Sunday 29 June 2014

SETELAH SEMALAM DSAI DAN KAK WAN MENZIARAH TGHA DI IJN ... HARI INI NAJIB LAKUKAN PERKARA YANG SERUPA DAN MACAI-MACAI UMNO JAJA SATU DUNIA!!!!.



Susulan tahap kesihatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terjejas ketika berada di Istanbul bulan lalu, beliau kini sedang menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menziarahi ahli Parlimen Marang itu petang semalam.

"Seluruh keluarga PKR mendoakan agar Tuan Guru Abdul Hadi akan bertambah sihat, dan semoga dipermudah dalam menjalankan amal ibadat bulan Ramadan al-Mubarak ini," katanya Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan medianya semalam.

Hadir sama Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar.

Abdul Hadi pulang ke Malaysia pada 18 Jun lalu selepas diberi kebenaran oleh doktor yang merawatnya di sebuah pusat perubatan di Turki.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Turki setelah mengalami sesak nafas semasa menghadiri satu persidangan di Istanbul pada Mei lalu.

Hari ini Najib Razak pula pergi menziarah TGHA setelah DSAI dan Kak Wan menziarah ... Nampaknya macai-macai UMNO mau jadikan lawatan tersebut untuk politik batuan (political milage) untuk Najib Razak

Sebab sebelum ini Najib menziarah TGHD di IJN juga maka para progandis UMNO jadikan isu itu sebagai propaganda murahan kononnya Najib ini berjiwa murni bersih lagi suci.

10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa la yg ko kejar ni bro.....

      Delete
  3. ko tanggunglah dosa diorg skali senah ooii......padan muka hang tak habis2 umpat!

    ReplyDelete
  4. Blog yg paling teruk pernah aku jumpa. Semua comment disiarkan tanpa tapisan.

    ReplyDelete
  5. Maaflah Pakcu masuk sekali komen dalam blog Mek....
    Apa yang Pakcu nak "royat" ziarah menziarahi ni satu tuntutan sesama Islam dan banyak keberkatannya. Jadi janganlah Mek dok api-apikan perkara yang baik dengan tomahan sendiri ..tak molek benar Mek weh...cubalah cari kebaikan . Tentang macai UMNO ke Mcai PKR ke , Macai PAS ke itu dia punya pasal...yang jelas jika kebaikan yang kita buat maka kebaikan juga yang kita perolehi jika hati kita benar-benar ikhlas dan suci. Selebihnya tersrah pada Allah menentukan yang ghaib.....walahualam

    ReplyDelete
  6. SELAMAT BERSAHUR.
    SEMOGA IBADAH DI BLN YG PENUH BAROKAH INI MENDAPAT KEBERKATAN DARINYA. AMIN.

    ReplyDelete
  7. BAGUS...TAPI TUKAR TETAP TUKAR DAN LAWAN TETAP LAWAN..CHANGE NOW..SAVE MALAYSIA..!!!

    ReplyDelete
  8. SUDAH TIBA MASANYA! KAMI JEMAAH MENGUCAPKAN SYUKUR TERHADAP APA YANG BERLAKU DAN SEMOGA IMAM KITA MAT SABU BERSIAPSEDIA DALAM MENGAMBIL ALIH TUGASAN PIMPINAN UTAMA YANG PENTING DEMI MEMBESARKAN LAGI WILAYAH JAMAAH KITA.

    segala pujian ke atas Imam Mat Sabu, ahlulbait, dan imam hussien..

    ReplyDelete
  9. NAJIB...NAJIB...APA NAK JADI JIB..NEGARA NI SEMAKIN HARI SEMAKIN HILANG KEBERKATAN..MALAPETAKA DEMI MALAPETAKA..KEBODOHAN DEMI KEBODOHAN..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...