Friday 2 November 2012

KOS SELENGGARA RUMAH NAJIB DAN MUHYIDDIN YASSIN YANG HIRUP DARAH RAKYAT!!!!!!!



Apa yang boleh admin katakan berpinau kepala admin melihat angka-angka yang diberikan oleh Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen.

Apakah yang diselenggarakan sehingga mencecah jutaan ringgit setiap tahun?

Mana tidaknya, kos penyelenggaraan rumah rasmi Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri iaitu hanya 2 buah sahaja telah pun mencecah sejumlah RM12 juta selama tempoh 3 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjawab melalui jawapan bertulis bagi soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Dewan Rakyat.

Jawapannya, Jumlah kos selenggara rumah Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri bagi tempoh empat tahun iaitu daripada tahun 2008 sehinggalah 2011 adalah berjumlah RM12,094,707.06. Di mana :

Kos selenggara kediaman rasmi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) di Sri Perdana : RM6,977,401.80
       
Kos selenggara kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yaasin) di Sri Satria : RM5,117,305.26.

Perincian kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi tahun 2008 hingga 2011.

Kos penyelenggaran Kediaman Sri Perdana :

Kos Selenggara Sahaja RM12,094,707.06 (2008-2011)
       
        Tahun 2008 – RM1,896,616.80
        Tahun 2009 – RM1,686,616.80
        Tahun 2010 – RM1,520,514.00
        Tahun 2011 – RM1,873,654.20

Kos Penyelenggaran Kediaman Sri Satria :

Kos Selenggara Sahaja RM12,094,707.06 (2008-2011)

        Tahun 2008 – RM1,129,992.00
        Tahun 2009 – RM1,130,007.26
        Tahun 2010 – RM1,401,502.00
        Tahun 2011 – RM1,455,804.00

Tidak kami sangka "Istana" yang sedemikian indah menjadi mangsa perbuatan vandalisme sehingga kos penyelenggaraannya mencecah jutaan ringgit. Teruk sangatkah mutu kerja sehingga terpaksa berbelanja dan berhabis sedemikian rupa?

NEGARA TIDAK AKAN MUFLIS JIKA BANTU, BELA DAN BERI PENDIDIKAN PERCUMA KEPADA RAKYAT... NEGARA AKAN MUFLIS APABILA PEMIMPIN HIDUP BERMEWAH-MEWAH, BOROS DAN SALAH GUNAKAN WANG PEMBAYAR CUKAI.

SELAMATKAN NEGARA KITA DARI MENJADI MUFLIS...UMNO TUMBANG ..RAKYAT SENANG....

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...