Wednesday 25 June 2014

GEMPAR!!!! .... PAMPASAN RM12 JUTA UNTUK PENDUDUK KG CHUBADAK DIKEBAS OLEH BEKAS KETUA UMNO????????



SHAH ALAM, 25 JUN: Pampasan dijanjikan syarikat pemaju perumahan bagi pengambilan tanah tapak rumah penduduk Kampung Chubadak tidak diterima penduduk apabila wang berjumlah RM12 juta itu didakwa dilesapkan Ketua Umno Cawangan Chubadak ketika itu.

Bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Chubadak, Suliah Mujni, 57, berkata perkara itu disedari apabila beliau dan ahli Umno cawangan itu mengambil keputusan menggulingkan Ketua cawangan itu sekitar awal tahun 1970an.

“Kami meragui tindakan beliau yang tidak mengambil kira kepentingan penduduk dalam isu pengambilalihan tanah oleh pemaju.

“Apabila beliau digulingkan, kami masuk ke pejabat Umno di Dewan Kampung Chubadak dan apabila diselongkar kami menemui surat dari pemaju mengenai bayaran pampasan sebanyak RM12 juta kepada penduduk, sedangkan kami tidak pernah menerima apa-apa pampasan pun.

“Kalau wang RM12 juta itu dibahagi-bahagikan kepada antara 1,200 hingga 1,400 keluarga seperti mana bancian dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada masa itu, bermakna setiap keluarga atau rumah di situ menerima kira-kira RM10,000,” kata Suliah ketika dihubungi Selangor Kini di sini.

Jelas Suliah, surat itu ditemui kerana penggulingan itu dibuat secara mengejut sehingga Ketua Umno terlibat tidak sempat ‘menyelamatkan’ dokumen penting di dalam pejabat Umno Cawangan Kampung Chubadak.

Manakala Ketua Kampung Chubadak yang satu kumpulan dengan Ketua Umno terlibat pula sebelum isu pengambilan tanah oleh pemaju timbul bertindak mengenakan bayaran kepada penduduk kampung yang mahu mendapatkan geran tanah masing-masing.

“Pada masa itu RM2,000 memang sangat besar, manalah kami mampu nak bayar. Sebenarnya generasi dahulu beritahu sebenarnya sebelum ini geran memang ada tetapi bila datang pelombong Belanda mulakan kerja melombong, geran diserahkan kepada orang Belanda.

“Apabila operasi melombong dihentikan, ada yang dapat semula geran mereka dan ada juga yang buat tak kisah. Orang dulu-dulu masa itu pula memang tak berapa mengambil berat pasal geran tanah,” kata Suliah lagi.

7 comments:

  1. Bagus. Ini article yang nak dengaq. Kampung yang driroboh

    Jangan jadi TB@Malaysia Waves @ Deramang @ Macbeth, tau cerita UG yang tak wujud, Fitnah ugamawan dengan Khalid MB sajerrrrrrrrrrrrrrrrrr

    Kah Kah Kah.... adaka cerita PAS bersekongkol untuk mempertahankan Khalid MB. Urang Gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrr punya fitnah

    Woi TB Dosa tau fitnah fitnah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teroka tanah orang melayu.beratus ratus tahun meneroka.tiba tiba cina ytl yg dapat.yg bagi melayu haramjadah.yg roboh pun melayu haramjadah.yg jaga masa roboh pun melayu haramjadah.tak ker melayu haramjadah nie jadi hamba pencacai cina ytl.jaga melayu kunun.haramjadah haramjadah yg rakus menghakis tanah melayu untuk ketuanan cina..sial punya melayu.laknatullah punya melayu celaka.

      Delete
  2. Bn menang rakyat senang.mana komen macai upahan umno ni.sanggup ke tanggung dosa pemimpin umno sampai mampos..

    hakk tuihhhh..

    ReplyDelete
  3. Haluuuuuuu. .........

    Cai rela mati uyk umnongok yg ngok wlaupun suadara cai sndiri trsemban mnyembah bumi....

    Khak tuih

    ReplyDelete
  4. Org melayu yg menyokong umno walaupun di halau di tipu di bohongi tetap diam..janji aman jgn cina memerintah...

    ReplyDelete
  5. HASIL DARI PEMERINTAH BANGSAT..CHANGE NOW..SAVE MALAYSIA..!!!

    ReplyDelete
  6. Ni sumer poyo....haktuihhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...