Sunday, 14 September 2014

HUKUMAN GANTUNG KEPADA PESALAH DIBAWAH AKTA HASUTAN 1948 .. INI RESPON MUSA HASSAN SETELAH KENA PERLI DENGAN TUN MAHATHIR.



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan, tindakannya mencadangkan hukuman mati dikenakan kepada pesalah Akta Hasutan 1948 hanyalah satu cadangan biasa.

Katanya, sebagai sebuah negara yang mempunyai kebebasan hak bersuara, tidak salah sekiranya beliau mengeluarkan pendapat dalam usaha memperkasakan lagi akta tersebut.

“Saya rasa individu yang mendesak agar akta ini dihapuskan juga tidak masuk akal kerana akta sebegini memastikan keamanan negara terjaga.

“Jadi tak salah kalau saya cadangkan perkara ini demi keharmonian negara. Lulus ke tak itu bergantung Parlimen, bukannya saya,” katanya ketika menyampaikan ceramah dalam seminar Memperkasakan dan Memartabatkan Institusi Beraja di Dewan Bahasa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, semalam.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir dan meminta Musa mencuba dahulu hukuman gantung.

Musa memberitahu cadangan itu sebagai satu cara untuk menyokong sebahagian rakyat yang mahukan akta ini dikekalkan, selain menuruti langkah kerajaan Singapura yang masih menghidupkan ISA dan Akta Hasutan.

Dalam pada itu, beliau menyuarakan kebimbangan sekiranya akta ini dihapuskan ia boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian masyarakat di negara ini.

“Kita perlu tahu sejarah dan akta ini ditubuhkan demi kesejahteraan negara ini, sebab itu termaktub dalam perlembagaan.

“Inilah undang-undang untuk melindungi masyarakat dan juga sistem beraja di negara ini,” katanya.

Bagaimanapun, Musa berharap agar akta tersebut diperkasa segera memandangkan terdapat unsur penghinaan membabitkan raja-raja Melayu dan juga negara kian berleluasa.

“Jika undang-undang sedia ada tak cukup, tak salah rasanya kalau meminda atau menambah baik akta itu demi kepentingan negara,” katanya.

Tambahnya, Akta Hasutan telah dipinda sebanyak lima kali tetapi masih mempunyai ruang untuk ditambah baik atau diperkukuhkan sekiranya perlu disesuaikan mengikut trend semasa.

Namun katanya, untuk memansuhkannya, tidak sepatutnya dipertimbangkan kerana seolah-olah memperjudikan keselamatan negara.

“Akta ini walaupun wujud sejak tahun 1948, tetapi telah dipinda mengikut keadaan. Kalau dilihat, trend sekarang berlainan. Boleh pinda lagi atau diperkukuhkan, tidak perlu diganti.

“Masih ada ruang untuk diperbaiki kerana Perlembagaan juga menyokong setiap rakyat dan pemimpin negara bebas bersuara, tetapi kebebasan tadi perlu tertakluk kepada undang-undang kerana seperti saya selalu katakan, tiada kebebasan mutlak,” katanya.

Respon Musa Hassan adalah berkaitan dengan sindiran tajam menusuk kalbu dari mantan Perdana Menteri yang berbunyi seperti berikut:-

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan "perlu mencuba sendiri hukuman gantung", kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini selepas Musa mencadangkan hukuman mati dikenakan kepada pesalah Akta Hasutan 1948.

Musa dilaporkan dalam akhbar hari ini berkata, pesalah melakukan perkara sama berulang kali ekoran tidak takut dengan undang-undang tersebut dan beranggapan hukuman yang dikenakan itu ringan.

Oleh itu, dia mengatakan hukuman mati mungkin boleh dikenakan kepada pesalah yang melanggar akta itu buat kali yang ketiga.

Namun, perkara itu perlu dipersetujui oleh penggubal undang-undang negara ini, katanya dipetik Sinar Harian.

"Mungkin Musa perlu cuba," kata Dr Mahathir ketika diminta mengulas perkara itu semasa satu majlis pelancaran buku di Kuala Lumpur hari ini.

Perdana menteri yang paling lama berkhidmat sejak 1981 sehingga 2003 itu ditanya mengenai siri pendakwaan mengikut akta berkenaan digunakan Putrajaya terhadap individu yang menyuarakan kenyataan kritikal yang didakwa mengandungi unsur hasutan.

Beliau bagaimanapun kelihatan keberatan untuk memberikan pandangannya selain komen ringkas terhadap Musa itu.

Dr Mahathir juga sebelum ini menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Operasi Lalang pada 1987 dan 1998 untuk menyekat musuh politiknya.

Bekas perdana menteri itu juga menghadkan kuasa raja dengan pindaan Perlembagaan pada 1993 dengan menyingkirkan imuniti mereka berhubung kes pendakwaan jenayah.

Bagaimanapun, Umno Bahagian dan beberapa kumpulan masyarakat menuntut akta itu dikekalkan untuk melindungi kepentingan Melayu, Islam dan raja.

Musa kemudiannya mengeluarkan kenyataan berhubung hukuman mati itu sebagai sokongan kepada kumpulan yang mahu akta itu dikekalkan.

Beliau juga mencadangkan Malaysia menuruti langkah kerajaan Singapura yang masih mengekalkan ISA dan Akta Hasutan. – September 11, 2014.

4 comments:

  1. Komen Mahathir itu hanya nak elak Ibrahim Ali dari dikenakan hukuman tersebut, kut-kut terkantoi nanti.



    keza

    ReplyDelete
  2. yang dag pencen, bersara dan krepot tulang gi.....dok rumah jaga bini dan ayam le....tak payoh komen banyak2

    ReplyDelete
  3. Musa dh cakap itu hanya cadangan yg madey terus terkam kenape? ...

    ReplyDelete
  4. Allah panjangkan usia sesaorang tu untik perbanyak kan lagi amal ibadat Dan bertaubat atas dosa dosa yg lalu bukan mencampuri urusan dunia

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...