Tuesday 4 December 2012

KELUARGA MANTAN PM PAK LAH, TERLIBAT DALAM PEMBEKALAN METER ELEKTRONIK YANG CEKIK DARAH RAKYAT KEPADA TNB!!!!



PKR dakwa keluarga Pak Lah terlibat dalam pembekalan meter elektronik TNB

KUALA LUMPUR, 3 Dis — PKR hari ini mendakwa keluarga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengerusi Biro Pelaburan PKR, Wong Chen berkata, syarikat Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Noor Asiah Mahmood, adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarhmah Tun Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB.


Beliau turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun.


“Kajian kami menunjukkan TNB mempunyai 8.03 juta pengguna sekarang ini dan harga purata setiap meter berharga RM250.


“Justeru itu, program ini berpotensi mencapai sehingga RM2 bilion.

“Untuk tahun kewangan 2012, hasil TNB daripada semua pengguna adalah RM34.4 bilion.


“Jika meter elektronik ini memberi peningkatan konservatif dua peratus, beban tambahan pengguna adalah sebanyak RM688 juta setahun.


“Memandangkan jangka hayat meter ini adalah 10 tahun, pengguna akhirnya akan membayar sehingga RM688 bilion kepada TNB bagi tempoh itu,” kata Wong Chen kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.


Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut hadir ketika sidang media itu berkata, isu itu bukan lagi isu kecil kerana pengguna dibebani peningkatan sehingga 50 peratus kos bil elektrik mereka.


“Justeru, PKR menggesa ketelusan dan kebertanggungjawaban TNB dalam perkara ini untuk mendedahkan siapa pembekal meter elektronik ini, harga yang dibayar untuk meter ini, adakah harganya berdaya saing mengikut standard tempatan dan antarabangsa, dan adakah tender dibuat secara terbuka atau runding terus?” tanya Nik Nazmi.


“Kami juga menuntut diwujudkan badan bebas yang dibiayai TNB bagi menyiasat aduan pengguna yang diberi kuasa menguji meter baru sebagai penimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan pengguna,” kata Adun Seri Setia itu lagi.


RAKYAT KENA DULU KRONI DIUTAMAKAN....PAKL LAHI TIDUR TAPI KRONINYA TETAP BERJAGA UNTUK CEKIK DARAH RAKYAT.

2 comments:

  1. 7tahun jadi PM, habis keturunan dia jadi kaya raya. Dolah bawak lari duit Petronas RM250 billion apa dah jadi. 7tahun cuma tidor dan tukar bini amoi. 7tahun ekonomi stagnant. 7tahun Pekida bermaharajalela pon Dolah punya hal, . 7tahun menantu mendabik dada, kumpul duit macam kutip daun getah kering.

    ReplyDelete
  2. Padan muka Melayu ada ugama ikut suam suam kuku, ada ulamak hina dan perlekeh, silap silap Allah jadikan macam palestine baru tau. Padan muka.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...