Friday 20 January 2012

DSAI JAWAB FITNAH JAHAT TV3/UTUSAN/HASAN AKIDAH MENGENAI BELIAU MENYOKONG HAPUSKAN UNDANG-UNDANG LAPOK DAN GANTIKAN DENGAN UNDANG-UNDANG HALALKAN SEKS SONGSANG!!!!


Anwar: Pinda undang-undang aib musuh politik
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya undang-undang yang didakwanya digunakan untuk mengaibkan seseorang, dipinda termasuk peruntukan dalam seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan.

Katanya, pindaan tersebut perlu dibuat bagi memastikan supaya ianya tidak digunakan untuk menghina seseorang khususnya terhadap musuh dalam politik.

"Memang undang-undang yang ada, (seperti) 377 (B), 377 (C) digunakan untuk mengaibkan orang, digunakan untuk musuh politik," dakwanya.

"Orang bertanya kenapa tidak meminda undang-undang yang ada. Ya, saya akan pinda... supaya memastikan (ianya) tidak bermaksud  untuk menghina orang," katanya yang juga ketua pembangkang.

Anwar turut menempelak pihak tertentu yang mempertahankan undang-undang yang didakwanya "jumud" digunakan untuk memfitnah seseorang.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya malam tadi bagi mengulas kontroversi wawancaranya dengan rangkaian penyiaran British (BBC) yang dilaporkan minggu lalu sehingga beliau dituduh menyokong homoseksual.

Rangkaian itu meminta Anwar menyatakan pendirian sama ada beliau bersedia memperjuangkan 'idea anti-diskriminasi’ terhadap kumpulan itu dan menegaskan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita.

“Tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan,” kata Anwar dalam temubual dengan BBC itu.

Bercakap di majlis kesyukuran sempenan pembebasannya daripada tuduhan liwat pada 9 Januari lalu, Anwar menegaskan kenyataannya bahawa Islam dan bukan Islam menyokong perkahwinan lelaki dan perempuan menjawab perbuatan seks bebas, homoseksual dan lesbian.

Anwar yang juga bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata, umat Islam tidak boleh menghukum seseorang melakukan "perselingkuhan" kecuali ianya dilakukannya di hadapan umum.

"Orang berkata, itu kalau di tempat persendirian? Kamu tahu mana?... Bukan mengendap atau merobek privasi orang, tidak boleh," tegasnya di hadapan tetamu yang hadir di kediamannya di Segambut Dalam, malam tadi.

Selain beberapa pemimpin PKR, turut hadir di majlis itu ialah bekas menteri kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, yang turut serta bersolat maghrib, solat hajat, solat Isyak serta majlis bacaan Yassin sebagai tanda kesyukuran di atas pembebasan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Mengimbau kisah pada hari keputusan liwat II diumumkan, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh sempat bersarapan bersama-sama ahli keluarganya selepas bersolat subuh.

Bahkan, beliau juga sempat memeluk dan mencium ahli keluarganya kerana berkemungkinan beliau mungkin tidak balik sekiranya didapati bersalah, walaupun jauh di sudut hatinya, beliau merasa akan dilepaskan.

"Paling tidak, mungkin dibenarkan diikat jamin. Tetapi berlaku sebaliknya. Jika bersalah, mungkin riuh dalam negara dan menjadi fokus di luar negara.

"(Tetapi) saya lepas. Saya tidak tahu (sebabnya). Mungkin hakim tahu, sebab (penghakiman) dibaca cepat, beliau keluar pun cepat, tak sempat (saya) nak angkat tangan," katanya diiringi dengan gelak ketawa hadirin.

"Yang saya pasti, the power of prayer. (Kuasa doa) ini adalah luar daripada pertimbangan politik," katanya sambil memaklumkan masyarakat tempatan dan antarabangsa turut mendoakan agar beliau dibebaskan.

Katanya, dengan keputusan itu juga menyebabkan media arus perdana "meroyan macam orang gila" dengan mencari apa-apa sahaja" untuk menyerangnya, bahkan ada pihak yang terkejut dan kesal dengan pembebasan beliau itu.

Dalam kesempatan itu juga, Anwar turut menceritakan pengalaman beliau bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertemu dengan cucu bekas perdana menteri India, Rajmohan Gandhi, yang mana temujanji itu telah lama diatur sebelum keputusan liwat II ditetapkan.

Katanya, Rajmohan memperuntukkan masa selama lima jam berbincang dengan Anwar secara peribadi, berhubung usaha memartabatkan perjuangan demokrasi.

Menurutnya dalam perjalanan menuju kediaman Rajmohan yang terletak di atas bukit di Panchgani - yang memakan masa selama lima jam dari Mumbai - Anwar singgah minum sejenis air teh yang menyebabkan beliau teringat akan kelazatannya.

Anwar juga berkata selepas berada di India, beliau bertolak ke Turki untuk memenuhi undangan bertemu dengan Perdana Menteri Raceb Tayyib Erdogan.

Bagaimanapun beliau terpaksa menangguh untuk bertemu Presiden Turki Abdullah Gul kerana terpaksa pulang ke tanah air bagi menghadiri Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar, Kedah.

Dalam ucapannya selama 45 minit itu juga, Anwar turut memberitahu bahawa beliau menerima banyak ucapan tahniah melalui emel, SMS dan panggilan telefon daripada pelbagai pihak berhubung keputusan tersebut.

Antaranya bekas naib presiden Amerika Syarikat Al-Gore, bekas perdana menteri Kanada Paul Martin dan ulama tersohor Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr Wahbah Al-Zuhaili.

PSSTTTTTT.......KALAU BUKAN MEMFITNAH DAN MENIPU BUKANLAH UMNO NAMANYA.....KEPADA HASAN AKIDAH... BILA LAGI HANG NAK ISTIHAR MASUK UMNO?

6 comments:

  1. jadi orang bebas lakukan homoseks secara senyap-senyap.. iyalah, mana ada orang kat malaysia ni nak buat kerja tu depan orang kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang lakukan homoseks tak bebas sebenarnya, sebab tu Allah sediakan syurga dan neraka. kita nak tuduh orang homoseks kena la ada saksi 4 orang yang beriman. Allah yang kata, bukan aku. Mmg semua orang jahat buat maksiat secara senyap-senyap, sebab tu lebih baik lepaskan org yang tidak dapat dibuktikan bersalah daripada hukum org tak bersalah. ingat, fitnah lagi teruk dari membunuh.

      Delete
  2. Berzina dengan China Doll pun dalam bilik berkunci. Anwar halau datuk Eskay dari biliknya.

    Tapi, Allah maha berkuasa, ditunjukkan kepada umum kemungkaran Anwar selama ini yang disokong oleh penyokong-penyokongnya yang buta mata dan buta hati. Keadilan guono???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eskey lagi la bodoh tahap maksimum, kenapa tak panggil penguatkuasa agama biar anwar kena tangkap, sebar dalam tv3suku, utusan meloya, berita hairan. kalau ambik video tu, kira bersubahat la. Boleh ke jadi saksi? hahaha.. dah la video hitam putih, perut pelakon tu boroi. rakyat boleh percaya ke? Kalau zaman p.ramlee mungkin percaya kot, sebab masa tu hitam putih lagi.

      Delete
  3. korang percaya anwar berahim ni???
    dia kata tak kenal saiful kan, kemudian kata saiful sukarelawan tolong2 kat pejabat, buat kopi - coffee boy.
    tapi tau kah kamu masa tu saiful ada dibekalkan callcard, yang nama majikannya "Office of Anwar Ibrahim". Budak buat kopi pun ada callcard eh?? heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang lucunya dalam dubur saiful ni ada banyak DNA lelaki, tapi DNA anwar jugak yang dijadikan bahan bukti mahkamah. patut la beriya-iya nak dapatkan tuala dan botol air anwar masa anwar kena tahan dalam lokap. oh malaysia tanah airku.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...