Sunday, 14 September 2014

MAHATHIR MASIH MEMPERTAHANKAN KENYATAANNYA MELAYU BANGSA PEMALAS DAN TIDAK JUJUR.... APA KOMEN PERKASA, ISMA, JATI DAN PEKIDA?????



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kritikannya kaum Melayu malas, serta mengakui malu dengan kaum Cina yang disifatkannya lebih maju ke hadapan.

Dr Mahathir berkata, kaum Melayu masih tidak rajin, memberikan contoh situasi yang berlaku di pusat pengajian tinggi di mana hampir majoritinya perempuan berbanding lelaki.

"Belum rajin. Umpamanya tidak rajin belajar. Kalau kita pergi universiti, 70% perempuan. Budak-budak jantan (lelaki) apa dia buat? Jadi mat rempit, itu saya kata tidak rajin," kata Dr Mahathir dalam wawancara eksklusif bersama Mingguan Malaysia hari ini.

Menurut Dr Mahathir, walaupun mendapat tempat di institusi pengajian tinggi, kaum Melayu tidak manfaatkan masa sepenuhnya untuk belajar secara serius dan tidak membaca buku.

Dr Mahathir mengaku malu dengan kaum Cina, mengambil contoh dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

"Saya malu, budak-budak Cina belajar tiga bahasa tetapi bercakap Bahasa Inggeris lebih fasih daripada budak-budak Melayu.

"Kita belajar dua bahasa, Bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi orang Melayu cakap cukuplah apa hendak belajar Bahasa Inggeris lagi," kata beliau merujuk kepada keputusan Putrajaya memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkannya.

Bekas presiden Umno itu berkata lebih mengecewakannya, kaum Melayu tidak bersikap jujur dan amanah serta terlalu mementingkan wang berbanding kaum Cina.

"Kedua berkenaan kejujuran, ikhlas dan amanah.

"Sekarang ini saya ada kedai roti, saya hendak terus terang, saya amat malu kerana di antara pekerja Melayu, Cina dan Myanmar atau mana-mana, pekerja Melayu kadang-kadang kalau tengok duit dia lupa, dia tidak jujur.

"Dia nampak duit, kalau boleh sapu, dia sapu.

"Orang Cina tidak begini," katanya kepada akhbar Utusan Malaysia edisi Ahad itu.

Dr Mahathir turut mengungkit sikap orang Melayu yang tidak mahu membayar hutang walaupun berkemampuan.

"Berapa banyak orang Melayu bila berhutang, tidak bayar.

"Dapat biasiswa tidak bayar balik. Bukan tidak ada duit tetapi tidak bayar. Kita kena amanah," katanya.

Menurutnya lagi, atas faktor itu juga banyak kontrak diberikan kepada Cina kerana lebih amanah berbanding kaum Melayu.

"Kita hendak beri kontrak, kita beri kepada Cina sebab kita tahu dia buat elok.

"Ini kelemahan kita, kita tidak amanah," katanya.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu mengakui beliau mengkritik kerana enggan menipu diri sendiri, sebaliknya belajar untuk berdepan dengan realiti.

"Saya tidak pernah hendak tipu diri. Kalau malas, saya kata malas.

"Kalau orang tidak suka, tidak sukalah," katanya.

Baru-baru ini, Dr Mahathir juga secara terbuka mengakui gagal mengubah kaum Melayu yang dianggap sebagai pemalas.

Baginya, untuk kaum Melayu berjaya, mereka perlu menjadi lebih rajin dan tekun, serta mengubah cara bekerja.

"Kita kena kerja lebih tekun, lebih kuat dan lebih rajin.

"Macam saya perkenalkan Dasar Pandang Ke Timur kerana saya perhati orang Jepun rajin bekerja," katanya. – 14 September, 2014

29 comments:

  1. ko tu jujur sangat ke..duit pampasan dari kerajaan jepun berbillion mana? specis ko tu jenis cakap belit belit jumpa ular dgn korang ketuk korang dulu.. asyik menyalak je sejak akhir akhir ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang mamak ini kata ada kebenarannya tapi cuma dia lupa nak mengaku dirinya tidak jujur kerna telah mencuri kekayaan negara.

      Delete
    2. 1. Anak cina sebuk belajar kat ipt, anak melayu sebuk buat demonstrasi.
      2.Anak cina sebuk bekerja cari duit masa cuti, anak melayu sebuk bercinta, merempit.
      3.Anak cina dapat biasiswa sebab rajin belajar, anak melayu sebuk buat demo tak nak bayar ptptn.sebab tak nahu belajar.
      4.Anak cina sebok bekerja untuk cari duit, anak melayu sebok kutip derma untuk parti.

      Jadi lu pikir sendirilah ya.

      Delete
    3. ipt bukan tempat belajar semata2. IPT tempat menimba pelbagai ilmu dan pengalaman hidup.

      Delete
    4. Salam,
      Tun mahadir tak kata dirinya jujur atau baik sangat, apa beliau kata memang betul pun. Kalau seorang pemimpin sejujur sebaik seamanah setelus segalanya baik belaka maka tak lamalah beliau jadi pemimpin cukup satu penggal. Bangsa melayu bukan semuanya malah begitu juga bangsa lain tak semuanya rajin tetapi peratusan bangsa melayu malas lebih tinggi banyak dari.bangsa lain. Sebab melayu biasa kais pagi makan pagi kais petang makan petang sebab tu bangsa melayu dah jadi kebiasaan hidup biasa sj tak mengharapkan kehidupan yg lebih baik. Oleh itu sehingga hari ini melayu masih juga begitu walaupun ada kemajuan lebih baik dari dulu tetapi tetap dibelakang bangsa lain. Dari segi ekonomi pertuturan kemahiran kenyakinan kecerdikkan kemahuan dll juga jauh ketinggalan dari bangsa lain , cuma lebih baik dari bangsa dayak melanau dll namun susah nak duduk sama tinggi dengan bangsa cina.
      Masalah bangsa melayu yg paling susah nak ubah, banyak ckp kurang buat kerja, suka berangan tapi tak berusaha, suka meminta tak suka memberi, tak kenang budi, tak tahu nak berterima kasih, sombong dan bongkak, tak amanah, suka berhutang, boros, tak pandai menyimpan dll. Tak perlu hairan bangsa melayu ketinggalan dan akan terpinggir dari kemajuan.

      Delete
  2. Ada betulnya apa yg tun ckp..tp realitinya klu dah mmg kaya..goyang kaki pun org kata rajin..yg terus miskin dan tiada pluang ttp akan dianggap pmalas

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu anak menteri, umur tak sampai 30 pun dah jadi ceo. punya saham juta2

      Delete
  3. skrg ni msia bl kaya brtmbh kaya & bl miskin papa kedana

    ReplyDelete
  4. Memang pun, cina, india, mat indon, pakistan baru turun tongkang dah jadi kaya, melayu macam macam kelebihan dan bantuan tak juga ke mana. Kata sorg kawan cina, dengan begitu banyak bantuan kalau beri kepada babi babi boleh terbang, beri kepada melayu x kemana.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang dia dah bagi kat aku? Apa yang dia dah bagi kat kau?
      Rasanya tak ada bezanya dengan kawan aku cina tu....

      Aku dapat ptptn, cina dapat ptptn
      aku dapat buku teks, cina dapat buku teks
      apa bezanya??

      Delete
  5. Yang paling malas dah tentu makcik felda dan melayu hutan.dah la malas bangang pulak tu.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik Anon tak takut kena cili dengan makcik bertudung merah ke?

      Delete
  6. malas betul aku dgn spesis yg serkap jarang macam anon 13.03

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan Tun M.

    Melayu masih 'layu'

    Nak dengar Tun M hentam Melayu perokok tegar lak.

    Menyampah betul aku dengan rokok; BUSUK.

    ReplyDelete
  8. org melayu memang hanya malas berusaha cari duit,,lain lain tak...

    ReplyDelete
  9. Nanti marah ridhuan tee. Dr m boleh kena akta hasutan

    ReplyDelete
  10. Memang btol ape dr.m cakap....melayu kalau bagi kapal angkasa lepas pun x akan kemana-mana

    ReplyDelete
  11. melayu dapat kapal selam pun tak boleh bawak kapal menyelam..hehe

    ReplyDelete
  12. Yang che det maksudkan ini afalah melayu UMNO..

    ReplyDelete
  13. Inilah satu-satunya pendapat oghang tua ni yang aku setuju. Apasal guna ungkapan 'tidak jujur'? CAKAP je Melayu ni bangsa kuat khianat!!!Sebab tu tak boleh maju. Melayu tersungkur kena belasah dengan askar Benggali Putih. Bangsa asal Sri Langka bertahun-tahun berjaya menewaskan askar yang sama menyerang negara mereka. TAPI penyakit khianat ni bukan sahaja diperingkat bawah. Tak tahu bermula dari mana tapi yang kat atas tu SAMA je. Kaki pulun jugak!!! Yang dah tentu Melayu berjaya ialah memonopoli sektor sekuriti. Bukan sekuriti kewangan tetapi sekuriti menjaga ghete orang!!!! Kerja jagalah tu!!

    ReplyDelete
  14. Ape nak diherankan madey bukan melayu...melayu jati kena sedarlh kamu dihina begitu sekali...

    ReplyDelete
  15. Doktor ni pandai mainkan psaikologi orang melayu untuk dia main silap mata. Bila melayu emosi, bau pekung mamak pedukang ni macam tak ada bau busuknya.



    keza

    ReplyDelete
  16. mamak tongkang cendoi

    ReplyDelete
  17. nak tegur jgn tegur org bawah je Pemimpin yg berkuasa dr praya pemilihan umno pemilihan imam pemilihan ketua kg pemilihan jkk ada unsur khianat Yg dpt kuasa tak buat apa apa Dpt jawatan lebih kan keuntungan pribadi Anak pemimpin tak merempit tp malam malam tak de kat umah Nak merempit yg ada kete mewah

    pemimpin tak payah byr pinjaman bank senyap Dpt pinjamam lembu jd kondo Pinj Bank rakyat Bank Islam selesai cara mudah Ada bank cina selesaikan pinjaman cara mudah mcm tu?

    Sbg pemimpin mereka lah yg bertgg jawab jgn letak kan kesalahan sepenuh nya pd anak muda Bila ada sedikit dr kelompok mereka yg berani bg pendapat baik di tempat,kerja atau dlm mesyuarat akan di katakan melawan Bg pandangan secara professional pun boleh kena akta hasutan

    Bila kesatuan kerja buat bantahan yg ceo nampak marah gila sbb desakan letak jawatan Tuntutan asas yg lebih penting di abaikan Bila kesatuan bersuara Kjaan jd pekak

    Masalah mat rempit di selesaikan dgn mengembara ke khutub dan entah apa apa lg Anak muda sokong pr kata suka berpolitik Yg sokong UMNO di galakkan boleh ada kelab penyokong UMNO

    ReplyDelete
  18. nasib baik kytaan ini dklurkn olh mantan pm. klulh dri dap/pkr. x taulh dn yakin media tv1n tv3, utsn akn mjdikn brita sansasi dimuka hdpn tip mlm/hri.siap dgn kumpl ngo-ngo akn brark ke bli polis wat laporn srta gempar demo 'hidup melayu'. tetapi bla mantan pm brbuyi x kdgrn sdetik dr pn puak2 ni mnujkn hero msing2.. xkn x tau atu x sdr. org2 trtentu x bgi arhn ke mtak wat provokasi.

    ReplyDelete
  19. Si madey ni boleh kena akta hasutan ni.

    ReplyDelete
  20. dia ckp tp tak sedar,pemimpin melayu sial,mcm mana?
    Singapore kalau lah melayu umno yg perintah smp skg tambak johor se hala
    banding kan lah

    ReplyDelete
  21. Pemimpin umno lah yang merosokkan Melayu, meminggirkan ajaran ugama Islam dan berkiblatkan perjajah yahudi.Baca Quran pandai tapi tak faham makna walau pun dah nak ke kubor kerana di bodohkan penjajah.Ingat lah sekolah agamalah yang percapaian nya lebih tinngi dari sekolah cina.Cuma tak mahu Melayu pandai ugama nanti tak sokong parti boneka penjajah de keris.Lepas itu tudoh Melayu sifat sifat negatif, pada hal mereka lah pengkianat no.1 bangsa kerana rasuah dan penipuan menjual hak tanah rezab Melayu.Yang malas adalah pemimpin keris kerana hanya modal air liur jadi kaya raya bersama anak anak dan kroni asyik komisen duit atas angin.Kerja lima tahun sekali, bila pilihanraya baru nampak buat kerja setelah bertahun tahun songlap duit walaupun mengadai maruah bangsa.

    ReplyDelete
  22. Talk semua Melayu malas. Melayu PKR rajin berdemo. Melayu PAS rajin berfatwa. Melayu muda rajin rempit, salahguna dadah, bercinta. Ada jug a yang berjaya, berakhlak mulia.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...