Monday, 4 November 2013
INILAH WAJAH SEORANG WANITA UMNO DI KATAKAN KENA BELASAH DENGAN TERUK OLEH PETUGAS PAS SEMASA PRK SG LIMAU!!!!
Kesiannnnnnn .. sedih melelih air mata Omak Kau menangis tersedu sedu apabila melihat rakaman gambar diatas... sob.. sob .. sob .. sob.
Betapa teruk seorang wanita UMNO bertaraf AJK Wanita UMNO bahagian dikatakan teruk kena belasah oleh petugas PAS semasa proses merayu undi disalah satu Pusat membuang Undi PRK DUN N20 Sg Limau pagi tadi.
Mana tak teruknya .. sampai pengsan beb!!!! .. habis muka lebam-lebam dan berdarah mengalir tanpa henti hingga terpaksa di angkut dengan ambulan ke hospital untuk menerima rawatan.
Biji mata tersumbur, hidung patah, muka bengkak ... dengar bunyi kena jahit 100 jahitan.
Zalim dan kejam sunggu petugas PAS tu. .. langsung tidak berhati perut.
Kesiaaaannnn sungguh ... Oppss .. Tapi mengapa tiada seorang pun kakitangan paramedic yang menjaga beliau jika benarlah kena belasah sampai kena angkut dengan ambulan.
Pesakit yang kena angkut dengan ambulan ini pesakit mendapat kecederaan teruk dan perlukan rawatan segera.
Tapi dilihat beliau sekadar baring atas katil jer macam rehat kepeningan nak pitam kepala.
Sebab apa? .. sebab juak-juak UMNO kata minah ni teruk di belasah dengan batu bata sedang agensi lidah biawak rasmi UMNO/BN BERNAMA kata sekadar kena tumbuk.
Woit!!! lain kali kalau nak menipu dan memfitnah kena selaraskan dulu sebelum keluar kenyataan.
Polis Kedah mengesahkan menerima laporan kes berhubung Ketua Wanita cawangan Bandar Baru Sentul (1C) Norsidah Abu Bakar yang didakwa ditumbuk penyokong PAS ketika merayu undi di hadapan Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka di Yan hari ini.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata polis telah menerima laporan yang dibuat Ketua Wanita Umno Bahagian Seputeh, Datuk Azizah Abdul Samad dan mangsa, pada pukul 11 pagi ini.
Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis akan menyiasat kes itu
mengikut Seksyen 354 kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan, katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di Yan hari ini.
"Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.45 pagi tadi di mana wanita itu ditumbuk di bahagian muka. Kita sedang usaha kesan siapa yang melakukan perkara ini dan wanita itu telah dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Yan," katanya.
Ahmad meminta penyokong kedua-dua parti agar mematuhi arahan polis dan nasihat petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau berjalan lancar.
"Polis akan sentiasa bantu SPR agar mereka tidak dikasari mana-mana penyokong semasa menjalankan tugas. Polis sedaya upaya sentiasa pastikan keadaan terkawal di kesemua 17 pusat pengundian," katanya.
Sementara itu, Norsidah, 50, yang juga anggota Jawatankuasa Wanita Bahagian Batu berkata beliau bersama perayu undi Barisan Nasioanl (BN) lain yang tiba lebih awal mengambil tempat di kawasan berhadapan sekolah itu.
Mereka kemudiannya didatangi sekumpulan lelaki dari PAS yang menyuruh mereka beredar dengan alasan tempat berkenaan milik mereka, katanya.
"Disebabkan keengganan kami (untuk beredar setelah didesak oleh kumpulan lelaki itu), maka mereka bertindak kasar hingga polis terpaksa mententeramkan keadaan.
"Tiba-tiba seorang lelaki berusia 30an menumbuk bahagian mata saya dengan tangannya yang dibaluti bendera PAS. Akibat tumbukan kuat itu, saya terus rebah dan hampir pitam," katanya.
Beliau kemudiannya dibawa untuk menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ulu Sedaka berhadapan sekolah berkenaan sebelum dikejarkan ke Hospital Yan untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.
"Doktor menyuntik ubat tahan sakit dan menasihatkan saya supaya kembali ke hospital jika mata saya masih berdenyut dan sakit dalam masa 24 jam ini," katanya yang telah sembilan hari berada di sini untuk berkempen bagi meraih undi di DUN Sungai Limau.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Makcik ni pening sikit jer.kepenatan dan ada kemungkinan mengandung kut.?
ReplyDeleteKalau betul mengandung kena tanya siapa laki dia. Boleh kita belajar sikit. Memang power tuuuu.
DeleteApa lah si Mamat tu melepaskan tumbukan ke atas se orang wanita.
ReplyDeletekih.kih.kih.kih.pelik gak aku jika kes disiasat dgn panyas dan cargas.mamat gombak tu siap dibuktikan kejahilan nya menggunakan kerambit hingga kini aper citer pak polisi.agak agak ler.kerja biar beretika dan beramanah serta tiada berpihak.baru ler dihormati akan intergriti kepolisian.kan gitu bang zahid.
Deleteceh.... aku ingatkah dia kena masuk ICU!!
Deleteyg makcik sentol tu datang sg limau buat hapa??? kan ke baik kalu duduk rumah bagi makan kat suami..
Deletetah tah sengaja mencederakan diri sendiri.tak caya tanya ler madey.
ReplyDeleteBelakon untuk umno lagi banyak dapat upah ni..lepas ni sibuk la kira berapa tempat dia dah dapat projet..
ReplyDeletekalah la bro... jangan harap la nak dapat upah!!
Deletesahih akan jd tajuk utama tb 3/4.akan diulas oleh editor selama 30 minit dan kitab suci umporno akan jadikan berita utama.akan ambil ulasan dari pemimpin hingga pencacai.kah.kah.kah.kih.kih.kih.Woooooooooo.Nape perkosa senyap jer begitu juga Asan Akidah.dah tak laku ker.San,San.tu ler lain kali jgn berpolitik hingga hila jawatan mb Selangor.cermin dulu diri tu.
ReplyDeleteklu yg kena tumbuk ni isteri@mak tuan2 mcmana?Sudikah menulis komen spt di atas?
ReplyDeleteIsteri dan mak kami penyokong pas, insyaallah depa lebih bersopan dgn meletak adap islam dihadapan dan bukannya tergedik dan dan terover mcm depa tu. kalau mcm tu pun hangpa nak tumbuk memang bangsat la jenis manusia tu..
DeleteWei Carlazman..... tak ada dalam keluarga aku kerja jadi macai amnobn!
DeleteIsteri dan mak kami penyokong PAS.. takkanlah kami nak tumbuk geng sendiri.. jadi kami tak risau dah.. orang UMNO mana berani tumbuk muslimat kami..
DeleteHamidah Othman yg cekak leher wakil PR masa kempen PRU13 dekat Ipoh tu apa cerita? Hasilnya bungkus.......
ReplyDeleteKalau repot pun kat parti komponen dia.
Deletesasa jugak tengok lengan makcik ni...kenapa makcik tak libas balik tumbukan manja tuuuu....
ReplyDeletetiba2 satu lelaki tumbuk dia dgn tangan yg dibalut dgn bendera pas.nampak sangat makcik ni pembohong.mcm mana dia bolih tahu kain yg balut tangan tu bendera pas. kejadian berlaku secara tiba2,tapi dia bolih nampak bendera pas yg balut tangan lelaki tu.
ReplyDeleteMaaf nak makcik belakon jer,lakun jer,lakun jer hahahha
DeleteMacik tu pengsan lagi tak dapat time kekalahan.kini dikejarkan ke h pital terdekat....
Deleteaku ingat dia masuk ICU
Deletekalau kena tumbuk kat muka kena x ray kepala sebab otak bergegar. Mana tahu bila otak dia bergegar mungkin bertambah baik dan tiba-tiba jadi ahli pas. Bukan semua kes otak bergegar jadi mereng. Ada juga otak mereng bila bergegar jadi pulih.
DeleteBiasalah tuuu...kalo kena kat pembangkang ruih . Sesakali apa salahnya UMNO yang kena tumbok...depa ingat pembangkang tak boleh buat ke...
ReplyDeleteteringat citer azeez dulu...berbekap leher tu bang
ReplyDelete-umno4whatever-
teringat DSAI dulu.. berlakon sakit belakang ngan berbekap leher tu bang..
Delete