Friday 20 January 2012

APA JADI DENGAN JANJI MB TERENGGANU NAK SAMAN BLOGGERS YANG "FITNAH" DIA KENA TANGKAP KHALWAT????


AHMAD SAID BERHARAP MENJADI JUTAWAN SELEPAS SAMAN MALU BLOGGER KATA DIA KENA TANGKAP KHALWAT!!



MB mahu saman blogger fitnah dia ditangkap khalwat
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau ditangkap khalwat.
    
umno supreme council special meeting 260809 ahmad saidAhmad berkata cerita beliau ditangkap khalwat itu diketahuinya sejak tiga bulan lalu namun beliau hanya mendiamkan diri kerana menganggap ia asam garam orang politik yang perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk ditohmah.
    
"Tapi apabila mengenangkan anak saya bila balik belajar, menangis depan saya mengatakan blog tulis macam-macam pasal saya, jadi saya ambil keputusan untuk saman penulis blog-blog yang telah memfitnah saya mengatakan saya kena tangkap basah dan sebagainya.
    
"Katanya (dalam blog) saya kena tangkap basah, kena tangkap khalwat. Macam-macam versinya, ada kena tangkap dengan pelajar ITM, ada kata pramugari, ada kata dengan budak Besut, ada kata budak Pasir Panjang, ada kata budak Batu Buruk, macam-macam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu hari ini.
    
Beliau berkata laporan polis mengenai fitnah yang tidak berasas itu juga akan dibuat dalam masa terdekat selepas berbincang dengan peguamnya.

Ahmad berkata setakat ini pihaknya telah mengesan beberapa blog yang terlibat dalam menyebarkan fitnah itu.
    
"Saya nak beri nasihatlah kepada mereka yang memfitnah ini supaya menghentikan, kalau tidak kita akan heret sama ke muka pengadilan...saya harap-harap, saya akan jadi jutawan selepas ni," katanya.
    
Bernama

Pssstttt.....dah masuk 3 bulan mengapa tiada sebarang tindakan saman dibuat?....tengok DSAI tak sampai 3 hari Utuseks Meloya fitnah dia.. saman pemula sudah difailkan...Saharizat jalil walaupun tindakkannya menggelikan tetapi sekurang-kurangnya dia mengotakan janjinya nak saman YB Zuraida dan "anak tanggang" Rafizi Ramli....tetapi awak punya hal apa kisahnya?...sudah kautim atau kena sergah dari pihak atasan supaya  jangan failkan saman atau sememangnya tuduhan itu berasas?....atau merasakan diri anda kini sudah pun seorang jutawan!!!...Jangan ingat rakyat zaman alaf baru ini cepat lupa...rakyat zaman sekarang otak dah cerdik sebab depa semua makan makanan yang baik-baik berprotin tinggi... daya ingatan pun dah kuat....kemampuan berfikir dan menilai pun dah hebat...radio karat rancak berkumandang yang blogger-blogger tukang buat cerita dan hebahkan seantaro dunia cerita ini adalah para blogger pro Idris Jusoh musuh nombor wahid anda?....betul ke?.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...