Tuesday, 4 December 2012

RAMLI YUSUF PERTAHANKAN KPN TAN SRI ISMAIL OMAR DARI SERANGAN BEKAS KPN MUSA HASSAN!!!!



Ramli Yusuff: Musa juga pernah salah guna kuasa semasa jadi KPN

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Tan Sri Musa Hassan pernah menyalahgunakan kuasanya semasa memegang jawatan  Ketua Polis Negara (KPN) dan bersubahat dengan Peguam Negara (AG) menggugurkan satu kes jenayah melibatkan dirinya pada 2006, kata bekas rakan setugas dan pesaingnya Datuk Ramli Yusuff.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memberi respon kepada dakwaan bekas KPN dalam sidang media minggu lalu, di mana Musa menuduh Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara menteri dan ahli politik yang campur tangan dengan  urusan polis.


“JSJK pernah menangkap seorang penjenayah bernama Goh Cheng Poh@Tengku Goh pada Disember 2006.


“Tengku Goh membuat afidavitnya dan membabitkan nama Musa Hassan.


“Kemudiaan, saya serahkan kepada pejabat AG, namun tidak difailkan di mahkamah mengakibatkan permohonan habeas corpus oleh Tengku Goh dibenarkan dan dibebaskan,” kata Ramli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.


Polis veteran bersara itu menjadi pengkritik lantang Musa dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang beliau menyalahkan kedua-duanya kerana meletakkan dirinya di kandang tertuduh atas tuduhan rasuah pada tahun 2007, dimana beberapa media arus perdana mensensasikan sebagai kes “polis RM27 juta”.


“Sebaliknya, AG mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendapatkan fail sulit berkenaan kes ini dan memburu pemberi maklumat untuk mengubah keterangan asal mereka,” kata Ramli, yang pernah menjadi orang nombor tiga dalam pasukan polis.


Apabila ditanya apakah bukti untuk menyokong tuduhan itu, Ramli berkata “Kalau apa yang saya katakan tidak betul, saya bersedia dikenakan tindakan undang-undang oleh Musa atau Gani. Berani kerana benar.”


Ramli turut mempertahankan pengganti Musa, Tan Sri Ismail Omar dan berharap Ismail diberikan peluang membuktikan keupayaannya.


“Persepsi buruk bermula daripada zaman Musa Hassan.


“Tan Sri Ismail Omar sedang berusaha memperbaiki imej tersebut,” kata Ramli merujuk kepada persepsi buruk dikalangan orang ramai terhadap pasukan polis.


“Pada saya, tidak adil lah jika Musa berterusan menyerang IGP sekarang.”


Ramli mendakwa kritikan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Musa dan kerajaan bukanlah perkara baru menurut Ramli kerana bekas KPN itu sebelum ini pernah melakukan perkara sama.


“Dia mula menjadi vokal dan mengkritik kerajaan semasa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin mengumumkan dia tidak dilanjutkan perkhidmatannya,” kata Ramli yang mengganggap ia sebagai punca ketakpuashatian Musa.


Musa bertugas sebagai KPN selama lebih tiga tahun sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti.


Dalam kenyataannya minggu lalu, Musa mendakwa keenggannya mengikut arahan Hishammuddin adalah antara salah satu punca beliau tidak dilanjutkan kontrak sebagai KPN.


Pasukan polis dan beberapa agensi penguatkuasaan berada dibawah portfolio menteri dalam negeri.


“Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku.


“Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri.


“Saya beritahu dia secara baik, tapi dia tidak suka.


“Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung,” dakwa Musa dalam sidang akhbar dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan “mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM”.


NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah “sebenar” daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah “dimanipulasi” sebelum dikeluarkan kepada orang awam.


MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.


Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.


Musa juga memetik Seksyen 4 (1) Akta Polis, yang menyatakan arahan polis hanya perlu datang dari KPN, yang akan bertanggungjawab terhadap arahan tersebut.


Beliau berkata bahawa arahan dan kawalan ke atas pasukan polis perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya pada KPN, sambil menambah bahawa tiada individu lain harus diberikan hak sama demi untuk semak dan imbang dalam sistem.


Beliau turut mengkritik penggantinya, Ismail sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.

ADA KEBENARAN APA YANG DIPERKATAKAN OLEH DATUK RAMLI YUSUFF INI..MUSA HASSAN MULA VOKAL SEBAIK SAJA KHIDMATNYA SEBAGAI KPN TIDAK LAGI SAMBUNG, KALAU DISAMBUNG ADMIN CUKUP YAKIN SEMUANYA INI BELIAU AKAN SENYAPKAN SAJA.

HAKIM MAHKAMAH SESYEN KOTA KINABALU PERNAH MENYATAKAN BAHAWA MUSA HASSAN SEORANG SAKSI PENIPU DALAM PERBICARAAN KES RAMLI YUSOFF DULU.

MUSA HASSAN INI PERNAH DUDUK DIBAWAH RAMLI YUSUFF SELAMA LEBIH 7 TAHUN, MUSA HASSAN HANYA DINAIKKAN PANGKAT BEGITU DERAS PADA HEMAT ADMIN KEANA PERANANNYA SEBAGAI PEGAWAI PENYIASAT KES LIWAT 1 DULU.

SEMUA PEMBANTUNYA DALAM KES LIWAT 1 DINAIKKAN PANGKAT SECARA MENDADAK APABILA BELIAU MENJADI KPN.

SERANGAN BELIAU SEMAKIN MENJADI-JADI APABILA ADMIN LIHAT KPN TS ISMAIL OMAR BERIKAN PENGHORMATAN BERUNDUR KEPADA RAMLI YUSUFF...MEMBAWA MAKNA RAMLI YUSUFF DIIKTIRAF SEBAGAI PESARA PEGAWAI POLIS BERPANGKAT PESURUHJAYA POLIS.

RAMLI SERANG MUSA...MUSA HENTAM HISHAMUDDIN...HISHAMUDDIN DIAM!!!

5 comments:

  1. Dalam organisasi level profil tinggi ibarat duduk atas duri walau nampak selesa.Yang jiwa kental mampu menerjah merubah iklim dan horizon.

    ReplyDelete
  2. Hishamuddin terus berjaga2....
    Tapi Musa Hassan begitu bergaya membawa bola ...
    Musa Hasan dapat menggerlecek dan cuba menjaringkan gol.
    Hishamuddin cuba menerkam utk menyelamatkan, tapi, bola terlepas dan satu gol utk musa hassan.

    ReplyDelete
  3. Oops sorry, never trust musa hassan! Pru dah dekat, mcm2 muslihat akan kt lihat...

    ReplyDelete
  4. bila musa jadi kpn, tindakan pertamanya menukar terus 4 ocpd kuala lumpur yang terbukti berkaliber mencegah jenayah, tanpa kenaikan pangkat. seperti kena hukuman, kenapa................................?????????

    ReplyDelete
  5. siapa tahu alamat pejabat Datuk Ramli Yusuff ? boleh emelkan butirannya pd saya. terima kasih

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...