Friday 27 June 2014

PERBICARAAN KES BUNUH PEGAWAI AMBANK ... SAKSI KE 16 KEJANG SELURUH BADAN DAN SESAK NAFAS KETIKA DISOAL BALAS PEGUAM BELA DAN TERPAKSA DIKEJARKAN KE HOSPITAL KLANG.



Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan kes perbicaraan pembunuhan seorang kakitangan bank, Norazita Abu Talib dan menyambung semula pada 9 Julai hadapan dengan memanggil saksi ke-21.
 
Keputusan tersebut diputuskan oleh Hakim, Datuk Akhtar Tahir di Bilik Mahkamah Tinggi Jenayah 8.
 
Saksi ke-16 perbicaraan, Mohd Radli hari ini mengalami sesak nafas dan kekejangan seluruh badan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
 
Radli yang merupakan bekas penyelia stor senjata Syarikat Kawalan Prima, iaitu syarikat keselamatan tempat tertuduh, La Ode Ardi Rasila, 36, kejang ketika disoal balas peguam bela, S. Selvi di kandang saksi.
 
Kelmarin, seorang kerani AmBank Subang Jaya yang juga merupakan seorang saksi yang ke-10 memberitahu Mahkamah Ardi mengarahkan saksi itu untuk mendiamkan diri dengan menggunakan isyarat tangan sebanyak dua kali semasa Ardi hendak keluar melalui pintu utama bank tersebut.
 
Ketika itu, ujar saksi ke-10 itu berada di pintu gelongsor berhampiran kawasan bilik simpanan wang (bilik kebal) bank untuk melihat kejadian bunyi letupan yang berlaku di situ.
 
La Ode didakwa membunuh Norazita di dalam bangunan AmBank, No. 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini di antara pukul 6 petang dan 6.30 petang pada 23 Oktober tahun lalu.
 
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

3 comments:

  1. kalau kes tak ada konspirasi jd saksi pun susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. "PKR = Parti Keling Rakyat".....haktuihhhhh!!!!!28 June 2014 at 07:21

      "PKR = Parti Keling Rakyat". Sebab tu budaya gangster kuat. Paling byk makan duit puak keling ni la.

      Jika jumpa ular dan jumpa keling, maka ketuklah keling itu dulu.

      Delete
  2. Horeyyyyy hari raya dah dekat...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...