Tuesday 31 January 2012
HASAN ALI "AKIDAH" TUBUH NGO NAMA JATI....Jual Agama Tipu Islam?????
Bekas anggota PAS, Datuk Dr Hasan Ali akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dinamakan ‘Jati’ untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.”Secara peribadi orang tanya saya nak sertai Umno atau PKR (Parti Keadilan Rakyat)…saya nak katakan, saya tidak akan sertai mana-mana parti politik, saya akan sertai NGO yang namanya Jati,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau yang ditemui selepas berceramah di Seksyen 17 malam Isnin,turut mengakui masih sayangkan PAS dan mahu membantu parti itu menghapuskan golongan ‘parasit’ yang cuba merosakkan perjuangan asal PAS.
Sejak dipecat dari PAS pada 8 Januari lepas, spekulasi tersebar luas bahawa bekas anggota exco kerajaan negeri Selangor itu akan menyertai Umno.
Mengulas mengenai Jati, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata NGO tersebut akan dilancarkan pada 21 Februari ini.
Beliau turut mengajak NGO lain untuk bergabung dengan Jati bagi membentuk ‘kuasa ketiga’ yang diharapkan dapat mengimbangi kehadiran Barisan Nasional dan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13.
Psssstt.. JATI ITU APA?... Jual Agama Tipu Islam ke??????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
Aduhhh...budak blogger ni banyak betul buat dosa kering..dari sebar cerita buruk2kan orang ni lebih baik buat kerja lain...tulis cerita ker..buat novel ker..ini tidak..cipta itu..cipta ini ..orang semua salah..dia tak juga hebat mana...sudah2la tu...
ReplyDeleteagaknya kamu ni memang tak melihat dengan mata ke.???? tak mendengar dengan telinga ke????tak nampak ke kebenaran di depan mata????
ReplyDelete