Tuesday 17 June 2014

EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI ... KONSESI PENSWASTAAN KAMPUS UiTM BERNILAI RM1.5 BILION DI BERIKAN KEPADA SYARIKAT YANG ADA KAITAN DENGAN ADIK SHAHRIZAT JALIL.



Konsesi penswastaan kampus UiTM yang kedua yang akan didedahkan adalah pembinaan, operasi dan penyenggaraan UiTM Cawangan Seremban III di Negeri Sembilan.

Jawapan Perdana Menteri pada 10 April 2014 menunjukkan bahawa konsesi selama 23 tahun yang dianggarkan mencecah RM1.5 bilion sepanjang tempoh konsesi ini dianugerahkan kepada sebuah syarikat bernama Inovatif Mewah Sdn Bhd.

Semakan menunjukkan bahawa pegangan saham di dalam Inovatif Mewah Sdn Bhd adalah seperti berikut (rujuk carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang disertakan bersama):

1. Menang Development (M) Sdn Bhd dengan pegangan 51% saham
2. Menang Industries (M) Sdn Bhd dengan pegangan 20% saham
3. Tentu Selesa Sdn Bhd dengan pegangan 29% saham

Menang Development (M) Sdn Bhd dan Menang Industries (M) Sdn Bhd adalah syarikat-syarikat yang dikawal dan/atau dimiliki sepenuhnya oleh Menang Corporation (M) Berhad, iaitu sebuah kumpulan pembangunan hartanah yang dikawal oleh keluarga Dato’ Abdul Mokhtar Ahmad.

Manakala Tentu Selesa Sdn Bhd pula adalah syarikat yang dikuasai oleh dua tokoh yang rapat dengan Umno. Semakan SSM menunjukkan bahawa pengarah-pengarah Tentu Selesa Sdn Bhd adalah seperti berikut:

1. Dato’ Shahrir Abdul Jalil
2. Dato’ Aidit Ghazali

Tentu Selesa Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dengan saham terbitan hanya RM2 sahaja dan dipegang oleh dua individu iaitu Saharudin Abdullah dan Sumami Kiman. Siasatan saya menunjukkan bahawa Saharudin Abdullah dan Sumami Kiman juga adalah pemegang saham kepada banyak syarikat RM2 yang digunakan di dalam pelbagai urusniaga kontroversi termasuklah cadangan pengambilalihan KFC dan PLUS. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua individu ini menjalankan perniagaan menubuhkan syarikat bermodal RM2 untuk dijual kepada pihak-pihak ketiga yang seterusnya menggunakan syarikat ini bagi tujuan urusniaga yang lain.

Oleh itu, Tentu Selesa Sdn Bhd adalah syarikat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato’ Shahrir Abdul Jalil dan Dato’ Aidit Ghazali.

Semakan lanjut menunjukkan bahawa Dato’ Shahrir Abdul Jalil adalah adik kepada Dato’ Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno Malaysia. Dato’ Shahrir Abdul Jalil pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai yang kemudiannya digantung selama 3 tahun oleh Lembaga Disiplin Umno pada tahun 2005 kerana didapati bersalah dengan amalan politik wang.

Dato’ Shahri Abdul Jalil adalah pengarah kepada pemegang konsesi Inovatif Mewah Sdn Bhd, selain menjadi pengarah kepada Tentu Selesa Sdn Bhd.

Seorang lagi pengarah Tentu Selesa Sdn Bhd adalah Dato’ Aidit Ghazali, iaitu Timbalan Presiden Jalur Tiga (JATI), sebuah NGO sayap kanan yang ditubuhkan oleh Dato’ Hassan Ali selepas beliau (Hassan Ali) dipecat dari PAS. JATI dilihat begitu kuat mendokong Umno dan banyak menyerang tokoh-tokoh Pakatan Rakyat.

Susun atur pemegang konsesi penswastaan UiTM Cawangan Seremban III menunjukkan bagaimana kroni kapitalisme digunakan di Malaysia untuk mengkayakan ahli-ahli politik yang rapat dengan Umno. Sebuah syarikat bermodal RM2 sahaja diberi pegangan sehingga 29% di dalam satu konsesi bernilai RM1.5 bilion hanya kerana ia dikuasai oleh tokoh-tokoh Umno atau yang rapat dengan Umno.

Model ini turut digunapakai di dalam beberapa konsesi yang lain, iaitu tokoh-tokoh Umno menjadi pemegang saham minoriti dan syarikat yang membina (selalunya syarikat yang memang terlibat di dalam sektor pembinaan) memegang saham selebihnya. Ia membayangkan seolah-olah syarikat yang dikawal ahli politik mendapat pegangan kerana membuka ruang “kabel politik” untuk dianugerahkan satu konsesi lumayan sedang syarikat pembinaan menjalankan kerja-kerja pembinaan sebenar.

Model ini yang menunjukkan penglibatan ahli politik dalam kroni kapitalisme adalah sarang rasuah yang akhirnya membebankan rakyat dengan konsesi-konsesi penswastaan seperti konsesi UiTM Cawangan Seremban III ini.



RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

17 Jun 2014

23 comments:

  1. Replies
    1. Rafizi ni pandai la kau main putar belit. Buat tohmohan dulu....cuba kau bongkar kontrak2 kerajaan Selangor yg bagi kat kroni Azmin danTan sri Khalid....sapu duit rakyat bagi kroni dlm agihan wang Jom Shoping..

      Delete
  2. Kuman seberang laut nampak...BABI depan mata kat Selangor, Kelantan & P.Pinang buat-buat tak nampak...Celaka Pakatan Haram!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg kau bodoh sgt pasal? Klau kau dah nampak ada babi kat Selangor, Kelantan & P.Pinag napa tak dedahkan. memang betullah Rafizi ni lebih pandai dari kau sbab sekecil kuman pun dia boleh dedahkan bukan cam kau sebesar2 babi kau tak dpt dedahkan.... dedah jgn tak dedah... atau tak ada apa yg nak didedahlan kat Selangor, Kelantan & P.Pinang????

      Delete
  3. Nak tanya sikit boleh? Betul ker KLIA, Matathir punya dan KLIA 2, Najib punya?

    ReplyDelete
  4. Jika ada salah guna kuasa kt kelantan,p.pinang dan sgor dlm masa 1 saat je polis,sprm dan peguam negara akan ambil tindakan.

    akai ada ka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akai takdak la tu....dah macai.... memang mcm tu....bengong....

      Delete
  5. Kami rakyat generasi muda.kami teguh mnyokong PR.trus dedah..kami tak sgup gdai negara pd puak umno..duit negara bzir tak pegang amanah rakyat.

    ReplyDelete
  6. Mana ada macai cerdik. Mader dah cakap macai dlm UMNO semua orang bodoh.Cakap sedap mulut tapi fakta kosong. Kalau lah kerajaan Pineng Kelantan dan Selangor ini buat perkara tak betol dah lama SPRM siasat.Tapi kalau BN yg lakukan SPRM dan PDRM akan selamba rock buat buta mata dan telinga pekak. Sampai bila lah nak hapuskan raauah dan ketidak telusan dalam Malaysia ini. Lagi lama UMNO/BN perentah lagi jahanam lah rakyat dikerjakannya. Kalau dikerjakan rakyat 47% sehaja tak kesah lah ini rakyat yang 53% pun terut sama kena sesah memang UMNO/BN CELAKA bin HARAMJADAH bin PUKIMAK

    ReplyDelete
  7. Poyo poyo juga bro tp masa depan anak-anak kita jgn diperjudikan oleh segelintir manusia yg ada kepentingan. Besok nnt bila kita mati, kubur kita diludahnya sbb tindakan kita hari ni. Nnt dia ludah kubur kita..haktuihhh..ndak kau?

    ReplyDelete
  8. macam mane melayu nak maju, ekonomi nak berkembang patutla DEB tak mencapai objective walau berpuluh tahun diperkenalkan dengan bantuan kewangan lagi..kadang2 sedih tgk..tapi nak buat macam mane..kata melayu baghal marah, malas, marah tegur skits kena tangkap..walaupun untuk membina, kajian bangsa lain atau Negara lain tak nak ambil kira secara positif..semuanya tak betul..nak merosakkan la nak menjatuhkan la...come on la..Allah bagi kita otak, kemahiran untuk berfikir dan membuat penilaian..baik dan buruk..bykkan membaca, banyakkan berdiskusi, kalau berguru..biarla ramai..jgnla kita org ..bodoh sombong..so sama2 laa kita fikir..utk kebaikkan bersama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila berpuluh tahun bantu tak maju maju juga maka lebih baik tak usah bantu terus bila asyik gagal...Besar kemungkinan tanpa UBN dan amnoputera maka kaum bumiputera makin maju..rakyat pun tak sakit telinga bila pemimpin UBN yang lupa diri terima subsidi dari rakyat..asyik ungkit sikit sikit subsidi...sikit sikit kena terimakasih kerana beri subsidi kepada rakyat...bila kasi kat taukeh ..spin subsidi jadi insentif hehehe

      Delete
  9. Bila tak beri projek orang amno marah...bila kasi projek orang amno hanya tahu jual kaut untung atas angin.Beri ayam ,lembu,kambing untuk bela dorang jual,beri bot dan enjin sangkut dorang jual juga .Tipikal amno tak ramai yang jadi kontraktor asli...kerana tu banyak projek tak siap ikut jadual,terpaksa tender semula yang mana ia merugikan duit rakyat berbilion ringgit..di Terengganu ada yang buat jalan tak sampai 5km, 10 tahun tak siap,buat LPT 2 dah 15 lebih tahun tapi masih tak siap siap juga...amno sejak zaman madey dah jadi parti cap ayam .Habis jahanam kerana bukan lagi amno asli hihihi

    ReplyDelete
  10. Alamdulillah. Cepat Malaysia punah!!

    ReplyDelete
  11. hidup mamak you...hidup mamak you....spesies tun mendeliar@madey kutty munafik anti hadis......hihihihihihi

    ReplyDelete
  12. Anon 21:20 dan 22:15, tipikal umno. Bongkar le macam mana pun, dia tak akan percaya. Satu lagi, keturunan nabi adam ni tak ada idea ke. Balik2 itu lah yang ditulis.

    ReplyDelete
  13. Yang orang lain sokong pekara macam ni kenapa? Tak ada benda lain yang nak disokong. Dah tahu barang naik, GST dan lain-lain masih juga sokong. Saya pun hiaran dan tertanya dihati, berapa kah macai-macai ni dapat kalau sokong benda yang tak betol macam ni. Bodoh. Apapun terimakasih kepada Rafizi kerana berkongsi pengetahuan dan maklumat.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...