Monday 30 January 2012

ISU NFC MAKIN PANAS MENDIDIH!!!...ADA BUKTI KUKUH SUAMI SHAHRIZAT DIKATAKAN TERLIBAT DALAM USAHA MERASUAH PIHAK POLIS RM1.7JUTA!!!


Ketua NFC merangkap suami Shahrizat Jalil, paksa Datuk Shamsubahrin 'rasuah' polis.
Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang dituduh menipu pengerusi eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamed Salleh Ismail, mendakwa bahawa suami ketua wanita Umno itu memaksa beliau merasuah polis bagi menutup skandal syarikat berkenaan.

NONEBeliau membuat dakwaan itu pada polis laporan yang dibuat di Hospital Besar Klang Jumaat lalu. Perkara itu didedahkan oleh PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Dalam laporan polis itu, Shamsubahrin didakwa berkata beliau menerima mesej dan tekanan dari Salleh yang memintanya supaya kes NFC dengan pihak polis ditutup.

"Salleh, melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), mendesak saya untuk memberi rasuah kepada polis untuk menutup kes itu."
Dalam laporan itu, Shamsubahrin mendakwa beliau telah dilantik oleh NFC sebagai penasihat korporat dan perunding untuk "membersihkan" masalah dalaman NFC.

Beliau menambah bahawa telah bertemu dengan pihak polis untuk membantu siasatan mereka tetapi memaklumkan kepada Salleh bahawa beliau tidak akan memberi rasuah.

NFC dituduh menyalahgunakan pinjaman mudah RM250 juta oleh kerajaan dengan berbelanja ke atas aset mewah dan bukannya terhadap projek pusat ternakan lembu di Gemas, yang ditugaskan.

Ditanya jika PKR mempunyai bukti dalam bentuk SMS itu, naib presiden PKR N Surendran berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyimpan telefon yang mengandungi mesej berkenaan.

"Beberapa telefon telah dirampas dari Shamsubahrin dan semua telefon kemudiannya dikembalikan kecuali satu. Yang disimpan oleh SPRM adalah telefon yang mengandungi bukti  penting ini.

"Ia di tangan pihak berkuasa tetapi kita mempunyai rekod, kita mempunyai salinannya," katanya


LAGI PERKASA DAN NGO-NGO LAIN YANG BERDARAH DAN BERJIWA UMNO SOKONG NFC LAGI BANYAK KISAH SEBENAR TERBONGKAR....BILA KETUA AUDIT NEGARA  BERSUARA SEDIKIT MAKA BANYAK KERJA JIJIK NFC DIUMUMKAN....LAIN YANG HIDUP SENANG LENANG DENGAN MENYELEWENG DANA NFC, ORANG LAIN YANG DIJADIKAN MANGSA LEMBU HITAM....KEBENARAN DAN KEADILAN HANYA DAPAT DITEGAKKAN JIKA UMNO TUMBANG PADA PRU 13 NANTI....JOM UBAH... UBAH SEKARANG...SELAMATKAN MALAYSIA DARI BNKRAP.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...