Sunday, 14 September 2014

MENYOROT KEMBALI DEKLARASI PERMATANG PAUH'98 AGAR SETIAP PENDOKONG KEADILAN HADAM BETUL-BETUL TUJUAN DAN MATLAMATNYA.



Menyedari gesaan al-Quran yang bermaksud “tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami”;

Dan berilhamkan tradisi budaya-budaya Asia yang keseluruhannya menganjurkan pembaharuan diri dan masyarakat;

Dan menginsafi bahawa Malaysia kini dicengkam kemelut yang dahsyat dan memerlukan kekuatan dalaman untuk bangun semula;

Maka kami rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama bertekat untuk melancarkan gerakan reformasi yang menyeluruh:

Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani,dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil;

Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua,yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin;membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah;

Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Demokrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan;

Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi,menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu;

Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya;

Gerakan reformasi untuk memperkukuhkan jayadiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya;

Gerakan reformasi untuk membawa bangsa Malaysia kezaman maklumat dan dunia tanpa sempadan, menjana kebijaksanaan, keyakinan dan keterbukaan untuk menjalin persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.

Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang.

Masanya telah tiba. Bersatulah untuk reformasi.

Permatang Pauh12 September 1998

ANWAR IBRAHIM

5 comments:

  1. Helo! helo! helooooooo!....... haiya! tak de olang ka?

    ReplyDelete
  2. Soalnya adakah perjuangan Pakatan Haram benar-benar untuk rakyat??? Lu pikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  3. Dah berpuluh pengasas utama pimpinan parti pecah kerusi tinggalkan mamat jubo ni. Lagi tak fhm ke anjing2 pkr macai bwhan ni.

    ReplyDelete
  4. Tahu kah anda negara dah hutang hampir satu trillion angkara siapa,tapi masih dok hayal dengan fitnah yang nak jatuhklan DSAI. Fikir lah, kalau seorang yang mempunyai keluarga hendak buat salah sama berulang ulang.Pasal itu ramai dapat dosa kering mengiyakan fitnah jahat ini.Tengok lani barang barang makanan naik harga ayam, daging dan lain lain tapi pendapatan kurang. Selagi tidak ada yang bongkar rahsia rasuah penipuan pemimpin selagi itu rakyat hidup terhimpit.Panggil pendatang luar bagi gaji murah tapi duit aliran keluar pun tinggi yang kaya taukey dan pemimpin kerana rasuah bawa pendatang masuk. Ingar kalau satu pendatang hantar Rm500/-balik sebulan tapi kalau satu juta hantar berapa banyak duit kita keluar dari pasaran negara.Cuba bagi incentive, semangat kepada rakyat agar berkerja walaupun lulusan tinggi.Jangan ingat keluar IPT nak kerja besar, jangan memilih.

    ReplyDelete
  5. Ape aku peduli!! Anwar mati ke Najaib piang ke, LKS jalan ke itu takdak jadi hal tapi yang penting ameno mati juga macam katak dilanggar lori!! Baru negara ni boleh maju!! Sekarang ni fizikal kelas satu tapi mental taraf kelas tiga. Sampaikan penguatkuasa tempatan pun macam orang lelaki mati pucuk!! Sesiapa dah sampai ke Vietnam dan China tentu boleh tengok macam mana polis bandar mereka menjalankan tugas dan menguatkuasakan undang-undang.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...