Sunday 22 January 2012

AHLI-AHLI TOTOK UMNO BILA DIZALIMI OLEH KERAJAAN YANG DIPILIH MEREKA AKHIRNYA MENGADU NASIB KEPADA PAS!!!


Putra Damai: Notis kosong tanah boleh dicabar




 Notis tuntutan supaya penduduk di tapak Industri Kecil Sederhana (IKS) Putra Damai, Setapak Jaya mengosongkan tanah sebelum 30 Januari ini adalah tidak lengkap dan boleh dicabar, kata peguam PAS, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

Beliau berkata, notis bertarikh 1 Januari yang dikeluarkan peguam pemaju itu langsung tidak menyatakan nama pemilik tanah tersebut.

"Saya sudah teliti notis yang dikeluarkan dan saya dapati notis ini tidak lengkap.

"Bagaimana peguam bagi pihak pemaju mengatakan penduduk menduduki tanah ini secara tidak sah sedangkan tidak diketahui siapa pemilik yang sebenar," kata beliau pada sidang media di perkarangan Surau Al-Jabbar, Setapak Jaya, hari ini.

Justeru beliau berkata, peguam PAS akan menyediakan khidmat guaman percuma sekiranya penduduk mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju.

"Kami sudah berbincang dengan penduduk, kalau mereka mahu mengambil tindakan undang-undang, kami akan sediakan khidmat guaman percuma kerana penduduk ada hak ke atas tanah mereka," katanya.

Tambah beliau, tindakan pemaju itu sangat tidak beradab apabila mengeluarkan notis tanpa menyediakan cadangan alternatif kepada penduduk.

"Hanya sekeping notis kepada penduduk, tanpa memberikan cadangan tempat lain sebaliknya hanya arahan berpindah. Ini tindakan tidak beradab," katanya.

Sabtu lalu, Ahli-ahli Persatuan Peniaga Putra Damai mengadakan demonstrasi di perkarangan Surau Al-Jabbar bagi membantah notis mengosongkan tanah mereka.

Respons kepada tindakan tersebut, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengeluarkan kenyataan tidak akan merobohkan Surau Al-Jabbar dan akan berunding dengan pemaju.

Mengulas mengenai kenyataan Raja Nong Chik itu, Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman pada sidang media sama menyifatkannya sebagai kenyataan politik.

"Kenapa Raja Nong Chik pula yang bercakap bagi pihak pemaju? Ini kenyataan politik sahaja kerana yang mengeluarkan notis ialah pemaju, jadi urusan pemaju dan penduduk.

"Kalau dia kata jangan roboh, kalau pemaju nak roboh, tetap akan roboh. Kenyataan mulut sahaja tidak membari apa -apa kesan. Nong Chik patut jumpa penduduk sendiri," katanya.

Beliau juga menyokong cadangan penduduk untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana hanya pihak lain tidak mampu menangani isu ini.

Sebelum ini, penduduk telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Menteri Wialayah Persekutuan dan Dewan bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun tidak ada sebarang maklum balas.

Jangan aniaya peniaga kecil


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Membantah Pemaju, Jamal Mubin (gambar) yang kecewa dengan sikap lepas tangan pihak terbabit, bertegas akan mempertahankan tanah yang diusahakan mereka sejak 1995.

Beliau berkata, IKS tersebut merupakan sumber pendapatan peniaga-peniaga Melayu untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

"Kepada pihak yang berkenaan, tuntutan kami masih tidak berubah. Kami mahukan tanah kami.

"Ambillah lot tanah lain yang lebih besar, janganlah rampas hak kami dan aniayai kami di sini," rayunya sambil mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin tampil membantu mempertahankan tanah mereka.

Sebelum itu, majlis solat hajat diadakan di surau tersebut dan program tersebut akan berterusan sehingga pihak pemaju menarik balik notis tersebut.


PSSTT... HELLO GENG...BETULAH APA YANG DICAKAP OLEH PENGERUSI PENJAJA DAN PENIAGA KECIL WILAYAH PERSEKUTUAN... NASIB MEREKA MEMANG SIAL BILA MENYOKONG UMNO  dulu kini dan bukan selamanya...kikikikikiki

1 comment:

  1. PSSTT... HELLO GENG...BETULAH APA YANG DICAKAP OLEH PENGERUSI PENJAJA DAN PENIAGA KECIL WILAYAH PERSEKUTUAN... NASIB MEREKA MEMANG SIAL BILA MENYOKONG UMNO dulu kini dan bukan selamanya...kikikikikiki

    Betul ke begitu....atau ko semua yang memang sial...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...