Wednesday 25 January 2012

KETUA PENYANGAK/PENGGANAS/PERUSUH JALAN KEBUN SUDAH KENA CEKUP POLIS... MUNGKIN AKAN DITAHAN DIBAWAH SEK 117 KAJ UNTUK BEBERAPA HARI MEMBANTU SIASATAN....RAKAN-RAKAN SEJENAYAH SEDANG DIBURU... MANA MAU LARI HAAA!!!!



Lelaki ditahan bantu siasatan kes ganggu ceramah ABU
Polis menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.

abu ceramah disturbed 220112 05Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob ketika dihubungiMalaysiakinitengahari ini, mengesahkan perkara tersebut.
Menurutnya, lelaki tersebut ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148, Kanun Keseksaan. Seksyen berkaitan kesalahan membawa senjata dalam rusuhan.
Katanya, beliau akan mengadakan sidang akhbar di ibupejabat polis Shah Alam jam 4 petang ini mengenai perkembangan selanjutnya siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam di Jalan Kebun itu, terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.

abu ceramah disturbed 220112 04Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.
Sementara itu,Sinar Harian Online melaporkan lelaki itu berusia lewat 20-an selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan.

Ia memetik ACP Zahedi sebagai berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.

“Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir,” katanya.

abu ceramah disturbed 220112 03Beliau berkata, ceramah yang dianjurkan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya tetapi keadaan dapat dikawal selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.

Zahedi juga menegaskan, tidak berlaku sebarang kerosakan di dalam atau luar dewan ketika kejadian termasuk dakwaan gerai yang dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Menurutnya, empat laporan diterima selepas kejadian tersebut dan hasil daripada laporan, pihaknya mengambil tindakan dan membawa kepada penahanan seorang suspek untuk siasatan.....

NAK TENGOK JUAK-JUAK UMNO YANG MENGANGKAT PENYANGAK-PENYANGAK INI SEBAGAI WIRA KETUANAN MELAYU....ADAKAH ANDA SEMUA SANGGUP MATI BERMANDIKAN DARAH SEHINGGA BERKECAI TULAI DAN HANCUR BADAN PERTAHANKAN NASIB MEREKA?.....CAKAP SENANG BEB....KASI BUKTI LU ORANG PUNYA CAKAP...WALK THE TALK.. BUKAN RUN AWAY SELEPAS TALK.....

5 comments:

  1. inilah rupanya baruah dari BN yg tiada maruah...

    ReplyDelete
  2. yang cedera tu sila saman malaun2 nih....nak bagus lagi saman trauma...itu unlimited...bagi cukup2 sampai malaun tu muflis...

    ReplyDelete
  3. hehehe meh kita tengok ,, kena atau tangkapan lakonan sahaja ,,,,, tunggu dan lihat,,,,

    ReplyDelete
  4. Muka dahlah buruk, hati busuk, perangai macam sial! Manusia BANGSAT tak sedar diri.

    ReplyDelete
  5. well, believe he will b release soon, and non of his group will b able to trace.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...