Thursday 19 June 2014

BINTANG FILEM TAMIL TERKENAL, MONICA, PELUK ISLAM.



PELAKON
popular filem Tamil, Monica, 27, membuat keputusan memeranjatkan apabila beliau memutuskan untuk menukar agama daripada Hindu kepada Islam dan seterusnya meninggalkan kerjaya seninya.

Seperti dilaporkan portal Salam News,  pelakon itu juga telah memilih nama MG Rahima sebagai nama Islamnya.

"Saya menukar agama bukan kerana cinta ataupun wang.  Saya suka prinsip Islam. Inilah sebabnya mengapa saya telah memeluk agama Islam, " kata beliau.

Menurut media India,  Monica telah membuat pengumuman itu pada satu sidang media pada hari Jumaat lalu  di mana beliau mengeluarkan gambar yang menunjukkan dia memakai pakaian tradisional yang sederhana dan bertudung.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebab di sebalik keputusannya untuk menyertai agama berkenaan.

Pelakon itu  memulakan kerjayanya sebagai artis kanak-kanak dalam bahasa Tamil pada tahun 1990 ketika berusia tiga tahun dan telah berlakon dalam lebih 50 buah filem.

Beliau juga merupakan bintang popular dalam industri perfileman India Selatan  seperti filem Telugu, Malayalam dan Kannada.

Monica, juga pernah memenangi Tamil Nadu State Award sebagai pelakon kanak-kanak terbaik.

Pada tahun 2001, Monica telah berubah namanya kepada Paravana untuk industri filem Malayalam.

Filem terakhirnya ialah Jannal Oram yang ditayangkan di pawagam pada November 2013.

5 comments:

  1. Haluuuuuuu. .........

    Alhadulillah.....cuma jgn jatuh pda umnongok yg ngok sudah la....bimbang nanti mudah tergelincir akidah....

    ReplyDelete
  2. Diluar negeri, berita itu tiada apa yang istimewanya sekedar memberi tahu bahawa dia tidak lagi makan babi, minum arak itu saja.....

    Kalau di Malaysia, ia adalah gimik yang memualkan, kalau ada seorang yang mahu menjadi penganut islam tapi dalam masa yang sama ada ramai yang mahu keluar dari islam atas alasan agama islam adalah agama hipokrit.

    Mereka pertikaikan bahawa JAKIM, JAIS, MAIS dan Raja semuanya mahu jadi wakil tuhan. Malah mereka itu seolah-olah penentu siapa yang akan masuk syurga dan siapa pulak yang mesti masuk neraka.

    Hanya Allah saja yang akan melindungi agamanya dari terus dicemari oleh manusia bangsat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haluuuuuuu. .........

      Manusia bangsat itu ialah umnongok yg ngok. .knknknknkn

      Khak tuih

      Delete
  3. Allah memberi hidayat dan menyesatkan sesiapa yang dikehendakkinya...dan hanya Islam agama yang benar serta diterima oleh Allah...ciri ciri orang beriman sila rujuk surah al mukminun..ciri ciri orang munafik...rujuk dalam surah al munafikun...ciri ciri orang yahudi dan nasara sila rujuk antaranya surah al baqarah....ciri ciri kafirun sila rujuk pelbagai surah lagi dalam Al Quraan .ciri ciri amno three four sumer ada dalam surah surah tuh....jadi tak tau nak hukum golongan apa hehehe

    ReplyDelete
  4. Manusia yang dilahirkan diluar islam nampak kebenaran agama islam manakala kita yang islam secara otomatik tidak nampak lalu tidak menghargai nikmat terbesar itu

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...