Sunday 22 June 2014

ADUN DAP/PR BUKIT ASEK SARAWAK MENINGGAL DUNIA.



Adun Bukit Assek di Sarawak, Wong Ho Leng, meninggal dunia pada jam 10.50 malam tadi.

Kematian itu disahkan melalui twitter Roketkini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang di twitternya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut menyampaikan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga mendiang di atas pemergian itu.

Pada 1995, 2004, dan 2008, beliau bertanding untuk menentang Robert Lau Hoi Chew dalam pilihan raya parlimen Sibu tetapi tewas kesemuanya.

Pada 1996, beliau memenangi kerusi DUN dengan majoriti tipis 226 undi bagi kawasan Bukit Assek dengan menewaskan Timbalan Ketua Menteri Sarawak pada masa itu, iaitu Dr Wong Soon Kai.

Beliau tewas kepada Tiong Thai King dalam pilihan raya parlimen pada 1999. Pada 2001, beliau tewas sekali lagi dalam pilihan raya negeri Sarawak dalam usaha untuk mempertahankan kerusi DUN Bukit Assek.

Beliau berjaya merampas semula kerusi tersebut daripada Daniel Ngieng Kiong Ann dengan majoriti besar sebanyak 4,751 undi dalam Pilihanraya DUN Sarawak 2006.

Dalam pilihan raya kecil Sibu 2010, beliau telah memenangi kerusi parlimen DUN Sibu dengan majoriti yang tipis. Kemenangan tersebut menunjukkan DAP telah merampas semula kerusi tersebut dari Barisan Nasional (BN) selepas 24 tahun dimenangi oleh BN.

Pilihan Raya Sarawak 2011 telah menyaksikan kejayaan beliau mempertahankan kerusi DUN Bukit Assek,  dengan jumlah undi sebanyak 13,527 undi, manakala lawan beliau, Chieng Buong Toon dari SUPP memperolehi 4,700 undi dan calon bebas Hii Tiong Huat, hanya 180 undi
.

6 comments:

  1. selamat mampus lagi sorang macai. karpal singh tunggu kat neraka nun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku doakan pada Allah tuhan aku agar kau dilaknat dengan penyakit kronik sedangkan kau kekal hidup tidak.mati... Rasa nikmat hidup tidak mati....he..he..he..

      Delete
    2. 0022...mak bapak ko dah mampos ke belum mampos?

      Delete
  2. jgn dlayan komen x mesej yg brfaedah drpd. org x bsekolah, x didikan emak bapak dn X didikan agama. biasanya komen2 org yg x nilai hidup camnilah merapu x tentu hala.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...