Monday 26 May 2014

AKHIRNYA TAN SRI SABARUDDIN CHIK SAHKAN JAWATANNYA SEBAGAI PENGERUSI BANK RAKYAT TIDAK DISAMBUNG GARA-GARA CAMPUR TANGAN HASAN MALEK KERANA ENGGAN TUNDUK ARAHANYA LULUSKAN PINJAMAN RM40 JUTA SELAMA 30 TAHUN TANPA FAEDAH KEPADA DEEPAK JAIKISHAN!!!!




Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Seri Hassan Malek dikatakan memecat Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik kerana enggan meluluskan pinjaman RM40 juta tanpa faedah selama 30 tahun kepada ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.


Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta yang dibuat oleh seorang individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Sabaruddin memberitahu individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.

"Individu yang berhutang tersebut tidak sepatutnya berbincang dengan menteri, hutang beliau dengan Bank Rakyat jadi kenapa perlu jumpa menteri?".

Sabaruddin mendedahkan individu tersebut bertemu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek yang bertindak masuk campur tangan.

"Malah apabila menteri dapat tahu, dia berkata 'saya boleh pecat kamu semua'," kata Sabbaruddin merujuk kepada Hasan.

Sabbaruddin memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada mulanya untuk menolak penyelesaian mudah yang diberikan bagi menyelesaikan baki pinjaman individu tersebut dengan tempoh bayaran selama 10 tahun melalui 120 keping cek "post dated".

"10 tahun bayar hutang tanpa faedah, maknanya bank rugi tanpa faedah," kata Sabaruddin menjelaskan mengenai penyelesaian mudah tersebut.

Menurut Sabbaruddin, selepas keputusan tersebut, Hasan tidak berpuas hati dan enggan menandatangani surat untuk menyambung khidmat beliau sebagai pengerusi Bank Rakyat.

Sebenarnya penggal saya berakhir pada 8 April dan Bank Negara sudah bersetuju, tetapi menteri tidak mahu menandatangan," katanya.

Malah, Sabbaruddin juga mendedahkan Hasan mengadakan pertemuan dengan individu tersebut di luar pengetahuan Bank Rakyat pada Januari lalu.

"Selepas itu baru kita tahu sudah ada mesyuarat pada Januari lalu, cek sudah tersedia untuk bulan Januari, Februari dan Mac cuma tunggu didepositkan sahaja," kata Sabbaruddin.

Difahamkan individu yang berhutang tersebut merupakan pemilik kepada sebuah syarikat karpet di ibu kota yang pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini.

Sabbaruddin juga menunjukkan surat yang ditandatangani oleh Hasan kepada yang secara jelas mendedahkan perbincangan pada Januari dan mengarahkan Bank Rakyat supaya mengikut telunjuknya.

Kemelut tersebut menjadi serius apabila Pengarah Urusan Mustafa Razak diarahkan membawa perkara tersebut ke Lembaga Pengarah Bank Rakyat untuk bersetuju dengan pembayaran hutang itu pada Mac lalu.

Bahkan, Sabbaruddin berkata Bank Rakyat sehingga kini tidak lagi mempunyai pengerusi selepas khidmatnya tidak disambung.

"Sampai hari ini, pengerusi baru Bank Rakyat belum ada pengganti," kata beliau.

Individu berhutang itu pernah mencetuskan kontroversi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.

Beliau juga pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama.

Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat individu tersebut, Astacanggih Sdn Bhd dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah.

27 comments:

  1. Ini sumer poyo...haktuihhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERKINI: AKHIRNYA TERDEDAH
      Azmin pilihan kepada parti, kata Wan Azizah pada 26-05-2014 09.02

      SHAH ALAM: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyokong Mohamed Azmin Ali untuk menerajui parti itu sekiranya berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu kali ini.

      Wan Azizah berkata sebagai peneraju parti sudah tentu beliau amat perlu bekerjasama dengan Azmin sekiranya Ketua Umum PKR yang juga suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipenjarakan sekali lagi kelak.

      Katanya, keputusan parti juga pastinya akan dimuktamadkan bersama-sama dengan Azmin selain bekerja sebagai satu pasukan.

      Dalam masa yang sama, Ketua Umum dan DSWA juga tidak boleh menerima Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menduduki kerusi nombor dua parti itu.

      Atas sebab itulah Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang juga Setiausaha Agung parti diletakkan sebagai calon pilihan kedua sekiranya Azmin kalah.

      Namun kini, Azmin terus berada di depan dengan mendapat undi terbanyak, meninggalkan Khalid di tempat kedua dan Saifudin ketiga di kalangan tiga calon yang bertanding jawatan timbalan presiden.

      Keputusan sehingga 11 Mei dikeluarkan PKR menyaksikan penyandang, Azmin mendapat 12,250 undi manakala Khalid memperolehi 8,123 undi dan Saifuddin pula 6,997 menjadikan Azmin hanya mendapat sokongan tidak sampai 45% untuk jawatan itu.

      Bagaimanapun, keputusan tersebut masih tidak rasmi memandangkan keputusan 27 cabang yang dibatalkan sebelum ini. -MEDIA

      Delete
    2. Ahli PKR kena tipu oleh pemimpin tengok la kerajaan Selangor ramai semua ketua business GLC negeri bagi pada kroni yg dulu kerja sama dia. Pemimpin dapat sapu duit ahli dapat sapu ubat sebab gaduh sesama sendiri. Ini pemimpin sama jugak takda improve untuk lawan UMNO.

      Delete
    3. Jawab Hassan jangan tak jawab.......seeloknya hang bagi cerita yang sama yang berlaku kat negeri bawah Pakatan....baru lah kao....

      Delete
  2. Ada video mengenai peranan UG dalam isu ini.

    Sila refer di video youtube ini. Link dia ada kat bawah. Copy paste lepas tu layannn 3 mint sajaerrr. Insaf, Panas berapi, sedih, benci semua bercampur campur. Komen pun susah. Layan aaaaaaaaaaaaaaaaaa

    http://www.youtube.com/watch?v=2WVpJYHtJTQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tengok video tu saya jadi amat emosional. Trimakasih kerana mebuka minda kita. Baru kita tau jahatnya UG kepada peniaga kecil

      http://www.youtube.com/watch?v=2WVpJYHtJTQ

      Delete
    2. Asalkan Bukan UG (ABUG)

      Deiiiiii AnnneRahman TB, UG innapuladeiiiiiii (UG is good for you). Yeimakkkk

      Machaaaa Politik Warung
      TiBi (Tinta Biru)
      Malacca Waves
      Umbai Mareiiii

      Delete
    3. http://www.youtube.com/watch?v=2WVpJYHtJTQ

      Adalah kisah pilu marhaen melayu

      Delete
    4. UG ka U Turn???????

      Delete
    5. Deraman Malaysia Waves.. sipelaku onar memecat orang jujur sebagai penerusi. adakah ini kerja UG jua?

      Delete
  3. TOLONG YA JGN SALAHKAN CINA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rosmah perlu letak jawatan dlm BAM !

      Rosmah perlu letak jawatan dlm BAM !

      Rosmah perlu letak jawatan dlm BAM !

      Delete
  4. Dividen Bank Rakyat adalah antara yg tertinggi dan memberi bonus berbulan bulan kpd kakitangan yg rata rata adalah org melayu. Mengapa melayu UMNO sanggup menganaiya pemimpin melayu utk menyelamat kan Deepak Jaikishan ? Di Teluk Intan UMNO berjuang utk Cina Gerakan Di dalam urusan pinjaman bank UMNO berjuang utk dapatkan pinjaman utk mamak india.

    ReplyDelete
  5. Bila taukeh karpet ni dpt pinjaman tanpa faedah
    Bank tak ada untung Bank rugi
    Bila bank rugi Bank bayar cukai rendah
    Bila cukai rendah Kjaan susah
    Bila Kjaan susah Minyak naik Tol naik


    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tengok video kat youtube ni
      http://www.youtube.com/watch?v=2WVpJYHtJTQ

      Panas ooooooo panasssssssssssssssssssssssss

      Delete
    2. Keputusan Praya Bukit Gelugur
      BN UMNO = 0 undi
      PR DAP = 37,000 undi

      Delete
  6. Menteri tak ada otak akan pilih macai sbg penganti mcm yg mahathir kata another stupid who is stupider than him. Ini lah perangai Menteri yg kata ayam mahal makan lah daging Bila Menteri cakap macam tu apa yg kita nak harapkan dlm membuat keputusan yg besar dan yg perlukan kebijaksanaan.

    Kalau negara lain campurtangan spt ini akan di siasat . Anwar telah di penjara kerana campurtangan meminta phak polis berjumpa dng Azizan dan Ummi Hafida

    Kalau mcm ni Menteri senang senang guna kuasa lebih baik tak payah ada jawatan Pengurusi dan Pengarah Urusan Selamat duit beribu ribu utk bayar gaji dan elaun.

    Jangan jangan nak bagi pd Bekas MB ?

    ReplyDelete
  7. Omakkau jom kita launch, aku belanja. amacam

    ReplyDelete
  8. Ini sumer poyo...haktuihhhhh

    ReplyDelete
  9. Sebab itu allah nengharamkan riba tetapi dalam konteks malaysia srmuanya halal dan boleh termasuk salah guna kuasa demi kuasa

    ReplyDelete
  10. Kenapa ahli politik dibolehkan mempunyai perniagaan?
    Bukan ke ada conflict of interest di situ?
    Memang mereka akan mengkayakan diri sendiri la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UUUUUIIIIII itu UG tu. UG termasuklah politican yang ada business. Contohnya calon presiden Indonesia -Rhoma Irama adalah seorang penyanyi dangdut. Sebagai penyanyi dangdut musti dia ada business nyanyian.

      Ini adalah sikap2 UG

      Delete
  11. Ini sumer poyo...haktuihhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Poyo kpala mak bpak ko la ktrunan nabi adam sekor ni.ko xpyah la pkai nm nabi.kje mludah shj ko tahu.kalo ko ludah lg mksudny ko mmg suka ludah muka mak bpak ko yg buruk tu.

      Delete
  12. Ini shit berry chicks mmg mnteri air liur kluar bodo.dh la bngang,slh guna kuasa pulak tu.inilah pemimpin2 yg umno cr,asalkn bodo tp confident mcm pandai.bodo dunia & akhirat ada mentaliti umno.united malay no otak (umno)

    ReplyDelete
  13. Inilah karenah pemimpin sedang mengagihkan harta negara kepada kaumnya....

    ReplyDelete
  14. Ini sumer poyo....haktuihhhhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...