Tuesday 24 January 2012

HJ AH JIB GOR BUAT KERJA BID'AH....MENEPUNG TAWAR VAN SKUAD SAYANG WANITA UMNO KELANTAN... MANA PERGI ULAMA MUDA UMNO....MENGAPA MEMBISU ... ANDA SEMUA BERSETUJU DAN MERESTU KERJA BID'AH HJ AH JIB GOR?



Van Skuad Sayang : KOTA BHARU, 24 Jan -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menepung tawar Van Skuad Sayang di Perkarangan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini hari ini.Memerhatikannya ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Datuk Makhtar Mustapha (dua dari kiri) dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin (kiri) yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan.-- fotoBERNAMA (2012)

Upacara Tepung Tawar

Salam

Seperti yang saya tahu ramai orang mengamalkan upacara menepung tawar seperti dalam majlis perkahwinan, membeli rumah baru atau kenderaan baru. bolehkah Ustaz-Ustaz di al-ahkam jelaskan apakah hukum menepung tawar tersebut. terima kasih Salam

*********************
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara faiz 277 di atas soalan yang dikemukakan itu .

Adat Merenjis Tepung Tawar biasanya dilakukan setelah selesai melakukan sesuatu upacara . Renjisan itu dilakukan untuk “ mengambil berkat “ ( konon – kononnya ) dengan “ tepung tawar “ itu , supaya menjadi “ putih bersih “ dari aral dan bahaya, dan supaya terlepas dari penyakit dan dukacita.

Seseorang bomoh akan melakukan “ pelepas “ setelah sesuatu hajat ataupun kenduri diadakan . “ Pelepas “ itu biasanya menggunakan daun kelapa dan tepung tawar di samping jampi-serapah yang berbeza di antara seorang bomoh dengan bomoh yang lain , menurut ajaran yang mereka pelajari ( turuti ) .

Selepas jampi-serapah selesai dibaca dan “ dipelepaskan “ pula hajat ataupun sesuatu kenduri itu dengan menggunakan daun kepala , sang bomoh itu pula akan menandakan ( mencalit ) di dahi orang yang hadir berhampiran upacara itu ( ataupun para penghuni rumah itu ) dengan “ tepung tawar “ .

Menurut Pak Nik Man ( seorang Bomoh Di Raja yang menetap di Pengkalan Chepa , Kelantan DN ) , upacara “ tepung tawar “ juga dilakukan kepada seseorang yang ingin naik ( masuk ) ke rumah barunya . Begitu juga dengan beberapa upacara perasmian / pembukaan . Dan menurutnya lagi , amalan ini sebenarnya melanggar aturan bomoh dari zaman dulu .

Orang – orang Melayu menggunakan “ tepung tawar “ yang dibuat daripada beras kerana beras itu sendiri mempunyai “ semangat “ yang dibergelar “ Seri Mani “ dan ia dipuja kerana ia memberikan manusia kehidupan , kesihatan dan kekuatan .

Pak Nik Man juga menjelaskan bahawa adat / upacara ini sebenarnya berasal daripada perbuatan orang – orang Hindu yang menggunakan “ Abu Suci “ ( menurut kepercayaan mereka ) lalu ditandakan ( dicalitkan ) di dahi – dahi mereka , dan apabila adat ini “ diterima-pakai “ oleh orang-orang Melayu , mereka telah menukar-gantikannya dengan “ tepung tawar “ .

Adat “ menepung tawar “ ini , sama ada ianya dilakukan kepada mana – mana manusia , ataupun kenderaan , ataupun rumah dan sebagainya ADALAH SATU PERBUATAN YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM , MALAHAN IA SENDIRI BOLEH MEMBAWA KEPADA KEPERCAYAAN YANG KHURAFAT ( KARUT – MARUT ) DAN BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG ITU MELAKUKAN DOSA SYIRIK ( Na’uzubilLahi Min Dzalik ) .

Ianya boleh menyebabkan syirik dan batal aqidah seseorang kerana mempercayai ianya boleh “ menolak bala “ dan “ menarik manfaat “ , walhal kuasa itu HANYALAH kuasa mutlak ( total ) bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala .

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Surah al-An’am , ayat 17 :

وَإِن يَمْسَسْكَ اللّهُ بِضُرٍّ فَلاَ كَاشِفَ لَهُ إِلاَّ هُوَ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدُيرٌ

Ertinya :  “Jika Allah menimpakan kepada kamu sesuatu kemudharatan ( seperti bala – bencana ataupun kesakitan ataupun kefakiran ) , maka tiada siapa yang dapat mencegahnya ( menolaknya ) melainkan DIA sendiri , dan jika DIA mahu memberikan kepada kamu sebarang kebaikan ( seperti kesihatan ataupun kekayaan ) , maka DIA sangat berkuasa di atas segala sesuatu ( sehingga tiada siapa juga yang dapat menghalang-Nya daripada memberikan kebaikan itu kepada kamu ) .

Mereka yang melakukan upacara “ tepung tawar “ ini sendiri  TIDAK TERJAMIN SELAMAT  daripada sebarang bencana ataupun ujian hidup di dunia ini . Maka bagaimanakah pula mereka boleh percaya dengan amalan yang mereka lakukan itu ? .

Masalah : Kalau ianya bertentangan dengan Ajaran Islam , mengapa masih ada mereka yang digelar “ pak – pak lebai “ melakukannya ataupun membenarkan anak – anak mereka “ ditepung tawar “ di dalam majlis perkahwinan ( sebagai contoh ) ? .

Jawapannya :
  Islam mempunyai dasar perundangannya yang tertinggi , iaitu al-Quranul Karim dan Hadis – Hadis yang sahih . Perbuatan seseorang muslim itu walaupun betapa hebatnya dia di mata masyarakat , BUKANLAH MENJADI HUJAH / DALIL  di dalam menentukan hukum – hakam di dalam Islam .

Di dalam masyarakat muslimin sendiri ada orang – orang yang bersongkok yang “ tikam nombor ekor “ ataupun membabitkan diri di dalam ajaran sesat ( songsang ) . Begitu juga , ada pula yang berkopiah akan tetapi menjadi pendokong bid’ah – khurafat – takhyul . Ada juga muslimin yang berjubah akan tetapi menganut ideologi – ideologi yang boleh meruntuhkan iman dan menggugurkan keislamannya seperti menganut fahaman Sekularisme .

Dan apakah kepercayaan ataupun tindakan yang mereka lakukan itu semua boleh dianggap sebagai DALIL ataupun HUJAH di dalam agama kita yang suci – murni ini !!?? . :non

Masalah : Bagaimanakah pula jika upacara “ tepung tawar “ ini hanya dilakukan sebagai ADAT , tanpa sebarang iktikad ( kepercayaan ) yang bertentangan dengan Islam ? . 

Jawapannya :  Jika ia dilakukan TANPA sebarang kepercayaan di atas , maka ia dianggap pula sebagai BID’AH dan amalan itu DITOLAK oleh ajaran Islam itu sendiri .

Kalau ia dinamakan adat , maka kita pun mahu bertanya :   “Daripada manakah asal – usul adat itu , bukankah ia berasal daripada ajaran Hindu sebagai mana yang telah dinyatakan di atas? “ .

Tidakkah adat yang HANYA patut dipertahankan ialah :   Adat yang bersendi hukum dan hukum yang bersendi KitabulLah dan Sunnah Junjungan Mulia S.A.W !? “ . 

Beras , tepung dan kunyit serta garam yang digunakan itu semuanya bukanlah satu bahan yang diciptakan oleh Allah Ta’ala untuk dibuang-buang , ditabur-tabur , direnjis-renjis ataupun dicalit – calit , sebaliknya itu semua adalah bahan makanan untuk memenuhi keperluan fitrah seseorang insan itu sendiri .

Masalah : Bagaimanakah pula jika upacara “ tepung tawar “ itu dilakukan hanya sebagai ikhtiar untuk melepaskan diri daripada bala ataupun menolak sial ? .
Jawapannya :   Ikhtiar yang dituntut di dalam Islam , adalah ikhtiar yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri . Bukan semua yang bernama ikhtiar ( usaha ) itu dibenarkan .

Mencuri ,merompak , menyamun dan menipu-daya juga adalah ikhtiar untuk hidup dan menjadi kaya-raya . Akan tetapi adakah ikhtiar seperti ini terpuji dan dibenarkan di dalam agama kita ??? . :tidak

Jalan untuk berikhtiar di dalam lapangan yang dibenarkan Allah Ta’ala masih luas terbentang , maka mengapa pula dicari-cari jalan ikhtiar yang membawa kepada kemurkaan Ilahi !? .

“ Tepung Tawar “ itu sendiri TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG KUASA  jika ada mana – mana orang yang ingin berbuat apa sahaja terhadapnya . Jadi , bagaimana pula ia ada “ kuasa “ boleh menolak sial ataupun mendatangkan manfaat !? .

Mudah-mudahan Allah Ta’ala sentiasa memelihara kita semua daripada terjerumus ke dalam sebarang perkara yang boleh mengundang kemurkaan-Nya . Amin Ya Rabbal ‘Alamin :doa .

2 comments:

  1. fuyoooooo... HAJI Najib buat keja HARAM JADAH da...kuang3x

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...