Sunday, 2 February 2014
KERAJAAN DAP/PR PULAU PINANG BERI INSENTIF RM 466,800.00 KEPADA PEMANDU-PEMANDU TEKSI DAN KERETA SEWA PULAU PINANG.
UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS PEMBERIAN INSENTIF KEPADA PEMANDU TEKSI DAN KERETA SEWA
DI PULAU PINANG
2 Februari 2014
DOME, KOMTAR
Yang Berhormat Dato' Hj Rashid Bin Hasnon
Timbalan Ketua Menteri I
Yang Berhormat Prof P.Ramasamy a/l Palanisamy
Timbalan Ketua Menteri II
Yang Berhormat Dato’ Farizan bin Darus
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir
Yang Berhormat Dato’ Mokhtar Bin Mohd Jait, Pegawai Kewangan Negeri
Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen Negeri Pulau Pinang
Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Yang Dipertua MPPP/MPSP
Ketua-ketua Jabatan
Persatuan Gabungan Teksi Kawasan Pulau Pinang
Pemandu-pemandu teksi yang diraikan
Rakan-rakan media
Hadirin dan Hadirat sekalian
Salam Sejahtera, Salam Bersih dan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua.
Pertama sekali, bagi pihak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang terutamanya Bahagian Kerajaan Tempatan dan YB Chow Kon Yeow kerana telah bertungkus lumus dan berjaya menguruskan pemberian insentif perkhidmatan RM300 ini kepada semua pemandu teksi di Pulau Pinang.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Gabungan Teksi Kawasan Pulau Pinang yang turut membantu Kerajaan Negeri memanggil pemandu teksi di Pulau Pinang untuk hadir pada hari ini sungguhpun cuti Tahun Baru Cina. Ini merupakan bayaran insentif pertama pada tahun ini manakala pemberian kedua akan diadakan pada hujung tahun 2014.
Saya difahamkan terdapat lebih daripada 2,000 buah teksi termasuklah teksi lapangan terbang dan kereta sewa di seluruh negeri Pulau Pinang. Dengan jumlah yang agak besar ini, Kerajaan Negeri berharap mutu perkhidmatan teksi akan terus meningkat untuk memenuhi keperluan dan permintaan rakyat Pulau Pinang dari semasa ke semasa.
Pada kali ini, Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi mendapatkan senarai nama pemandu teksi yang sah berdaftar di seluruh negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri telah memutuskan insentif hanya diberikan kepada pemandu pertama dan kedua sahaja untuk 1 buah teksi. Ini bagi membolehkan insentif ini benar-benar sampai kepada pemandu yang aktif memandu kerana sebelum ini ada dikalangan pemandu yang mempunyai kad pemandu tetapi tidak lagi memandu. Perkara ini amatlah penting kepada Kerajaan Negeri kerana adalah menjadi dasar Kerajaan Negeri untuk membantu golongan yang memerlukan dan yang benar-benar layak sahaja.
Pada hari yang bersejarah ini, semua pemandu teksi yang sah berdaftar akan menerima RM300 setiap seorang. Jumlah keseluruhan pemandu teksi yang layak pada kali ini ialah seramai 2298 orang pemandu. Seramai 1556 orang pemandu di bahagian Pulau dan seramai 742 orang pemandu menerima di bahagian Seberang Perai. Jumlah keseluruhan insentif pada kali ini ialah sebanyak RM689,400.00.
Sekiranya Pulau Pinang ingin mencapai tahap bandar antarabangsa, salah satu syarat penting iaitu sistem pengangkutan awam haruslah mampan dan efisyen.
Pemandu teksi merupakan duta kecil Kerajaan Negeri yang mencerminkan budaya dan cara hidup orang Pulau Pinang. Berilah perkhidmatan terbaik dan layanan yang mesra kepada mereka selaras dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 pada tahun ini dan berilah maklumat positif khususnya Pulau Pinang sebagai bandaraya yang bersih, hijau, sihat dan selamat. Kerajaan Negeri mahu melihat perkhidmatan terbaik diberikan kepada pelancong supaya mereka akan kembali lagi. Sesiapa yang didapati gagal memberikan perkhidmatan terbaik boleh dikeluarkan daripada senarai insentif ini.
Akhir sekali, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk sentiasa menjaga kebajikan dan keperluan rakyat termasuklah pemandu teksi di Pulau Pinang. Saya juga melahirkan harapan bahawa Kerajaan Persekutuan dapat memberikan lesen teksi kepada pemandu dan janganlah kepada mana-mana kumpulan atau syarikat yang akan mendapat untung atas titik peluh pemandu dengan menyewakannya.
Anggaplah ini sebagai angpow atas persembahan baik yang diberikan sepanjang menjalankan tugas.
Selamat Tahun Baru Cina dan Terima Kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
syabas omakkau.. kan bagus macamni.. tiada provokasi.. teruskan usaha..
ReplyDeletePemberian bantuan dari kerajaan PR kepada rakyat selalunya mengundang dosa kering kepada macai umno bn.Jangan pula macai fitnah duit judi dan babi.Bila diminta asingkan cukai halal dan haram tak nak , huhahuha......akhirnya semua nak perembat pulak.
ReplyDeletebegitu juga BR1M? apa yang tak dikata tentang BR1M.. tetapi semua sapu!!!
DeleteBR1M sapu tp xlk dakwa duit babi atu judi. Sebab semua tahu duit rakyat Malaysia sebenarnya.Cuma xde publisiti je apa yg PR bg. Cuma barang naik je masing2 xnk berkata-kata.
Deletecuma kata penerima BR1M macam haiwan ternakan.. abis yang LGE bagi bukan duit rakyat Pulau Pinang ke?
Deletetengok situasi la...kalu bagi sbb nak mintak undi, maka tak ubah macam bagi makan kat haiwan ternakan. apapun, kenapa br1m tak jadi buat RM1000. Kan rakyat lebih senang kalau bagi banyak sikit.
DeleteSyabas sampai terus ke tangan pemandu butiran dari SPAD bukan melalui JASA atau JPP paling penting bukan melalui United Mamak National Organisation....tak perlu pengesahan JKKKP....
ReplyDeletebiarlah perlu pengesahan JKKKP.. sebab orang PR bukan nak bantuan BN.. haram katanya.. macam binatang ternakan..
Deletememang haram kalau pemberian itu bertujuan untuk meminta undi sebagai balasan. tak kira penerimanya umno atau bukan umno. klu masa bagi duit tu ada ucapan mintak penerima pangkah bn, maknanya benda tu rasuah. Tak kan ko tak tau hukum rasuah dalam Islam? Ada pemimpin kata benda tu bukan rasuah, tapi ko kenalah fikir sendiri adakah betul dia bukan rasuah. Kalu rasuah jangan ambik. Kalu ko fikir bukan rasuah, ikut suka hati ko lah. Bukan banyak sangat pun RM600 tu kalu nak dibandingkan dengan dosanya...
DeleteBr1m tu heboh bukan apa, bila berjanji rm1200 tapi akhirnya rm650.Selama 50 tiada Br1m takda juga manifesto tak naik tu dan tak naik ini...tapi mencanak naik dua ribu serba dua, sesuai sangat dengan slogan BN = Barang Naik
ReplyDeletenajib janji nak bagi terus RM1200 ka? dia dah cakap BR1M akan naik sedikit demi sedikit maksimum RM1200.. takkanlah bahasa semudah tu pun kau tak faham.. lagipun bakal mantan MB Selangor cakap manifesto bukan satu janji.. jadi apa mau kecoh..
Deletebila masa pulak najib kata brim nak naik sikit demi sedikit. yang aku dengar harga kereta akan turun sikit demi sikit.... pasal brim tak ada pulak dia kata nak naik sikit demi sikit. ko mamai pil kuda ker 1241?
DeleteJanganlah berjanji jika sendiri tidak faham bahawa manifesto tu dijanjikan bila dapat kuasa.
ReplyDeletetetapi malangnya apabila dikatakan manifesto itu bukan suatu janji.. itulah khalid Ibrahim..
DeleteTp dalam manifesto bn xcakap pun bg bperingkat..ko baca kat utusan ke apa.kahkahkah
ReplyDeletekau tengok live ke tak masa najib bentang aku janji BN? najib bagitau secara jelas BR1M akan dinaikkan setahun ke setahun sehingga RM1200 maksimum.. ke kau baca harakah atau suara keadilan?
DeleteDahlah tak cakap berperingkat, semuanya konon mahu direalisasikan bila 'dapat kuasa'.Janganlah bercakap seolah-olah mendapat tongkat sakti bila dapat kuasa nanti.
ReplyDeletetongkat sakti ni kau cakap pada anwar.. janji pada rakyat seolah2 ada tongkat sakti yang besar..
Deleteanon 12:57 manusia ke binatang? jika manusia gunakan akal bukan nafsu
DeleteKalau BN saja yang perintah Malaysia tak akan ada sifat berlumba tunjuk simpati pada rakyat.
ReplyDeletePilihanraya kecil Kajang adalah pentas bagi calon mana-mana parti bertanding tunjuk idea yang bagus dan berguna untuk dilaksanakan khusus untuk rakyat Kajang dan negeri Selangor.
Bukan cakap tak serupa bikin. Janji tidak ditepati tapi dicapatikan saja.
apakah semasa PRU13 belum cukup lagi untuk PKR memberi idea yang bagus? apakah selama dua penggal PKR memerintah tidak ada idea yang berguna untuk rakyat? kalau begitu jalankan satu lagi PRK di Pulau Pinang atau Kelantan pulak..
DeleteSetuju dgn hang bro.....aku benci sangat sangat dgn umno.
Deletesendiri komen ka khak tuii.. kahkahkah..
DeleteKalau tak boros rakyat tak kesah kalau dapat berjimat...gst tu ader ker dalam manifesto?
ReplyDeleteletak kereta berkupon di Seberang Perai Selatan tu ada dalam manifesto ke? tentulah LGE ada alasannya..
DeleteAnoy 12.41 seorang rakyat 47% yg mudah lupa. Bukan PM Najib shj yg janji nak bagi BRIM RM1,200/- tapi TPM Mahyuddin juga janji sebelum PRI 13. Masih terngiang ngiang kat telinga rakyat 53& akan janji PM dan TPM itu. Masa itu PR janji akan bagi BRIM RM1,000/- kalau tawan Putra Jaya. Bila PR janji nak bagi RM1,000/- tiba2 PM dan PM kata kalau PR bagi BRIM RM1,000/- kits BN akan bagi BRIM RM1,200/- kalau kita perentah. Bila dah menang PRU ubah cakap pula kita akan bagi BRIM RM1,200/- tapi secara berperingkat peringkat. Kalau tak tipu bukan UMNO/BN namanya. Begitu juga bantuan buku sekolah siap cakap dalam bajet nak bagi RM150/- tiba2 bagi RM100/-. Itu pun rakyat 47% masih sokong BN siap cium tangan. Bagi aku lah kalau org tipu aku sekali atau dus kali biasa tapi kalau dah berkali kali ditipu itu namanya bodoh bin bangang.
ReplyDeletekalau ada link letaklah sini.. biar kita sama2 menilainya..
Deletekalau tak mampu turunkan tol,minyak dan barang, cuba kekalkan ini tidak naik dan naik.yang tak ada pun tetiba mahu laksanakan gst.Sebok dengan naik turun sayur free, Kangkung ada ditepi rumah, takan tu pun nak beli lagi, kalau elok gantung selipar pun rakyat undi.begitulah manifesto umno bn, you beli dan you akan bebankan rakyat
ReplyDeletesekarangni galaklah guna isu harga barang.. kan aku dah cakap dalam terbeban pun hang mampu bertenet.. amacam bro?hang curi wifi orang ka?
DeleteMana dapat duit banyak bagi kat dreba teksi??? Ni mesti duit jual kangkung ke atau pun tidak duit commission buat stadium yang tak tegak atau duit bawah meja jualan rakit besi ke atau pun duit tokey-tokey yang selalu kena pau!!!!
ReplyDeleteleh tanya sama LGE..
ReplyDeletepemimpin islam yg bukan islam yg terbaik...... YB LIM GUAN ENG......Khalifah LGE bagi kita ambil..... bukan duit abah dia...... dah nama ketua negeri, kenala lakukan tanggungjawab.....
ReplyDeleteFlahmob kangkung 10kg hari tu derang makankah selepas selesai sumbat direpelika tuh....setahu aku kek tahi tu si pengirim makan sendiri.....
ReplyDeleteAlhamdullillah.....l
ReplyDeleteMelayu Melayu jugak umat umat EEEEEEEE banyak dapat bantuan juga.....
Tak payah lah berdemo , ber jemur tengah panas macam anjing giler nak dapat duit RM50 dari DUMNO.