahsyat..

    ReplyDelete
  8. Macai bahlul al bangang. ...dlm gereja di sebokkan nk berhujah....luar gereja berspendar bosar ngann berdoll doll

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam semua pada sahabat2 sebangsa dan seagama. Penat dan letih rasanya hari2 membaca ruangan ini dimana penuh dengan kata nista, maki hamun, keji mengeji, caci mencaci dan malu rasanya bila kalimah Allah disebut2 tanpa rasa malu ketika saling mengeluarkan kata2 yang tidak sepatutnya. Wahai saudara sebangsa dan seagamaku. Hentilah berbalah sesame sendiri. Takda untungnya kita menyakiti hati sesame kita, kerana siapapun yang memerintah , mereka tak kenal kita pun. Kita pun tak pernah minta pertolonganpun dengan mereka. Merekapun tak kenal kita. Tetapi yang kita tahu hidup kita tidak menderita, dan Negara kita masih kekal aman dan makmur. Ingatlah sekarang berbagai bencana telah berlaku dan masih berlaku dinegara kita kerana kita penyebabnya . Rahmat Allah swt macam dah sampai kat kita, Semua barang2 keperluan dan asas menyambung kehidupan naik semakin hari macam dah tak boleh dikawal lagi. Semua kedai harga barang semua tak sama. Daripada sekecil2 barang hingga sebesar2 barang semua makin naik. Air pula dah dicatu disebahagian tempat kerana tempat tadahan air semakin surut, tak hujan. Ini juga salah satu bala bencana kerana kemurkaan Allah swt kerana perbuatan kita juga. sepatutnya kita bersama2 berdoa dan munajat kepada Allah swt agar diampunkan segala dosa dan berbaik2 sesame kita. Hentikanlah perang sesame kita dialam cyber ini. Sepatutnya kita semua berdoa supaya pemimpin2 dinegara kita bersatu hati untuk mengatasi segala masalah yang berlaku. Tidakkah kita terasa disebabkan kita asyik berbalah sesame sendiri, terlupa kita yang ada orang ambil kesempatan menaikkan harga barang hingga kemaksima yang boleh sehingga menjelang gst yang akan dilaksanakan tahun 2015. Wahai bangsaku, sebenarnya kita patut bersyukur kepada Allah swt kerana dinegara kita masih kita dapat kenal semua jenis bangsa dan agama. Lihatlah dinegara mesir dan sebahagian negara2 disekeliling kita, nak kenal identity bangsa dan agama pun susah, sebab tu bila bergaduh dan berperang tak kenal siapa yang mereka bunuh dan musuh mereka. Tapi dinegara kita dengan kemuliaan kurniaan Allah swt kita kenal sekiranya sesiapa yang hendak menjadi musuh nyata kita. Dan lagi kekalkanlah system pemerintahan raja2 yang ada dinegara kita. Cuba kita lihat Negara Britain masih kekal dengan baginda Queennya. Brunei pun begitu juga. Sebab tu Negara mereka masih kekal aman. Tiada pemberontakan membolehkan perang demi peperangan yang disebabkan saling menjatuhkan untuk memerintah Negara. Sungguh bertuah rasanya kita dilahirkan dinegara ini.

      Delete
    2. bhai ini blog PKR bhai... apapun matlamatnya yang no.1 DSAI jadi PM... lu kena tau bhai... lu citer bab perpaduan bukan sini bhai...

      Delete
  9. Di indonesia kadar murtad tertinggi....syor kpd dr mujahid pi dakwah semula org islam yg murtad di indon lebih2 lagi di malaysia...itu lah kerja pendakwah

    ReplyDelete
  10. Nanti orang Hindu, orang Budha dan lain2 agama bolehlah guna nama Allah sebab orang PAS sokong.

    Apa nak hairan dalam cermah politik pakatan pun dah ramai orang kafir bertakbir Allahuakbar, malah seolah2 menjadi imam kepada orang2 PAS (boleh tengok dalam youtube) seolah2 agama mereka sama.

    Dato Dr Haron Din kata "Kufur mana-mana orang Islam membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah" tak nak kata berunsur politik ke?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...