Wednesday 25 January 2012

SUHAKAM TIBAI POLIS!!!... KATA KETUA POLIS SELANGOR DAN KETUA POLIS DAERAH SHAH ALAM BODOH!!


Sha'ani tegur polis berhubung kenyataan 'bodoh'
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Mohd Sha'ani Abdullah naik angin hari ini berhubung apa yang disifatkan sebagai "kebodohan" dan ketidakmatangan pegawai kanan polis dan kenyataan mereka mengenai gangguan di ceramah anti-BN, di Klang baru-baru ini.

Sebagai pegawai kanan, katanya, standard mereka adalah jauh lebih tinggi dan mereka mesti tahu fakta dan tahu tanggungjawab mereka.

Bercakap kepada pemberita di ibupejabat Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia (Suhakam) di ibunegara hari ini, Mohd Sha'ani berkata beliau tidak boleh menerima kenyataan mereka.

NONESebaliknya, kata beliau, mereka perlu berusaha supaya dihormati dan tidak hanya menunjukkan bahawa mereka adalah 'bos'.

Mohd Sha'ani (kanan) bagaimanapun menjelaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau, walaupun beliau akan membentangkannya kepada Suhakam.

Beliau berkata, pihak polis adalah mewakili semua anggota masyarakat, dan bukan hanya majoriti.

Beliau membidas polis kerana didakwanya seolah-olah membuat alasan menyebelahi pihak orang yang bertindak ganas, untuk mereka berbuat sesuka hati, sehingga menjejaskan hak asasi manusia mereka yang menjadi mangsa serangan.

Katanya, institusi unggul di Malaysia itu tidak memahami prinsip-prinsip hak asasi manusia, sambil menyifatkan sebarang kompromi terhadap hak asasi manusia untuk "tujuan keselamatan sebagai satu penyalahgunaan kuasa".

NONEBeliau menegaskan bahawa polis sepatutnya menjaga keamanan dan mencegah kejadian yang tidak diingini, dan bukannya berkompromi dan mengurangkan hak-hak rakyat Malaysia untuk bebas bersuara.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam dan polis berhubung kejadian itu Sabtu lalu apabila kira-kira 20 remaja, yang mungkin termasuk ahli Umno dan BN, didakwa mengganggu ceramah yang diadakan oleh gerakan anti-BN - Asalkan Bukan Umno (ABU).

Pihak polis telah dilaporkan mengulas bahawa ceramah yang menurut mereka bermula semasa solat dan mengandungi ucapan yang menimbulkan kemarahan lebih 1,000 penduduk kampung, terpaksa dibatalkan ekoran bantahan penduduk.

Polis juga menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang kerosakan di tempat ceramah dan gerai-gerai sekitarnya dan tidak ada yang cedera.

Bagaimanapun, penganjur ABU yang datang untuk membuat laporan kepada Suhakam hari ini mempertikaikan satu persatu kenyataan tersebut

DIMANA SALAH DAN SILAPNYA BILA PERSEPSI RAKYAT KATAKAN PDRM ADALAH SALAH SATU KOMPONEN BARISAN NASIONAL....SALAHKAH RAKYAT BILA MENGANGGAP POLIS DIRAJA MALAYSIA KINI SUDAH TIDAK MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB SECARA PROFESIONAL DAN ADIL.....TANPA GENTAR DAN MEMIHAK...BOLEHKAH MARAHKAN RAKYAT BILA KEBENCIAN MEREKA TERHADAP POLIS SEMAKIN MENINGKAT DAN BERTAMBAH SETIAP DETIK.....PERSEPSI DAN PENILAIAN AMAT BURUK RAKYAT INI AKAN TERUS TERKUBUR LEBUR BILA UMNO MATI TERBUJUR....RAKYAT TIDAK SALAHKAN INSTITUSI PASUKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA TETAPI POLITICAL MASTERSNYA IAITU UMNO....UMNO TUMBANG NEGARA TERUS OK SEPERTI SEDIAKALA....UMNO TERKUBUR RAKYAT AKAN HIDUP AMAN DAN MAKMUR....KATAKAN TIDAK KEPADA UMNO... ASALKAN BUKAN UMNO... ANYTHING BUT UMNO..

2 comments:

  1. Yang kita takut pehak disebelah juga bertindak macam orang kurang akal....maka akan berlaku pergaduhan dan :"pertumpahan darah"..ini yang perlu kita elakkan .Perkara ini polis perlu menjadi Pegawai yang mententeramkan keadaan..bukan dimana mana pehak ..apabila berlaku pergaduhan semuanya kena cekop untok dilaporkan..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah sya menang 4d toto magnum,semua ini
    berkat aki wowo yg membantu sya,ingin sperti sya
    tlpon aki wowo di +6285328880180 atau INFO TOTO MAGNUM 2D 3D 4D 5D 6D KLIK DI SINI

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...