Tuesday 17 January 2012

UNGKAPAN: TAK AKAN MELAYU HILANG DIDUNIA ADALAH BOHONG DAN MITOS BELAKA!!!!!.. HANG TUAH TAK PERNAH WUJUD!!!!


Pakar sejarah: Hang Tuah, Li Po tak wujud
Buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda, kata pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Sebagai contoh, katanya, tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuan dan Hang Jebat serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud, lapor The Star.

upm student suhakam memo 211107 khoo kay kimBagaimanapun, tidak jelas sama ada anekdot sejarah yang tidak dapat disahkan akan dimasukkan dalam cadangan baru sukatan pelajaran sejarah untuk 2014.

Khoo (kanan) yang juga sebahagian daripada anggota jawatankuasa bagi menganalisis kurikulum itu berkata, cakap-cakap tidak wajar dimasukkan sebagai fakta dalam buku teks.

"Agenda utama jawatankuasa ini untuk menanamkan unsur patriotisme" (di kalangan pelajar)

"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum.

"Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya, ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu..


INI SUDAH KES BERAT....DULU KATA NEGARA KITA TAK PERNAH DIJAJAH OLEH INGGERIS TETAPI DILINDUNGI DAN DINAUNGI SAJA....KINI HANG TUAH DAN RAKAN-RAKANYA HANG JEBAT,HANG LEKIU , HANG LEKIR DAN HANG KASTURI TAK PERNAH WUJUD.. ITU SEMUANNYA CERITA KHAYALAN DAN DONGENG SEMATA-SEMATA.....KALAU TAK WUJUD HANG TUAH JADI KISAH KERIS TAMING SARI PUN KIRA KISAH PENIPU JUGAK LAH.....JADI SELAMA INI AHLI-AHLI UMNO DITIPU BILA PEMIMPIN MEREKA SERING MENGUNGKAP KATA-KATA TAK AKAN MELAYU HILANG DIDUNIA....APA KATA PERKASA DAN PEKIDA DAN SEMUA NGO-NGO MELAYU YANG BERDARAH DAN BERJIWA UMNO?....TAK MAU BUAT DEMO DAN MINTA PROFESOR YANG BERGELAR SEJARAHWAN NEGARA INI DICABUT KERAKYATANNYA DAN HALAU DARI NEGARA MALAYSIA SEBAB SUDAH MENGKHIANATI PERASAAN ORANG-ORANG MELAYU....WIRAWATI PERKASA BOLEH DESAK GELARAN TAN SRI DAN DATUKNYA DITARIK BALIK....PEMUDA UMNO MELAKA JANGAN SENYAP JER.. LAKUKAN SESUATU....DUNIA DUNIA.. MACAM-MACAM ADA.

3 comments:

  1. Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

    Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Winsdtedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

    ReplyDelete
  2. Hang Tuah Berbangsa Cina
    Shahabudeen Jalil

    Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangkakan. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.

    Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.

    Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.freewebs.com/suaraanum/0305b02.htm

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...