Friday 20 January 2012

BERITA HANGAT MENDIDIH BARU MASUK!!!!.... DSAI SAMAN UTUSEKS MELOYA RM150 JUTA PASAL FITNAH DIA SOKONG UNDANG-UNDANG HALAKAN SEKS SEJENIS!!!


Anwar SAMAN UTUSAN MALAYSIA RM150 JUTA!!!...BANKRAP KAU KALI INI UTUSAN!!!!!

cerita penuh akan menyusul.....

Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM150 juta terhadap akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - dengan mendakwa akhbar itu telah "mereka pembohongan" yang beliau mahu menghalalkan homoseksual.

joint action group utusan malaysia memo politik baru ybJ 241008 02Dalam kenyataan tuntutannya yang difailkan oleh firma guaman M/s
Daim & Gamany, ketua pembangkang itu menuntut RM50 juta sebagai gantirugi, serta kos-kos lain yang akan ditentukan oleh pihak mahkamah.

Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut hari ini, peguam dan naib presiden PKR, N Surendran berkata, mereka juga akan meminta mahkamah menganugerahkan RM50 juta gantirugi teruk dan RM50 juta lagi gantirugi teladan.

"Kami menuntut jumlah yang tinggi kerana dakwaan-dakwaan tersebut telah sampai ke peringkat antarabangsa dan juga telah menjejaskan imej Anwar sebagai seorang negarawan," kata Surendran.

Anwar menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarang akhbar harian bahasa Melayu itu, Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan.

Utusan telah menyiarkan berita muka depan bertajuk "Tolak Anwar - Hasan" pada 17 Januari di mana Anwar telah dikritik oleh Dr Hasan Ali kerana mendakwa ahli parlimen Permatang Pauh dan ketua umum PKR itu, mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan dikatakan mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT).

Ia turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" di muka surat 10 pada hari yang sama.

Komen Hasan - bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang telah dipecat oleh parti itu - disiarkan selepas wawancara Anwar disiarkan di BBC minggu lepas di mana beliau menggesa disemak semula "undang-undang lapuk".





Psssttt.....Kepada Utuseks Meloya....ini pesanan dari rakyat jelata....kalau hari ini muka depan dan tajuk kisah Shahrizat saman RM100 juta YB Zuraida dan "anak tanggang" Rafizi Ramli... esok jangan lupa lakukan perkara yang sama ya?...ini pun saman juta-juta juga kan kan kan...


3 comments:

  1. http://zul4kulim.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zulkifli Nordin patut terlebih dulu disaman kot?

      Delete
  2. Zulkulim buat ape nak saman.. menatang tu bkn ade duit nak bayar.. bodooo.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...