Tuesday 18 February 2014

DSAI BERJANJI DI TEPATI TUJUH KEUTAMAAN SETEMPAT KAJANG YANG BAKAL DI BERIKAN PERHATIAN DAN KOMITMEN KHAS.



Saya berpeluang mendekati penduduk di Kajang sejak beberapa minggu lalu untuk mendengar sendiri masalah dan harapan mereka. KEADILAN juga telah membuat satu kajiselidik dengan pengundi berdaftar di Kajang untuk mengenalpasti isu-isu setempat yang wajar mendapat pembelaan.

Saya berpuashati bila mana maklumbalas yang saya dapati semasa bersua muka dengan penduduk disahkan oleh kajiselidik yang dijalankan. Dapatan utama dari pengalaman saya berinteraksi dengan penduduk menunjukkan bahawa tiga perkara utama yang memerlukan perhatian segera di Kajang adalah soal keselamatan penduduk akibat jenayah yang makin meningkat, masalah kesesakan trafik dan soal kebersihan setempat serta kesihatan.

Ini bertepatan dengan kajiselidik yang menyenaraikan keutamaan isu-isu setempat seperti berikut (% menunjukkan jumlah responden yang bersetuju ia isu yang paling utama untuk diberi perhatian):

1. Keselamatan dan jenayah – 42%
2. Kesesakan trafik – 38%
3. Pengurusan sampah dan kebersihan – 30%
4. Masalah sosial – 20%
5. Bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah – 16%
6. Pengurusan gerai penjaja dan peniaga kecil – 12%
7. Perkhidmatan Majlis Perbandaran Kajang – 11%

Saya akan terus mendekati penduduk Kajang untuk berbincang mengenai harapan dan kaedah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan isu setempat ini. Saya yakin bahawa jalan yang terbaik ialah dengan melibatkan masyarakat setempat dengan memberdayakan mereka menguruskan hal ehwal masyarakat setempat.

Saya juga telah berbincang dengan Institut Rakyat supaya satu kajian perbandingan khusus dibuat serta merta untuk mengkaji amalan terbaik (best practices) yang digunapakai di tempat-tempat lain dalam menangani beberapa masalah yang perlu diberikan keutamaan di Kajang. Hasil dari kajian itu akan dibentangkan dan dibincangkan bersama penduduk supaya kita dapat menggembleng tenaga semua pihak untuk menjadikan Kajang selamat, bersih dan lancar.

Sudah tentu isu-isu nasional yang mendesak seperti kenaikan harga barang, peluang pekerjaan, perumahan yang diluar kemampuan rakyat dan gaji yang tidak meningkat memerlukan pembelaan berterusan.

Saya berharap usaha yang berterusan untuk menyelesaikan tujuh keutamaan setempat yang saya gariskan akan melonjakkan Kajang sebagai salah sebuah bandar satelit terbaik di negara ini.

ANWAR IBRAHIM
18 Februari 2014

24 comments:

  1. mana janji pada pengundi Permatang Pauh?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon lu baik tanya pemerentah...mana janji2nya sblm pilihanraya... lunya jgn bangang sgt...

      Delete
    2. Orang lain jangan sibuklah pasal permatang pauh. Terbukti setiap kali PR DSAI tetap pilihan mereka dan kini pengundi Kajang juga bertuah mendapat pemimpin pilihan rakyat.

      Delete
    3. Haluuuu...

      Gua setuju dgn lu beb 17.55...lu org jgn nk sembrono kutuk pemimpin suci lg maksum dari pkr yg akan mnjdkn kajang pak malau kajang berliwat...oppps sori gua tak sengaja beb...dsai ttp pilihan rakyat wlu dimana lu org berada... ttp gua pun fhm perasaan org penang...alangkah bertuah klu dsai dpt jd km pp...
      Gua rasa klu lge letak jawatan sbgi adun dan km penang...perghh betapa bnganya org penang berkm kn pemimpin suci...gua rasa lks pun setuju dgn gua...baru pr nmpk hebat...aku cmfm penang lbh hebat dari Singapore. ..

      Khak tuih..

      Delete
  2. mana akujanji Najib pada pengundi ?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib sudah pun menunaikan jaanji janjinya dengan pelbagai kenaikkan, penyokong BN amat berbangga dan berterima kasih.

      Delete
  3. harap DSAI tak jadi macam khalid... cakap manifesto bukan satu janji...itupun kalau PAS setuju bagi dia jadi MB....

    ReplyDelete
  4. Akujanji najib lagi hebat..siap pusing 1 malaya nk ckp pasal janji.mana g aku janji tu..last2 barang naik.

    ReplyDelete
  5. i love ds najib..janji ditepati..


    -reza-

    ReplyDelete
  6. tuntut JANJI PALSU18 February 2014 at 16:41

    Elok sangat lah tu BERJANJI SERIBU KEMANISAN ..

    ReplyDelete
  7. Manifesto umngok bukan alang2 tidak naikkan tol, tapi naik juga.nasib ada prk kajang, tol tak naik tapi bayar pampasan pula dengan duit rakyat.Yang paling kangkung ialah GST, dalam manifesto takda pula, tapi bila dapat 47% tetiba pulak ada.apa punya mangkuk manifesto umngok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haluuuuuu...

      bab gst DSAI sudah arahkan jangan duk brrcakap dah... dia masa dalam jemaah menteri pun setuju dulu...

      khak tuih

      Delete
  8. MACAI = Mempercayai Apasaja Cakap Anwar Ibrahim

    Kah kah kah kah

    ReplyDelete
  9. MACAI..Madey Anak Cai Anei India..kahkahkah

    ReplyDelete
  10. Haluuuuuuu. ........

    Gua jnji sma lu...gua kan support lu hbisan. Sma jit tuya pun gua jnji gua kan sntiasa khak tuih sma lu..dsr bnjingan lidah brcabang sesudah lu tbur jnji mnismu..lu bilang2 kan brikan 100% cinta lu sma rkyat skrg sdh lu dpt cinta 48% lu liwat2 lu nyer jnji..sory beb gua bilang lu gua bkn cam tuya yg sng lu krjakn...

    Khak tuih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haluuuuuu...

      Gua lupa beb...jnji pr pada rakyat pru dah tunai ke blm...jnji pada rakyat pp
      dan selangor dah settle ke belum...
      gua lupa beb sama mcm pas lupa jnji
      utk hudud...
      Sama lupanya anwar kpd shamsidar...lupanya abg mat kpd kak mah

      Khak tuih

      Delete
  11. wakil adun dan mp sudah terbiasa dengan taktik umngok tidak memberi peruntukan kepada kawasan yang tidak mengundi mereka.Bila 47% bercakap mereka tidak peduli pengundi kawasan mereka bukan apa mereka sebok penohkan tembolok masing2.Lawaklah mentaliti wakil umngok bn yang dah tak kenai rakyat kawasan mereka bertanding.

    ReplyDelete
  12. parlimen permatang pauh sahaja yang wakil rakyatnya sentiasa ada setahun hanya beberapa kali....maklumlah sbuk mengalahkan PM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heran kn...umno xleh nk menang di permatang pauh kn?

      Delete
    2. Heran kn... anwar xleh nak menang jadi PM kn?

      Delete
  13. Bagus. Kpd anuwar sila capai apa yg kamu katakan. Bila jadi ADUN nanti ikut cakap MB Tan Sri Khalid. Harus diingat..Yb Adun buat cara yb adun. Jgn jadi babon.
    Tan Sri Khalid kekal MB!

    -Faekah@PKR-

    ReplyDelete
  14. 1. Keselamatan dan jenayah – 42%
    2. Kesesakan trafik – 38%
    3. Pengurusan sampah dan kebersihan – 30%
    4. Masalah sosial – 20%
    5. Bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah – 16%
    6. Pengurusan gerai penjaja dan peniaga kecil – 12%
    7. Perkhidmatan Majlis Perbandaran Kajang – 11%

    Sbg YB Adun sila bagi KPI nanti kepada Tan Sri KHalid. Yb Adun buat kerja sbg Yb Adun. Apa pun menteri besar kekal ditangan Tan Sri Khalid.

    Pas for all

    ReplyDelete
  15. sehebat2 DSAI kalau Allah tak izinkan dia jadi PM buatlah apapun tak boleh jugak..apa nak dirisaukan... Allah berada di pihak yang benar... itulah doa TGNA....

    ReplyDelete
  16. tak dpt jadi PM..dapat jadi MB pun jadi le.
    TGNA sila doa anuwar jadi MB pulok.

    Jgn lupa kerahkan Unit Amal PAS turun padang dsai berceramah di kajang.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...