Tuesday 20 May 2014

MANA SURAT DAP KEPADA PAS NOTIS TINDAKAN UNDANG-UNDANG JIKA LAKSANA HUDUD?


Batal Hudud: Pemuda Gerakan Beri Amaran

KUALA LUMPUR – “Kami sentiasa bersedia membawa kes ke mahkamah jika PAS mahu meneruskan rancangannya melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan selepas ini”.

Itu amaran Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dalam mengulas keputusan PAS membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen Jun ini.

Beliau mendakwa, notis perundangan daripada Pemuda Gerakan kepada PAS pada 24 April lalu masih kekal untuk memastikan usaha melaksanakan hudud tidak jadi kenyataan.

“Untuk rekod, notis perundangan yang kami hantar kepada PAS masih kekal. Walaupun Pemuda Gerakan mengalu-alukan keputusan PAS itu, kami sentiasa bersedia sekiranya PAS merubah keputusan mereka pada masa depan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Kata Keng Liang, pihaknya tidak mahu mengambil sebarang risiko dalam soal itu kerana prisip Perlembagaan mesti dipertahankan.

Media hari ini melaporkan PAS membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen bulan Jun 2014.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dipetik berkata, pembatalan itu kerana PAS bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan.


PARTI YANG JELAS AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEPADA PAS JIKA LAKSANA HUDU DIJULANG DAN DISOKONG BERMATI-MATIAN OLEH UMNO DI PRK PARLIMEN TELUK INTAN.

CALON MELAYU DAP DIHINA CACI CERCA SEBAGAI PENGKHIANAT DAN TIDAK MENGENANG BUDI.

20 comments:

  1. Ini sumer poyo...haktuihhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Teluk Intan perlu bersifat positif dan menyokong calon yang positif. Masalahnya tiada calon yang positif. Calon Gerakan tak positif sebab parti tu memang tak positif.

      Caln DAP pun kurang positif sebab terlalu junior.

      Mohamed Nabi Bux yang jadi calon bebas dalam PRK Bukit Gelugor dijadikan calon yang sesuai dan winnable di Telok Intan.

      Tulang Besi Malaysia Waves..... tolong pastikan blog ini tiada UG ha ha ha (UG tu lebih kurang bigfoot, itu sebab dua -dua tak wujud)

      Yang Benerrrrrrrr
      TiBi (Tinta Biru)
      Malacca Waves

      Delete
    2. Jgn jadi Melayu kalau tak tahu Kontrak Sosial dan Perkara 153

      Apa itu Kontrak Sosial dan Perlembangaan 153 :-

      1.Ketuanan Melayu ialah kontrak sosial hasil persetujuan orang cina dan Melayu dimana orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) adalah Malaysia. Orang Cina yang dibawa masuk oleh British adalah pendatang dan orang cina (nenek moyang mereka) bersetuju bahawa mereka sebagai orang cina akan patuh dan kekal disifatkan sebagai terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) walau orang Melayu tidak mahu menerima orang cina.

      2.Tetapi orang Melayu terpaksa bersetuju sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Orang Melayu yang terdesak untuk merdeka tidak boleh menunggu lagi dan pada waktu itu negara China telah menutup pintu dari menerima orang cina di Malaysia dan British yang tahu akan hal ini telah awal awal mengumumkan tidak mahu orang cina ini dibawa masuk ke British. Jadi orang Melayu telah tersepit dan terpaksa menerima orang cina.

      3.Oleh itu, sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu untuk menerima orang cina, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) adalah Malaysia. Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini dipanggil kontrak sosial.

      4.Walaupun konsep ketuanan Melayu ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, tetapi pemimpin Melayu yang tidak mahu mengunkitkan hal bahawa cina adalah pengkhianat dalam tragedi 13 Mei 1969 dan mengambil sikap berdiam diri untuk menjaga hati cina supaya orang Melayu tidak melabelkan kaum cina sebagai pengkhianat dan untuk membuang perasaan orang cina itu sendiri bahawa mereka adalah pengkhianat terhadap perjanjian perlembagaan.

      5.Ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai sebelum tahun 2003 kerana orang cina pada masa itu semua akur dan tunduk dibawah pemerintahan Tun Mahathir yang menjaga orang Melayu. Tentangan paling kuat terhadap konsep ini adalah dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan. Tetapi sebelum kemerdekaan yang pelik nya, orang cina bersetuju terhadap konsep Ketuanan Melayu kerana pada masa itu mereka mahukan hak kerakyatan. Selepas menerima kerakyatan yang diberi oleh orang Melayu, mereka secara perlahan lahan menentang sehingga lah menjadi rusuhan kepada 13 Mei 1969.

      6.Konsep keulungan dan ketuanan Melayu ini mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura iaitu selaku abang kandung kepada DAP sekarang.

      7.Tragedi 13 Mei 1969 menyaksikan kebangkitan ultra Melayu yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, supaya menekan Melayu adalah "orang asal" di Malaysia. Rusuhan kaum mengakibatkan perubahan besar dalam pendekatan kerajaan kepada isu perkauman, dan menyebabkan pengenalan Dasar Ekonomi Baru(DEB) iaitu dasar tindakan afirmatif yang secara agresif untuk menjaga hak hak orang Melayu. Bermula penubuhan Dasar Ekonomi Baru(DEB) orang cina sudah mula berpakat untuk menguasai dan menindas orang Melayu didalam sektor swasta bagi menunjukkan penentangan mereka kepada Dasar Ekonomi Baru(DEB).

      8.Selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan iaitu dalam tahun 2003, ahli-ahli politik cina mula bersuara dan menekankan untuk menghapuskan ketuanan Melayu, dan membidas secara keras terhadap apa sahaja dasar kerajaan sehinggalah kepada kontrak sosial.

      Delete
    3. Dimana ketuanan dan hak istimewa orang melayunya? Jika dahulu raja/sultan ada imuniti ada tanah rezab melayu ada biasiswa untuk orang melayu habis semuanya dijahanamkan oleh umno DEB hanya platform membina kekayaan segelintir elit melayu umno apabila gagal membela melayu maka kaum cina dikambing hitamkan mengapa tidak mencontohi indonesia dan thailand dalam merangka kemerdekaan tidak semua keistimewaan boleh diberi kepada kaum pendatang...british amat menyedari hal ini sebab itu umno disokong british berbanding parti2 melayu lain yang menentang rancangannya

      Bukankah ada prof kata malaysia tak pernah dijajah???

      Delete
  2. Apa la omak kau neh gerakan tu parti melayu islam tulen.dok sibuk2 pulak,sepak masuk longkang baru ada akai.nak fitnah gerakan pun agak2 ler.

    -United Macai No Otak-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita Seram Telok Intan

      Tepat jam dua belas malam, datuk pun meletakkan bantal dua bertindih dibucu katil. Cadar katil yangberwarna kuning di bentangkan atas lantai. Cukup teliti datuk menyusun kedudukan barang‐barang di atas katil. Sekali padang bagaikan singgahsana raja‐raja zaman silam, seperti yang selalu kita tonton dalam filem purbawara keluaran tempatan dalam tahun enam puluhan. Datuk mengenakan baju dan seluar hitam, berkain samping merah, memakai tanjak dan sebilah keris tersisip di pinggang. Datuk juga
      menyuruh saya berpakaian kemas. Saya di suruh oleh datuk duduk di kaki katil. Saya diberi perintah supaya jangan panggungkan kepala walau apa pun yang berlaku dalam bilik. Suasana bertambah sepi. Bulu roma saya secara mendadak meremang. Saya terasa cukup seram. Bunyi
      kaki orang melangkah jelas kedengaran dan dituruti dengan bunyi tapak kaki kuda di luar bilik. Datuk pun memadamkan lampu dan menyalakan sebatang Iilin. Saya cukup resah. Suasana yang sepi bertukar
      menjadi agak bising dengan bunyi angin dan daun tingkap terbuka sendiri. Suara burung jampuk kedengaran sayup‐sayup bersama lolongan anjing yang memanjang. Ada kalanya lolongan anjing itu berbunyi macam orang menangis dan ketawa. Tetapi, bunyi lolongan memanjang dan sayu lebih kerap
      didengar. Datuk berdiri dekat pintu. Daun pintu terbuka dengan sendiri dan serentak dengan itu api Iilin pun padam. Saya resah di dalam
      kegelapan. Kali ini saya dapat mendengar dengan pasti bunyi orang duduk atas katil. Kerana gelap saya tidak dapat melihat bentuk manusia itu. Saya terdengar bunyi suara orang batuk dari atas katil, serentak
      dengan itu suasana gelap bertukar menjadi samar‐samar atau dalam istilah daerah tempat saya keadaan begitu di panggil celah‐celah tanah.

      Delete
  3. Ini sumer poyo...haktuihhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  4. Kita patut saman gerakan sebab ganggu kita mengamalkan islam. Kita tak pernah ganggu amalan agama.

    ReplyDelete
  5. Ini sumer poyo...haktuihhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh & akal letak dipingging-11.,25

      Delete
  6. Ini sumer poyo...haktuihhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  7. Dah lah tak mampu nak buat hudud Berkawan pulak org yg terang terang bantah hudud hish hish

    Sebelum UMNO mulakan penubuhan Jwatankuasa Teknikal yg sy sendiri sambut dng positif lebih baik UMNO bertegas supaya Gerakan tarik balik notis tersbt
    Bukti kan kesungguhan UMNO dlm melaksanakan hukum Allah

    UMNO mesti selesaikan hal ini sebelum hr mengundi kalau tidak jgn kita letak kan keyakinan yg tinggi kpd UMNO utk menubuh jawatankuasa teknikal

    Ini semua sbb dlm Gerakan tak ada melayu yg boleh memberi kan penjelasan ttg hudud spt mana Dyana tlh memberi penjelasan kpd Sifu nya LKS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gerakan- tolak hudud.
      Mca- tolak hudud.
      Dap- tolak hudud.
      Umno- tak tolak tapi akan kaji.
      pas- akan tunggu keputusa. Jawatan kuasa teknikal.
      Semua ni alasan je. Takut tak dapat kuasa.
      Politik lagi penting dari ugama.

      Delete
    2. UMNO tolak hudud Tganu tak perlu tunggu Jawatankuasa dah tolak hudud

      PAS tetap mengekalkan dewan ulamak nya dan imej Islam nya Kalau PAS dah buang kedua dua ini baru lah kita kata politik lagi penting dr ugama

      Kalau UMNO tukar imej parti kpd kepimpinan Ulamak dan lebih byk bertakbir dr melaung laung kan hidup melayu baru lah Ugama lagi penting dr Politik

      Delete
  8. Ini sumer poyo... haktuihhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  9. Macai upahan dah lupa ke melayu umno awal2 lg dah hantar surat ugut kerajaan negeri kelantan pasal hudud.puak anti hadis byk sgt mkn semut kot.

    kikiki

    ReplyDelete
  10. Ini sumer poyo.....haktuihhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  11. Bila baca pasal kontrak sosial terpanggil juga memberi komen, kontrak sosial itu ditandatangani sebelum British menyerahkan negara ini untuk dipimpini oleh Perikatan. Umno menjadi tunjang utama kepada Perikatan ketika itu tetapi kita juga kena ingat semasa British tinggalkan negara ini namanya "Tanah Melayu" bukannya "Malaysia". Siapakah yang menjadikan terjualnya Tanah Melayu? Adakah kontrak sosial itu terpakai dengan nama "Tanah Melayu"? Bila dilihat dari sudut ilmuan juga, kehilangan tanah milik melayu juga ada kaitan dengan pemimpin yang menjaja kontrak sosial ini sebagai perisai. Cuba lihat berapa banyak tanah rezab melayu yang tinggal selepas dibaham oleh pemimpin ini dan akhirnya menjualkannya atas nama kontrak sosial. Apakah kontrak sosial ini hanya sebagai perisai terakhir untuk mengugut bangsa lain? Sepanjang pemerintahan sedia ada ekuiti melayu atau bumiputera seakan tidak bergerak tetapi hak milik aset semakin berkurangan di mana silapnya? Dahulu bangsa lain menyewa tapak dan tanah tetapi sekarang di mana orang melayu? Tanah rezab melayu menjadi lubuk emas kepada pemimpin, mereka mengambilnya atas nama pembangunan dan akhir pemilikan hanya mampu oleh bangsa lain. Tanah rezab melayu yang diambil langsung tidak diganti. Fikirkanlah pandangan ini, semoga kita sempat membetulkan kesilapan lalu.

    ReplyDelete
  12. ulamak pondonk umno mana ek senyap jek..ni dah terang tolak hudud tak mau declare ke undi gerakan haram, lol

    ReplyDelete
  13. Ini sumer poyo.....haktuihhhhhhhhhhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...