Tuesday, 2 September 2014
EDISI CUIT MINDA GUNA AKAL LOGIK ... ADAKAH RAKYAT SABAH MAU TERUS MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA UMNO/BN?????
Pembangunan Malaysia tidak lengkap tanpa Sabah, kerana tanpa hasil yang diperolehi daripada sumber aslinya tidak memungkinkan negeri seperti Kedah dapat membangun, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini.
"Sama juga dengan Kedah yang mengeluarkan beras untuk semua negeri termasuk Sabah pada harga subsidi bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan rakyat di negara ini," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Penampang di sini.
Mukhriz, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata, amalan bantu-membantu antara negeri-negeri di Malaysia dipraktikkan sejak merdeka lagi.
Katanya, ini kerana para pemimpin terdahulu telah memberi formula perpaduan bagi menjamin kemajuan bersama rakyat di negara ini.
Beliau turut mengingatkan anggota Umno Penampang untuk terus mengukuhkan perpaduan bagi memastikan rakyat terus menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Saya bukan orang yang sesuai berkata mengenai perpaduan kepada orang Sabah kerana Sabah lebih tahu erti perpaduan kerana mempunyai lebih banyak suku kaum dan agama tetapi saya berharap amalan kesepakatan di kalangan anggota Umno diteruskan. Jika tiada kesepakatan, rakyat akan tolak kita," katanya. - Bernama
7th August, 2014
KOTA KINABALU: Petronas tidak mampu untuk membayar 20 peratus royalti kepada Sabah kerana kos pengeluaran yang tinggi.
Naib Presiden Pengurusan Petroleum Petronas Malaysia, Adif Zulkifli berkata syarikat minyak kebangsaan itu telah membayar 10 peratus royalti untuk kerajaan Persekutuan dan Sabah membolehkan syarikat itu memiliki 90 peratus hasil untuk pelaburan semula dan keuntungan.
“Royalti ini sudah dibayar sejak 1976 dan kita mahu mengelakkannya selagi kita mampu untuk membolehkan kita membawa lebih banyak projek, lebih banyak penggalian semula dan penemuan yang kosnya amat tinggi.
“Pelaburan semula ialah 70 peratus dari hasil, hanya tinggal 20 peratus keuntungan yang dikenakan cukai sebanyak 38 peratus iaitu kira-kira lapan peratus dari jumlah hasil keseluruhannya.
“Ini bererti Petronas dan rakan kongsinya hanya tinggal 12 peratus selepas dikenakan cukai keuntungan yang biasanya akan dibahagi dua iaitu 50:50,” katanya semasa sesi taklimat kepada media di sini kelmarin.
Menurut beliau jika royalti dinaikkan kepada 20 peratus untuk Sabah, Petronas perlu membayar 25 peratus termasuk lima peratus kepada Kerajaan Persekutuan.
Katanya, jika itu dilakukan, Petronas dan rakannya hanya mendapat 1.5 peratus hasil pendapatan sedangkan ianya membuat pelaburan besar terhadap projek itu yang akan membuatkan Malaysia menjadi destinasi kurang berdaya siang untuk Pelaburan Langsung Asing (FDI)
Adif berkata sekiranya pelabur asing menarik diri dari negara ini, banyak projek akan terjejas dan ini yang akan membuatkan Petronas tidak lagi dalam menjalankan pengeluaran minyak dan gas dan juga akan membuatkan syarikat itu tidak dapat lagi membayar royalti kepada Sabah.
“Kadar pembayaran royalti Malaysia sudah tinggi berbanding dengan negara-negara lain di mana di seluruh dunia purata hanyalah lima peratus. Hanya Nigeria dan Bahrain yang membayar kadar yang tinggi, malah Brunei hanya mebayar lapan peratus.
“Jika royalti ini dinaikkan, kita tidak akan dapat bersaing lagi untuk pelaburan. Kita perlu menjadi negara bersaing untuk menjadi negara destinasi FDI.
“Sekiranya pelabur tidak dapat pulangan yang berpatutan hasil dari pelaburan mereka, mereka akan lari ke tempat lain.
“Malaysia mempunyai Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) dengan syarikat-syarikat asing kerana kita memerlukan kepakaran, teknologi dan pengalaman mereka, adalah menjadi tanggungjawab negara untuk menyediakan keselamatan kepada syarikat-syarikat ini dan menghormati kontrak dengan mereka agar mereka terus yakin dengan kita,” katanya.
“Kita berdepan dengan persaingan sengit kerana banyak negara seperti Angola dan Brazil adalah lebih menarik untuk para pelabur. Malah Amerika Syarikat sendiri meningkatkan pengeluaran mereka sama seperti Arab Saudi, dan banyak lagi negara yang akan menjadi pengeksport minyak bersih dan gas, yang mampu menarik minat dan ini membuatkan syarikat-syarikat AS kembali ke negara mereka,” katanya sambil menambah syarikat-syarikat minyak dan gas asing lebih berhati-hati dalam membuat pelaburan untuk projek mereka.
Mengenai kos pengeluaran yang tinggi, Adif berkata cara yang paling mudah digunakan untuk menggali dan mengeluarkan minyak memerlukan kos yang tinggi kerana ianya memerlukan teknologi yang mahal.
Di Sabah, katanya kebanyakan penemuan adalah di laut dalam (kedalaman 1km hingga 2km) dan ini sudah pasti memerlukan kos yang tinggi untuk eksplorasi.
“Kos meningkat dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun lepas, dan mungkin juga lebih dari jumlah itu. Menguruskan kos adalah satu cabaran bagi kami,” katanya sambil menambah Sabah menyumbang 10peratus pengeluaran minyak dan gas negara.
Menurut Adif, syarikat itu telah membayar sejumlah RM9 bilion kepada Sabah sejak 1976 dan jumlah pelaburan ialah RM179 bilion dan RM6 bilion ialah pelaburan untuk hiliran.
Beliau berkata Petronas juga banyak menyalurkan bantuan untuk program tanggungjawab sosilnya (CSR) di Sabah.
“Kami telah menyumbang RM83 juta untuk Kawasan Pemuliharaan Imbak Canyon (ICCA) dan kita juga mengeluarkan hampir RM500 juga untuk Projek Laut Basing ESSCOM dan juga Sistem Radar Amaran Awal di Pantai Barat Sabah.
“Dari segi pekerjaan, kami mengambil kira-kira 1,643 penduduk Sabah, 75 peratus daripada mereka bertugas di negeri ini manakala selebihnya di seluruh dunia,” katanya sambil menambah mereka memegang pelbagai jawatan penting untuk pengurusan strategi.
Adif juga berkata kira-kira 4,000 pelajar mendapat faedah melalui program pendidikan dan latihan dalam tempoh 10 tahun lepas, termasuk melalui biasiswa dan pengwujudan Pusat Latihan Kimanis.
Mengenai perkhidmatan dan kontrak, beliau berkata sejumlah 291 syarikat-syarikat dari sabah berdaftar dan diberikan lesen oleh Petronas, kesemuanya layak untuk mengambil bahagian dalam tender kontrak.
“Setakat ini, sejumlah RM1.3 bilion nilai kontrak telah diberikan kepada syarikat-syarikat Sabah dan kita akan terus membantu mereka untuk terus berasing,” katanya.
Mengenai industri minyak dan gas di Sabah, Adif berkata negeri ini mengeluarkan kira-kira 180,000 tong minyak sehari dari 2009 hingga 2013,dari 14 lapangan minya dan tiga lapangan gasnya yang aktif.
Negeri ini mempunyai sejumlah 41 lapangan minyak dan 47 gas yang dijumpai setakat ini dan ianya mempunyai 53 pelantar dan 117 saluran paip.
“Terdapat 27 Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) yang aktif di negeri ini dengan 12 syarikat berlainan,,” katanya sambil menambah Petronas juga mempunyai beberapa kemudahan hiliran di negeri ini seperti Sabah Oild and Gas Terminal (SOGT), Sabah Gas Terminal (SBGAST), Labuan Gas Terminal 1&2 (LGAST1 & LGAST2), Labuan Crude Oil Terminal (LCOT), Petronas Chemical Methanol Labuan Plant 1&2, Kimanis Power Plant, Sabah Ammonia Urea (SAMUR), Asia Supply Base, Labuan, and Petronas Dagangan Berhad’s (PDB) 66 stesen runcit. Dua kilang LPG,empat terminal minyak dan dua depot.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...

-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu. N...
-
Parti Islam Se-Malaysia PAS amat bersimpati dengan nasib penanam padi khususnya di Sungai Besar yang tidak dapat menikmati peningkat...
Makhluk Anuar ne bukan hebat hanya kita je mengagungkan dia. dia cakap sepuluh sebelas xleh percaya. banyak masalah yang ada dia ngaku leh setelkn tp cakap xserupa bikin...... ..
ReplyDeleteMakhluk berasal dari Matang Pauh dan bini dia wajib meletak jawatan kerana bertanggungjawab penuh dalam krisis Selangor. Setakat idea bagi lepas tu gagal macam2 alasan utk menyelamatkan kedudukan.
Rakan2 diSabah, jangan diharap makhluk Matang Pauh ini. Jika kamu termakan hasutan beliau maka kucar kacirlah negeri kita.
Ko orang jahil dan munafik. Mana nampak baik orang lain.
DeleteLaungan pertubuhan cap lebam. Hanya Bini Boss layak jadi MB !!!!!!!!!!!!!!!!!!! orang lain tak layak. ADUN PKR termasuk Azmin, Nik Nadzmi, Yaakop Sapari, Elizabeth Wong dll semua tak layak jadi MB.
ReplyDeleteAdakah kita perlu melayan orang gila begini ? Tentu Tidak
Berlaku adil
DeleteBertanding lah jawatan Presiden kalau nak jd MB
Hati laki bini dihasut oleh nafsu jawatan dan diampu oleh gang2 Ninja Turtle - Kajang Move
ReplyDeleteMacamana pusing pun Wan Azizah jugak jd MB Sgor
DeleteParti Keadilan yang asal memperjuangkan hak rakyat. PKR yang wujud sekarang mengikut nafsu Nepotisme sejagat mahu bini pemimpin diberi jawatan.
ReplyDeleteAyuh..... Reformasi mesti dlilakukan terhadap kepimpinan PKR. Azizah please go and follow your hubbie back to Permatang Pauh. You have shamed the 1998 reformasi movement
Yes go back and get loss. Thank you
DeleteJembalang Nepotisme Bini First Rakyat Last.
DeleteWahai ketua2 ranting PKR. Bangunlah kamu semua menentang Nepotisme dalam parti. PKR perlukan reformasi dalaman
Tobat, orang begini tak layak melaungkan Keadilan.
DeleteKorang yang menjadi dalang dalam menjatuhkan PR. Kalau tak ada DSAI dan DSWA, sudah lama PKR akan berkubur. Harapkan korang, dapat kain batik dan gula sekilo pun dah berpaling tadah.
DeleteYang amanah dalam PKR adalah Syed Husin. Malangnya dia sudah besara dari jawatan
ReplyDeleteSotan wajib lantik badak air sebagai mb sgor dan bolehlah dia melancong ke bulan pula.heee
ReplyDeletePasal kos rakyat x payah risau wang dlm kwap,kwsp,zakat,tabung haji masih banyak lagi dan duit permata sebanyak rm 100 juta masih ada lagi.heee
ReplyDeleteDi Mesir ada seorar Anwar (Anwar Sadat) yang akur terhadap Israel.
ReplyDeleteDi Malaysia, sila baca artikel Malaysian Insider (Link diatas)
Pengkhianatan yang amat bagi penduduk Gaza. Adakah ini pemimpin yang kita nak percaya. Memecat orang amanah jawatan mahu dberi kepada Bini. Ini Nepotisme tahap legend
ReplyDeletehttp://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/anwar-explains-support-for-israel-to-nik-aziz
Penyokong Pkr diperbodohkan tak sudahhh oleh pasangan Pro Nepotisme dan macai macai Ninja Turtle hahahahah
ReplyDeletePerdagangan umnu-israel mececeh 1 bilion setahun mcm mana pula.bukankah itu lebih membantu ekonomi yahudi.kesian kat macai no otak.heee
ReplyDeleteMinta maaf Anon 10.39, saya ahli PKR yang mebenci Nepotisme tanpa hemah dalam parti. Saya dan ramai lagi juga membenci Pemimpin yang secara terang Pro Yahudi. Jangan cakap orang lain kalau dalam rumah dah tak betul.
DeleteImpian saya, akar umbi boleh membuat undi tidak percaya kepada DSAI sebagai President.
So Rafizi, Kamu nak pecat kami pecatlah. Kami dah pecat kamu sebagai orang kami hormati
Jangan berlakon orang PKR. Kau kan macai tegar...
DeleteKalau betul UMNO kena buat pentas meraikan keluarnya ahli PKR ramai ramai Tp UMNO tak buat pun smp skg
DeleteMakin hari makin ramai ahli PKR membuat kenyataan terbuka menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Kes pemecatan TS Khalid Ibrahim. Mengikut maklumat yang kami terima ramai yang tidak menonjolkan diri walaupun tak setuju dalam isu pertukaran MB Selangor.
ReplyDeleteJgn risau Sultan akan perkenan kan Wan Azizah jd MB
DeleteSgor akan dpt MB baru MB UMNO tak senang duduk ler
Perdangangan umnu-israel yang mececah 1 bilion mcm mana pula.bukan itu lebih menyokong ekonomi yahudi.kesian kat Umat Macai No Otak.heee
ReplyDeleteMinta maaf Anon 10.45, saya ahli PKR yang mebenci Nepotisme tanpa hemah dalam parti. Saya dan ramai lagi juga membenci Pemimpin yang secara terang Pro Yahudi. Jangan cakap orang lain kalau dalam rumah dah tak betul.
DeleteImpian saya, akar umbi boleh membuat undi tidak percaya kepada DSAI sebagai President.
So Rafizi, Kamu nak pecat kami pecatlah. Kami dah pecat kamu sebagai orang kami hormati
Melayu hutan memang la sokong umnu-tski.kat bandar2 sgor tetap bersama Pr.heee
ReplyDeletebila ckp psl royalti mesti sebut 10 peratus
ReplyDeleteberapa byk 10 peratus tu kita tak tahu
kalau pembangunan tak ada kemajuan mana pergi 10 peratus yg jumlah nya akan meningkat mengikut keuntungan petronas
Anon 10.47.gi lah masuk umno.pkr tak perlu org mcm kau.momokak yo
ReplyDeleteOrang Sabah asyik kena tipu saja. Tak nak jadi macam Brunei ke?
ReplyDelete