Monday, 3 December 2012
NAJIB LEBIH HEBAT DARI TUN MAHATHIR....MAMPU BUAT MAK CIK-MAK CIK MENANGIS HANYA DENGAN KATA-KATA SAJA...TUN MAHATHIR MENANGIS MERAUNG AHLI-AHLI UMNO BUAT TAK KISAH!!!!!
TERNYATA NAJIB RAZAK JAUH LEBIH HEBAT DAN BERKARISMA DARI TUN DR MAHATHIR MOHAMAD?????
Walaupun pada persepsi rakyat berpaksikan kepada realiti Najib Razak adalah pemimpin yang lembik, penakut dan masih dibawah bayangan Tun Mahathir Mohamad, namun satu perkara yang harus kena terima kenyataan dari segi membuat para perwakilan UMNO menangis, Najib Razak jauh lebih hebat.
Najib Razak tidak perlu menangis untuk ajak para perwakilan UMNO terutamanya dari kalangan Mak Cik- Mak Cik UMNO mengeluarkan air mata buaya mereka.
Tun Dr Mahathir Mohamad pada 22hb Jun 2002 didewan yang sama, semasa ucapan penggulungan telah mengejutkan satu dunia dengan menangis meraung mengistiharkan akan letak jawatan sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional serta sekali gus sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Lakunan Mahathir ini hanya untuk tempoh lama 1 jam saja sebab selepas itu dia buat U-Turn dengan menarik balik keputusan yang dibuat itu sambil boleh tersenyum lagi.
Itulah hebatnya Presiden UMNO kini yang bernama Najib Razak..Sebut saja yang UMNO akan lenyap dan tidak mampu bangkit semula jika kalah PRU 13, terus beberapa Mak Cik UMNO menangis teresak-esak.
Kepada Mak-Cik Mak-Cik UMNO, ini nasihat admin.. UMNO kalah rebah yang susah ialah para pemimpin UMNO peringkat tertinggi termasuklah para kroni, anak bini, sepupu sepapat dan adik beradiknya saja. Kalian tetap seperti biasa tetapi kualiti hidup lebih baik, negara lebih makmur, negara lebih kaya tanpa rasuah, rakyat hidup lebih senang apabila harga minyak turun, tarif elektrik lebih murah, tiada lagi PTPTN, tol dimansuhkan, mertabat rakyat diangkat.
Jadi hentikan tangisan air mata buaya kamu tu....rakyat lebih rela UMNO menangis dari rakyat menangis sengsara hidup!!!!
INI KALILAH UNTUK PAKATAN RAKYAT.....INNALILLAH UNTUK UMNO/BN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
Manifesto dikatakan hanya janji. Apa niii?! realistik la sikit
ReplyDelete1). Kualiti hidup lebih baik. Kualiti hidup yang macam mana lagi tuan nak?..tak payah pergi jauh, kita bandingkan dengan kualiti hidup manusia negara lain.
Indonesia : ada rumah kat tepi landasan keretapi, tengah jem dok dalam kereta datang pengemis2 minta sedekah, bom sana sini (bali, hotel JW marriot etc), rakyat indon dok mari kerja kat sini jadi maid, pekerja2 binaan, pengawal keselamatan etc. Ada rakyat malaysia & keadaan malaysia jadi macam tu?..
Singapura : kos living tinggi. sesetengahnya terpaksa kerja tambahan, pagi ke petang kerja pejabat, ptg sampai lewat malam jadi jaga. Azan memang tak dibenarkan diluar masjid (speaker hanya di dalam masjid shj.), ini realiti. Kos sewa beli rumah usah cakap la..min 300k tu pun flat. Sampah kalau orang lain buang tak kena tempat @ dibuangnya kat luar rmh kita..kita pulak yang kena saman (tak senang duduk ooii). Sampai air minum pun disulingnya air kencing utk diminum semula..boleh la minum tapi sanggup tuan?!..ini kualiti hidup?! Ada rakyat malaysia & keadaan malaysia jadi macam tu?..
Thailand : bom, bunuh tembak imam, rakyat islam patani jadi kelas no. 2. Rakyat islam patani dianak tirikan. Ada rakyat malaysia & keadaan malaysia jadi macam tu?..
Yang sebenarnya kena bersyukur..ada usaha ada rezki. Ada kerajaan halang semua ini? Payah sangat ke nak hidup kat malaysia ni?..usaha tangga kejayaan, insyaallah akan ubah kualiti hidup.
2). Negara lebih makmur. Makmur? Yang saya lihat juara himpunan porak peranda ada la..Bersih cthnya, terlompat2 atas kereta, tendang polis, pecah sana sini. Itu makmur?! Demonstrasi kat parlimen, dataran merdeka..apa makmurnya. PAS DAP PKR belum menang dah bertelagah..isu jadi PM, isu negara islam...banyak yang tak bersefahaman. Tu belum menang, kalau dah menang..tah la (jauhkanlah ya allah)..hancur negara (ya la..belum menang dah nampak haru biru..dah menang lagi la hancus). Cth senang; dah tau kereta tu tayarnya botak..nak drive long distance..alamat pecah le..diri yang merana.
PAS + DAP + PKR = 4 tahun tak bersefahaman.
UMNO + MCA + MIC = 50 tahun dah terbukti.
3) Negara lebih kaya tanpa rasuah. Macam la tak ada negara kat dunia ini terlepas dari amalan rasuah. Cuba bagitau negara mana yang tak ada rasuah?! Macam la bila pakatan (minta jauhkan la ya allah) memerintah..tak akan ada rasuah. Tu DAP tu..bertuhankan duit, duit No. 1.
4). Tiada lagi PTPTN. Adat kita berhutang..kena la bayar..lain la kalau pelajar tu cemerlang (dapat pelepasan / biasiswa) tak perlu bayar. Kat akhirat pun...kalau kita berdosa dgn manusia kat dunia..kat akhirat kena bayar samada dengan pahala kita @ dosa mereka kita ambil (kalau pahala dh habis). Saya bertanya, kalau sesorang berhutang wang dengan tuan RM10k..adakah tuan merelakan beliau tak payah bayar..lain la kalau tuan jutawan...rm10k tu macam 10 sen.
5). Martabat rakyat diangkat. Selagi pAS ikut telunjuk DAP..tak payah la cerita nk angkat martabat. Kes terbaru..salon unisex..last2 ikut cakap DAP, dari negara islam ke negara kebajikan (dah 50 tahun baru nak negara kebajikan) & islam tuan luputkan dari slogan semata2 nak jaga hati DAP. Doa apa yang dihemburkan?!..doa menghancurkan umat sesama islam! Cakap nak cover la, kononnya ditujukan ke Parti UMNO..tapi sapa yang membangunkan parti..tak kan nate..mu..lain kali cakap biar pikir dulu. Malunya rakyat islam bila dalam tv Chua soi lek kata ' kita olang cina pun tak doakan olang cina ini macam...?! Memalukan. Senangnya nak murtadkan orang...ini tuan kata nak mertabatkan rakyat. Nak menjahanam ada la.
Saranan saya..bacalah buku2 sejarah terutamanya Trajedi 13 Mei 1969..kita akan tahu siapa DAP sebenarnya.
Pikir2 la..sepertimana bekas setiausaha DAP Tunku Aziz berkata ' tak nampak pun DAP perjuangkan Melayu..jadi juara himpunan porak peranda ada la'. Kepada PAS pikir2 la..bnyak lagi contoh yang dah terang lagi bersuluh. Hanya hati yang diselubung kebencian, dendam & dengki menghalang minda anda tak dapat menerima HAKIKAT & KEBENARAN.
En Anonymous...Sape kata kt Spore azan tidak dibenarkan? Jangan dengar cakap orang klau tidak alami sendiri.Sedara mara sy tinggal jauh dr masjid di singapura tu masih lagi dapat dengar panggilan azan solat 5 kali sehari. Tak ada apa2 mslh pun... Jangan nk mainkan agama utk menghalalkan sesuatu.
DeletePemerintah yang tidak TELUS mmg patut ditukar! Bumi MALAYSIA kaya dgn hasil bumi yg patut diKONGSI BERSAMA rakyat bukan dgn HANYA KRONI2 SHJ. Ada mata,akal dan telinga buat PERBANDINGAN bukan hanya melihat dan mendengar shj.Wassalam
Tuan Anon 17:09,
ReplyDelete1. Kualiti hidup lebih baik - adakah tuan fikir hanya UMNO sahaja dalam dunia buat kebaikan kepada rakyat? kenapa dibandingkan dgn negara2 asian yg penduduknya jauh lebih tinggi dari malaysia. UMNO rakyat malaysia 28juta pun struggle utk beri kualiti hidup lebih baik.
50tahun merdeka, kualiti kehidupan siapa yg lebih baik? melayu?india?cina? atau CINA DAP sahaja yg hidup bagus dinegara ni. ini semua salah PR ke??
2. Negara makmur - tuan hanya melihat berita dari sumber kerajaan, sudah tentulah ia akan mengambarkan sedemikian rupa. Apa punca rakyat turun ke jalan?? fitnah PR atau BN sendiri tak mahu dengar permintaan rakyat?? apa salahnya membuat semua 8 langkah yg dipinta.. sudah tentu takda yg turun ke jalan.
3. Negara tanpa rasuah - SPRM,PDRM semua dibawah kuasa kerajaan pusat pada masa sekarang, sudah 4tahun PR memerintah negeri2 sila tunjukkan media kerajaan mana yg pernah paparkan berita penangkapan kes rasuah melibat negeri2 pemerintahan PR. dan didakwa sehingga didapati bersalah. Ada ke?? cuba tgk BN, semua bekas MB selangor terlibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa, tapi masih boleh jadi Naib Pengerusi Umno??? apa logik nya??cegah sebelum parah tuan.
4. PTPTN - disini sekali lagi tuan dapat maklumat dr sumber yg salah, betul pinjam wajib bayar. bagaimana pula kalau pinjaman tak disediakan, tapi pendidikan percuma yg disediakan, makhluk bodoh manakah atas muka bumi ni yg nak tolak pendidikan PERCUMA??? yg akan diSUBSIDI kan oleh kerajaan baru PR. Soal hutang lama, bagaimana pula kalau ada org lain bersetuju nak tolong bayar hutang tuan, tuan tak setuju ke??? faham betul2 soal ni tuan.
5. Martabat rakyat diangkat - sumber tuan, TV3,Tv1,2 utusex dan berita harian - tentu tak tunjuk ucapan Choi sek lek kepada kaum cina kan.. katanya "DAP diperkuda oleh PAS"... nanti cina jadi mundur sebab islam dimartabatkan.. walhal dipihak UMNO pula berkata kepada penganutnya.. "PAS diperkuda oleh DAP".. come on tuan.. cuba kaji selidik sikit, calon melayu yg duduk dikerusi PR masih majoritinya Melayu.. kalau kuat PAS kerana semua melayu sokong PAS sudah tentu DAP masih dibawah.. itu matematik mudah tuan.
salah faham perkara biasa, tapi persefahaman diantara MCA,MIC,UMNO - tentang hudud TIDAK boleh dilaksanakan di malaysia ,negara Islam akan menyebabkan ekonomi mundur.. haa,.. itu yg menakjubkan.. sebab takda sorang pun ahli UMNO yg nak bantah...
Tentang DOA pula.. sudah tentu lah SYAITAN YG DIKENALI kepanasan bila DOA dibacakan ye tak... kalau UMNO benar kerana Allah nak takut buat apa..
soal sejarah tak perlu nak diceritakan... benda takda pun diadakan.. sedangkan chin peng komunis pun.. UMNO sanggup maafkan.. allahyarham ust. ibrahim libya dituduh pengganas...
Fikir2lah apa guna sistem demokrasi berparlimen, apa guna diadakan Pilihanraya, kalau pilihan rakyat hanya satu.. baik buruk.. syaitan mahupun apa.. mesti UMNO janji melayu.. walaupun korup.. walaupun tak pandai nak tadbir negara.. walaupun islam terkebelakang... janji MELAYU.. ingat.. allah swt tidak akan tanya apa bangsa kamu.. tapi.. apa agama mu.. apa pegangan mu..
UMNO perjuangkan Melayu... PAS perjuangkan Islam.. biar menang dahulu PRU.. baru kita wartakan tentang hudud.. sebab sekarang.. dah ramai anak muda murtad.. yg jahil agama.. yg luar nikah.. selama 50tahun pemerintahan UMNO BN... sudah tentu mereka takutkan islam.. dan akan terus undi UMNO BN.. yg akan terus hanyutkan mereka..
10. org terkaya diMALAYSIA semua nya.. melayu UMNO.. mungkin sebab tu tuan fikir.. UMNO yg terbaek.. biar buta mata.. jgn buta hati...
wallahualam..
yg benar
putraperak
Aku sokong putra perak. Tanyalah mana2 pemimpin umno.. Meereka sebenarnya berjuang untuk diri sendiri dan keluarga masing2. Jurang pemimpin umno dengan rakyat marhaen...sangat besar. Mereka mahu rakyat angkat mereka macam dewa. Kalau jumpa rakyat... Siap dengan bodyguard..majlis besar2.. Jamuan hebat... dll.Kalau buat salah... Tak apa. Duit hilang berjuts-juta... Senyap. Kalau rakyat miskin curi susu anak.. Atau polis terima rasuah rm30.. Wah hukuman berat sekali. Kalau mereka bunuh orang.. Cederakan orang.. Cabul orang.. Rogol anak bangsa.. Curi balak.. Curi duit rakyat... Rm 250 juta... Ambil saham... Ambil tender... Projek..Ambil tanah... Wah.. tak salah. Tolong fikirlah. Wahai rakyat Malaysia kita khususnya orang melayu merempat di bumi dan tanah air sendiri. Minta gaji minimum kata negara bankrup. Woii.. Majoriti melayu masih hidup di bawah paras kemiskinan. Kita ada minyak.. Sawit..getah..balak..koko..padi ..dan pelbagai lagi sumber..tapi kenapa taraf hidup rakyat marhaen kekal begitu selama 55 tahun merdeka. Siapa pm..menteri kewangan... Orang melayu. Lihat pendapatan perkapita rakyat malaysia jika dibandingkan dengan Singapura. Dasar penswastaan sebenarnya satu cara pemimpin ingin membolot kekayaan bersama kroni.Islam dihina.. Tapi pemimpin.. Senyap dengan hinaan pemimpin kaki perempuan ..malah diberi sumbangan besar lagi. Masya-Allah. Kenapa begitu.. Ulamak kamu hina.Fikir2lah... Kalau saya nak sebut keburukan.. Terlalu banyak. Wang zakat ... Entah ke mana diuruskan.. Rakyat miskin tidak dibantu. Orang yg perlu rawatan kesihatan akibat penyakit kronik terpaksa merempat meminta sedekah daripada rakyat. Kadar minyak terlalu tinggi sedangkan kita negara pengeluar minyak. Banding dengan negara pengeluar minyak yg lain. Harga kereta terlalu membebankan rakyat miskin .. Cukai kereta import pula sehingga mencecah 300 %. Belum lagi ambil kira tarif elektrik yg sentiasa meningkat... dan tak lama lagi.. Kos pengangkutan bas akan dinaikkan. Konsesi tol sangat tidak masuk akal sehingga pemegang konsesi dapat untung beratus kali ganda selama berpuluh tahun. Sistem pendidikan pula semakin merepek dengan guru dan anak murid sebagai bahan eksperimen. Gejala sosial dalam kalangan rakyat semakin parah. Cukuplah semua tu. Rakyat mahu pemimpin yg kembali kepada ajaran agama dan nilai2 murni. Jadikan Islam sebagai satu cara hidup. Kita hidup di dunia tak lama. Takutlah seksaan kubur dan balasan Allah kelak. Fikir2kan.Wassalam...
ReplyDeleteUMNO dlm keadaan yakin dlm berita tv dan paper...
ReplyDeleteUMNO dlm keadaan yakin dgn peruntukan kibar bendera...
UMNO dlm keadaan yakin dengan kempen janji ditepati...
UMNO dlm keadaan yakin mngkin begitu angkuh m'gatakn begitu bagus pimpin negara M'sia miskipun pemimpin rasuah dibela dan hidup rakyat kos sara hidup m'bebankn semasa ini...
TAPI...UMNO mngkn t'lupe, ataupn mngkin nk rase syok sendiri drpd berita tv dan paper kononnya dpt tunjuk k'banyakan rakyat sokong dan sayang sangat2 kat mereka skrg ni...
diorang yg nangis tu dh dijanjikan habuan yg besar...tungguu...
ReplyDeleteNangis kat dunia apa nak heran. Melayu tahap gaban emo nya. Bila rakyat tertindas tuntut di akhirat nanti amacam. Tak ternangiskan.
ReplyDeleteSekarang bebaslah. Kalau Allah swt nak bagi sebiji tahulah nasib.
kemah keming boh
ReplyDelete