Friday, 8 November 2013
CARA ADUN DAP/PR MENJALANKAN TUGAS MENDEKATI RAKYAT YANG TIDAK DI SIARKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN.
Lihat dengan mata kepala sendiri dengan rakaman gambar di beri sebagai saksi... Ini adalah realiti bukannya ilusi.
Ini adalah YB Wong Shui Qi. Beliau merupakan ADUN Senai, Johor. Beliau merupakan seorang daripada berpuluh lagi ADUN dan Ahli Parlimen DAP yang bergiat aktif membuka pusat pendaftaran pengundi di kawasan mereka.
Adakah YB ini duduk di dalam pejabat berhawa dingin, menunggu orang untuk mendaftar sebagai pengundi dan sekaligus tertarik untuk mendaftar sebagai ahli parti? Jawapannya ...TIDAK!!!!
Dengan hanya dua meja makan yang murah serta beberapa kerusi plastik, mereka membuka kaunter pendaftaran pengundi di tepi-tepi jalan laluan orang ramai. Bolehkah YB-YB UMNO dan Barisan Nasional melakukan sedemikian?
PRU 14 adalah PRU anak-anak muda dan pengundi-pengundi baru.
Rakyat tidak kagum dan tersilau dengan gaya hidup pemimpin yang berkereta jenama mewah dan rumah besar.
Dampingi rakyat secara sederhana, merendah diri dan ikhlas maka pulangannya rakyat akan beri sokongan secara ikhlas jua kepada pemimpin berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
Kalau dilihat pada banner di belakangnya, jelas Bahasa Malaysia diutamakan oleh parti yg ditohmah sebagai parti perkauman cina. Dlm gambar ini shj 2 suku kaum sedang mendapat layanan. Kaum melayu mudah dimomokkan supaya menjauhi DAP, sebaliknya hakikat tidak dapat disembunyikan selamanya
ReplyDeleteSatu tindakan kerja yang dipuji. Cara pimpinan DAP yang begitu merendah diri. Seharusnya menjadi ikutan dan teladan kepada parti lain. DAP sebuah parti demokratik tanpa mengira bangsa dan agama boleh disertai. Sewajarnya saranan Karpal agar parti harus terbuka dan tidak bersifat perkauman dan agama sepatutnya menjadi teladan kpd parti dibwh pr. Karpal adalah pengerusi DAP. Ketua kepada PR. Sudah sampai masanya parti PAS yang bernaung dibwh PR juga harus mengubah perlembagaannya dan menukar namanya agar kesamarataansbg rakyat Malaysia. Tahaluf siyasi lebih berkesan jika PAS menukar dan tidak menjadikan agama sbg dasar dalam Parti. Byk cadangan boleh diambil kira utk PAS menukar nama parti nya seperti Parti Dakwah Semalaysia (PDS), Parti Parti Kebajikan Semalaysia (PKS). Sekadar cadangan. PKR adalah parti yang terbuka. PAS seharusnya berubah. Ingat..dibawah PR PAS baru nampak lebih terjamin dan popular.
ReplyDeleteIni adalah pendapat peribadi saya sahaja.
Hidup PKR!
salah tu... PAS dah lama popular tanpa bergabung dengan PR...
DeleteUMNO lagi best dan popular dah perentah 60 tahun keatas orang melayu malaysia,tapi dok tang tu le jugak tahapnya Islam makin hanyut,melayu dah hilang kuasa,harta benda dah banyak tergadai.
Deletehidup DAP.. Parti terkuat dalam PR..bakal menggantikan PAS.. takbir..
ReplyDeletebukan setakat tu jer yop.......jika PR menang....PM dari DAP yop.kesultanan melayu dihapuskan.betul yop.sunggoh yop.kah.kah.kah.kah.kah.kih.kih.kih.Wooooooooooo......hanya yg bodohbangang dr umporno jer mudah ditipu sedemikian ruper.bodoh tak sudah ahli umporno nie.sekali lagi.Wooooooooooooooo.....
DeleteKena tipu la korang. Bila dah naik bahasa melayu tak dak dah la. Tak percaya pi la join group2 korporat, tauke2 kaya. Mula ceramah bahasa inggeris, lepas tu bahasa Mandarin. Bahasa melayu ฤuduk dalam tong taik. Nak tarik pengundi memang laa kena buat lagu ni. Bengong la admin nihhh
ReplyDelete