Tuesday, 2 September 2014
KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA, SUHAIZAN KAIAT CABAR ZAHID HAMIDI TANGKAP DIRINYA TERLEBIH DAHULU SEBELUM MAU AMBIL TINDAKAN TERHADAP JABATAN UNIT AMAL MALAYSIA PAS.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya menangkap beliau terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan terhadap Jabatan Amal.
Dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebooknya, menegaskan Jabatan Amal berada di bawah tanggungjawab beliau selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia.
"Saya cabar Datuk Seri Zahid Hamidi, jika nak ambil tindakan pada Jabatan Amal, tangkap saya dahulu.
"Jabatan Amal bawah tanggungjawab saya selaku ketua Pemuda PAS Malaysia," tulis beliau.
Semalam, Dr Ahmad Zahid memberi amaran akan mengambil tindakan seperti yang diambil terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang juga akan dikenakan ke atas Unit Amal PAS.
Beliau berkata polis hanya menunggu masa sebelum bertindak terhadap Unit Amal PAS.
"Tindakan yang sama juga akan diambil pihak polis. Saya sangat yakin mereka akan diambil tindakan," kata Zahid.
Sementara itu, The Malaysian Insider melaporkan, Suhaizan mendesak Dr Ahmad Zahid memohon maaf kerana melabelkan Unit Amal PAS sebagai jabatan keselamatan tidak berdaftar.
Unit Amal PAS merupakan satu unit di bawah Pemuda PAS yang ditubuhkan pada 1991 dan sering bertindak membantu mengawal peserta demonstrasi anjuran pakatan pembangkang.
Ketika demonstrasi Anti GST di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad 1 Mei lepas, Unit Amal PAS telah bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengawal keadaan dan juga lalu lintas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
Salam
ReplyDeletePAS akur dengan titah istana untuk menghantar lebih nama Adun PKR untuk Sultan Selangor memilih dan menyerahkan kepada kebijaksanaan baginda membuat keputusan mengenai siapa yang menjadi MB.
Saya berharap LKS dan DSAI menghormati dan menjunjung titah tuanku.
Daulat Tuanku.
Maka adalah baik PAS keluar dr PR
DeleteDan tubuh PI = Pakatan Istana
Kalau pilih adun PKR selain dr Wan Azizah sudah tentu adun tersbt akan menolak dan serba salah Ini Presiden PKR apa kata kalau presiden PAS di tolak oleh istana satu hari nanti ?
Sele[as membaca article lama ini, saya 10x ganda percaya kepada TSKI dari DSAI.
ReplyDeleteKepada pembaca yang sudah lupa, Wan Azizah adalah isteri kepada DSAI.
Dulu saya menyokong DSAI, selepas krisis TSKI saya sudah mula membenci beliau.
Orang yang benar, dalam krisis ini akan menarik diri (Disini isterinya) dari pencalunan MB. Ini adalah paling unggul bagai Saidina Hassan R.A>meletakkan jawatan Khalifah untuk Saidinan Muawiyiah R.A.
Adakah DSAI seorang yang pemimpin bersivik dalam konteks Saidina Hassan R.A. Tidak, beliau masih lagi engkar, dengan berkeras hanya DSWA layak sebagai MB.
Saya rasa cukuplah dengan intipati prinsip Islam yang saya tahu sedikit untuk dikongsi
Betul juga kata kamu ni tetapi akhirnya keluarga Saidina Hasan dan kaum kerabat Ali r.a telah dibunuh dan di sembelih oleh keluarga Muayiah slelpas mereka berkuasa penuh (peristiwa Karbala) dan kekejaman bani Umayyah terhadap kabilah Hashim. Hehehehe kamu baca sekerat aje sejarah Islam...
DeleteSyiah jalan yang benar
DeleteWahai DSAI
ReplyDeleteKamu adalah bekas ketua Abim, tapi berhati rakus mahukan jawatan MB diberi kepada isteri.
Kamu tidak belajar di Usrah dan majlis Taqlim sewaktu kamu dalam ABIM?
Kamu tidak belajar pengorbanan sahabat dan cucu nabi, Saidina Hassan R.A menyerahkan jawatan Khalifah kepada Muawiayah?
Kamu tidak pergi sekolah, kamu tidak tahu rukun negara? Kerana tidak tahu konsep Kestiaan Kepada Raja dan Negara
apa lah ko ni ? Sultan boleh tolak Wan Azizah Apa peduli dgn suami Wan Azizah Setia pd peraturan negeri dan perlembangaan negara dulu ke atau patuh kpd semua rukun dlm rukun negara .UMNO beriya iya minta ditarik balik gelaran Datuk Seri yg diberi oleh Raja kpd Anwar tapi smp sekarang Anwar masih pakai gelaran tersebut Makna nya Anwar masih setia pd Raja dan Negara
DeleteRasis, unit amal pas sudah lama beroperasi tetapi tidak diganggu polis kenapa pps dilayan sebaliknya, adakah kerana mereka cina? Fikir fikirkanlah wahai rakyat.
ReplyDeleteAnon 09:10, memang kurang ajar
ReplyDeleteRamai macai amno melalak dlm ni
ReplyDeleteMenyalak demi sesuap nasi!
ReplyDeleteBravo!!..suhaizan!
ReplyDeleteOmak ko tukar tagline...umno is dead...pasa pkr is dead rakyat dah meluat dengsn anwar ibrahim...hapuskan krooni n nepotisme
ReplyDeleteSuhaizan,
ReplyDeleteJangan cakap besar, nanti kena tangkap dgn Polis, baru tahu langit tinggi rendah..
Mata Abe Mat Sabu, cakap bergegar-gegar... kena tangkap dgn polis, duduk kat banku soal siasat, BASAH KUYOP, seluar beb...
Tanya Abe Mat Sabu tuuuh, berapa kali keluar masok toilet, sampai tak boleh kencing.. tinggal rasa saja...
Tapi kalau Suhaizan rasa diri betul kuat, tabah, sombong lagi takabur.. InsyaAllah, tak kan lari kemana, masa dan ketika ajer..
Jam akan terus berdetik menghitung...., Suhaizan saja yg tahu citer sebenar, spt Abe Mat.... nasib Abe Mat tak menjerit panggil Mah.... Mah.... Mahhh!!
Kebenaran=keberanian!
DeleteCabar mncabar ni x baik, natijahnye buruk, cuba buat bertenang dn bincang elok2, jngan trlalu ikut emosi. Pemimpin2 harus ingat, masing2 ade pengikut, kalau masing2 nk tunjuk sape yg lebih handal, huru hara jdnye...
ReplyDeleteDah lepas operasi lalang madey kuti kini operasi lalang mat sulawesi pula.melayu pula bodoh dari zaman british sampai sekarang.heee
ReplyDeleteJawatankuasa penduduk Taman tmpt aku pun x daftar.... kutip duit plk tu....pengerusi Ada.....bole tangkap tak
ReplyDeleteRukun tetangga taman aku pun tak berdaftar...marilah tangkap hehehehe...sila check puki da , perkosa,pemuda lasak umporno ,jati... ada daftar tak?
ReplyDeleteTubuh Pasukan dan Unit pun kena berdaftar ikut akta Pertubuhan .
ReplyDeletehe he he
Penjenayah mkin ramai tak ditangkap..ni yg nak mnolong pula ditangkap huhu
ReplyDelete
ReplyDeleteHIDUP LIM GUAN ENG
HIDUP LIM KIT SIANG
TAKBIRRR... ! ! !