Sunday, 2 December 2012
KEADILAN CABANG KAPAR MELAKAR SEJARAH SEBAGAI PERINTIS PROGRAM MENDEKATI RAKYAT DENGAN MELAHIRKAN TRAK KESIHATAN HEALTH ON WHEEL (HOW)
Sekali lagi PKR Cabang Kapar melancarkan produk terbaru yang bakal membuat puak-puak punjangga UMNO senak perut tak senang duduk macam orang sembelit dengan lahirnya Trak Kesihatan Health On wheel (HOW). Ini adalah kesinambungan dari Jelajah Sihat Rakyat (JERAT) yang telah dilancarkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada 21hb Oktober 2012 yang lalu sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Klang Utama, Klang.
Jika sebelum ini rakyat datang ke program JERAT untuk mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma bernilai RM60 tapi ini kali JERAT sendiri akan datang terus kepada rakyat dengan adanya Trak Kesihatan HOW ini.
Dr V. Nedunchelian mendapat idea murni ini apabila bila melihat dan merasakan betapa perlunya warga kita menjaga kesihatan serta mengetahui tahap kesihatan mereka terutamanya golongan warga emas. Memandangkan ini program yang amat baik sekali cara mendekati rakyat dengan merasai kesusahan dan denyut nadi mereka maka ianya dipersetujui sebulat suara dengan melahirkan trak HOW ini.
Menjadi hasrat dan niat Dr Nedu agar trak HOW ini supaya dijadikan salah satu Agenda SelangorKu peringkat Negeri Selangor dan memohon agar kerajaan negeri sudi menyumbangkan sebuah trak yang demikian melalui Geran Selangorku dan beliau juga menyatakan kesedian memikul tanggung jawab dan amanah menjadi Kapten Pasukan JERAT jika diberikan kepercayaan oleh pimpinan kerajaan Negeri Selangor.
Untuk pengetahuan kalian trak ini telah dipinjamkan oleh individu yang berhati mulia En Nazlee setelah mendengar hasrat murni Dr Nedu untuk membuat perkhidmatan kesihatan secara bergerak dan impian ini telah termakbul dengan terlancarnya trak kesihatan yang dirasmikan oleh
Tuan Azizi Bin Ayob Ketua Cabang PKR Kapar dalam suasana yang harmoni walaupun berdepan dengan hujan dan lori lambat sampai akibat tersekat dalam kesesakan lalulintas disebabkan oleh piala AFF Suzuki yang dimenangi oleh Harimau Malaya sebentar tadi..hehe..
Untuk permulaannya Trak HOW ini akan menjelajah ke tempat dibawah naungan Parlimen Kapar dan akan ke lokasi-lokasi di luar kawasan sekiranya ada jemputan dari pihak-pihak yang berminat dengan perkhidmatan kesihatan percuma bergerak ini.
Dengan gandingan yang mantap dua pemimpin hebat ayam jaguh anak tempatan antara Dr Nedunchelian Vengu dan Tuan Azizi Bin Ayob kini Cabang Kapar kini mara dan menyinar dipersada politik tanahair. Ini baru namanya pemimpin yang benar-benar mengangkat martabat negara dengan menggangap semua manusia ini hanya dibezakan dengan kumpulan darah dan bukannya Agama dan Bangsa.
Trak HOW ini akan memulakan perkhidmatannya di Seksyen 7 Shah alam esok 2hb Dis pada jam 9 pagi hingga 12.00 tengahari, omak berharap jangan la ada jaki dan simbah cat kat trak ni ye..duit beli cat tu baik disumbang je pada yang memerlukan di Palestine tu...
Tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat segala penat lelah yang terpancar diwajah terubat dengan terlancarnya trak HOW ini hanya Allah swt saja yang bisa membalas kerja-kerja ikhlas kalian.
JERAT DAN HOW DILANCARKAN ATAS SEMANGAT DAN ROH... DARI RAKYAT KITA DATANG KEPADA RAKYAT KITA MENYUMBANG..BUAT DR V. NEDUNCHELIAN AMS...SYABAS TAK TERHINGGA DARI OMAK KAU!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
No comments:
Post a Comment