Wednesday 25 January 2012

MUNGKINKAH KETUA AUDIT NEGARA AKAN BUAT PUSINGAN 360 DARJAH MENGENAI ISU NFC?.

SETELAH DITEMPELAK,DISERGAH,DITERJAH DIUGUT DAN DIGERTAK OLEH PERKASA DAN BEBERAPA BLOGGER PRO-UMNO SEJAK BEBERAPA HARI KEBELAKANGAN INI..... ADAKAH KETUA AUDIT NEGARA AKAN MENIDAKKAN HASIL AUDITNYA SENDIRI MENGENAI SALAH LAKU,PENYELEWENGAN DAN KEGAGALAN PROJEK NFC( NATIONAL FEEDLOT CORPORATION) KEPUNYAAN SUAMI DAN ANAK BERANAK SHAHRIZAT JALIL KETUA WANITA UMNO MALAYSIA?.....ATAU MUNGKIN LEBIH BANYAK PENDEDAHAN BAKAL DIDEDAH DAN DIBONGKAR UNTUK TATAPAN RAMAI.....SAMA-SAMA KITA TUNGGU....





Ketua Audit Negara akan perjelas tentang NFC
Jabatan Audit akan membuat penjelasan terperinci mengenai laporan audit 2010 tentang Pusat Fidlot Kebangsaan dalam masa terdekat, kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang semalam.


NONEDalam temubual dengan akhbar Sinar Harian, Ambrin (kanan)
berharap penjelasan itu akan menyelesaikan kemelut berlarutan tentang projek ternakan lembu itu sejak laporan audit 2010 diterbitkan Oktober lalu.


"Saya akan menjelaskan maklumkan berhubung perkara ini sedikit masa lagi," katanya dipetik akhbar tersebut.


Ambrin menegaskan demikian selepas pengerusi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp), Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail sebelum ini, menegaskan bahawa entiti perniagaan yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara itu, tiada kaitan dengan NFCorp.


Sebaliknya, tegas Mohamed Salleh, ia adalah Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikendalikan oleh Kementerian kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA).


Mohamed Salleh dilaporkan berkata, berlaku kekeliruan antara NFCorp iaitu sarikat persendirian, dengan NFC, syarikat kepunyaan MoA.


NFC menjadi sasaran kritikan dan dituduh oleh pembangkang menggunakan dana awam untuk membeli kondominium mewah; membayar perjalanan ahli keluarga pengendali projek tersebut ke luar; dan RM600,000 perbelanjaan kad kredit. NFC telah menafikan dakwaan tersebut.....


INTEGRITI JABATAN KETUA AUDIT NEGARA KINI DIDALAM RADAR RAKYAT... DIPANTAU DAN DIPERHATIKAN SECARA DEKAT DAN TELITI.....SAMA ADA MENGALAH TUMPAS DENGAN UGUTAN DAN GERTAKKAN ATAU BERDIRI TEGUH DENGAN KENYATAAN AWAL..

1 comment:

  1. tak mungkin!!! kalau tak silap si dia ni asal dari seberang sana, di mana nak ubah audit kerana di suruh almost impossible untuk international recognition

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...