Monday 16 January 2012

SKANDAL NFC: PELUANG TERBAIK HJ NAJIB NAK TEKAN MUHYIDDIN YASSIN!!!!


NFC: Tekanan kepada Muhyidin semakin kuat


Tekanan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin (gambar) semakin berat ekoran skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sekarang.

Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta Muhyidin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sekarang, Datuk Seri Noh Omar mengkaji bagaimana mahu menyelesaikan isu ini,  Noh pula mengalihkan isu ini kepada Muhyidin.

Ketika yang sama, akhbar Business Times (BT) Singapura juga menyalahkan kementerian yang diterajui Muhyidin sebelum ini sebagai pihak yang bertanggung jawab dalam skandal ini.

Ketika mengumumkan pembekuan aset NFC, Najib berkata, beliau telah meminta Muhyidin dan Noh untuk mencari jalan menyelesaikan isu ini.

Hari ini, ketika ditanya wartawan mengenainya, dua kali Noh berkata, "Yang ini anda tanya TPM."

BT hari ini dalam laporannya berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
mesti disiasat ekoran skandal National Feedlot Corporation.

"Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mesti disiasat kerana memberikan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada NFC," tulis BT dalam ruangan komentarnya.

"Peranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini juga harus disiasat," tulisnya.

Tindakan kementerian ini mengeluarkan pinjaman RM250 juta setahun lebih awal dari perjanjian untuk projek ini harus disiasat.

Ketika semua pihak meletakkan semua kesalahan di bahu Datuk Seri Shahrizat Jalil sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, bukan Shahrizat sahaja yang bersalah.

"Muhyidin lebih bersalah kerana dia adalah menteri kementerian berkenaan ketika itu," kata beliau kepada Harakahdaily

MAMPOS KAU KALI INI MUHYIDDIN YASSIN....INILAH PELUANG TERBAIK HJ NAJIB NAK TEKAN KAMU.....SUDAH PASTI KEDUDUKKAN HJ NAJIB SEBAGAI PRESIDEN UMNO SELAMAT....

1 comment:

  1. nah....lembu punya pasal umno jadi BODOH....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...