Wednesday 19 February 2014

BERI AIR PERCUMA KEPADA PENDUDUK KL DAN PUTRAJAYA BUKTI KERAJAAN PR MAMPU DAN IKHLAS KATA EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR.



Kesediaan Kerajaan Selangor menawarkan pemberian air percuma 20 meter padu kepada penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) sentiasa konsisten memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira sempadan politik.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata perkara itu juga sudah lama dibincangkan di peringkat Kerajaan Negeri dengan mengambil kira penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya juga merupakan pelanggan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Katanya, perancangan itu bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan sekiranya Syabas masih dikawal sepenuhnya oleh pihak swasta yang bermotifkan keuntungan semata-mata.

“Tetapi seandainya penstrukturan semula berjaya dan kerajaan negeri dapat menguruskan pembekalan air, maka mereka (penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya) berhak untuk mendapat inisiatif sama seperti rakyat Selangor dapat.

“Inilah yang Pakatan Rakyat perjuangkan, iaitu manfaat kepada setiap rakyat tidak kira kamu itu siapa, asalkan hak kamu, kamu seharusnya dapat,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung tawaran pemberian 20 meter padu air percuma kepada penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya sekiranya program penstrukturan semula berjaya.

Abdul Khalid ketika berucap dalam seminar Malaysian Power and Water Summit di Kuala Lumpur Kerajaan negeri kini dalam peringkat akhir rundingan penstrukturan semula air bersama kerajaan pusat dan pemegang konsesi.

Sejak 2008, rakyat Selangor menikmati pemberian 20 meter padu air percuma melibatkan peruntukan kira-kira RM 700 juta setahun.

9 comments:

  1. baguslah Abdul Khalid ni... harap kekallah dia sebagai MB...

    ReplyDelete
  2. aku pun sokong dia...Tan Sri Khalid

    ReplyDelete
  3. Nuar jd mb jgnkan air...ngan tol ngan cukai pintu cukai tanah sparuh harga....negeri negeri bwh umngok mlopong gompong....

    ReplyDelete
  4. Nuar jd mb jgnkan air...ngan tol ngan cukai pintu cukai tanah sparuh harga....negeri negeri bwh umngok mlopong gompong....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haluuuuu...

      DSAI tak janji apa camtu tau... lu jangan bikin panas beb..

      khak tuih

      Delete
    2. Sudah tukar ka tarak janji ko centu kito.wat janji laie la .kito kato manifiesta jo...

      Delete
  5. Kalau takmo air percuma, penganut UMNU LAKNATULLAH boleh berambus ke Johor! Kaah kah kah kah kah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga berambus ke penang atau kelantan.... sebab sini pun takdak air percuma....

      Delete
  6. Org sgor tak kesah anwar jd mb pun.cuma puak2 melayu hutan je dok bising2 pun.xpayah la dok sibuk psl melayu yg bertamandun ni.kahkahkah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...