Wednesday 18 January 2012

DULU KONSEP ISLAM HADHARI DIPUJA KINI DICAMPAK DALAM TONG SAMPAH.. GANTI ISLAM WASATIYAH!!!


DULU:....

Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan pada 10 Mei 2007. HADHARI menumpukan kepada aktiviti bercorak penyelidikan dan pembangunan rangkaian untuk merealisasikan gagasan pendekatan Islam Hadhari sebagai tonggak pembinaan modal insan bersepadu dan seimbang untuk membangun negara sejahtera yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia

Perkataan “Hadhari” membawa maksud “yang bertamadun” atau Islam yang menekankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “civilizational Islam” dan dalam Bahasa Arab sebagai “al-Islam al-Hadhari”

Manakala takrif Pendekatan Islam Hadhari secara lengkap ialah: “suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam”

Objektif HADHARI

» Menjadi Institut penyelidikan dalam memperkasakan pendekatan peradaban Islam.
» Menjadi pusat rujukan, pangkalan data dan pendidikan bagi melahirkan sarjana penyelidik.
» Menjadi wadah penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan peradaban dan ummah.
» Mewujudkan jaringan ilmiah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di kalangan cendekiawan
peradaban.
» Membudayakan pendekatan penyelidikan di kalangan cendekiawan Islam dalam menyediakan asas yang
kukuh terhadap perkembangan ilmu serta peradaban Islam.

KINI:

INSTITUT WASATIYAH DITUBUH -

Penubuhan Institut Wasatiyah yang diumumkan oleh Najib Razak hari ini merupakan salah satu inisiatif terbaru kerajaan mempromosikan gerakan kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan.

Selain institut itu yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, Najib turut mengumumkan penubuhan Kursi Wasatiyah di Universiti Malaya (UM) serta Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global.

"Penubuhan Institut Wasatiyah itu nanti akan berperanan memberi tumpuan terhadap aspek kesederhanaan dan keseimbangan menerusi rasa hormat terhadap demokrasi, peraturan dan undang-undang, pendidikan, maruah dan harga diri seseorang serta keadilan sosial," katanya.

SELAMANYA:

KENA TIPU BULAT-BULAT SECARA PUKAL DAN BORONG OLEH UMNO....KWAH KWAH KWAH....

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...