Friday 29 November 2013

BERITA BAIK!!!! ... PUSAT WANITA BERDAYA SELANGOR (PWB) BAKAL MENWUJUDKAN JUALAN SECARA ONLINE.




Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor bakal mewujudkan jualan atas talian (online) bagi memudahkan pelanggan yang berminat dengan hasil kerja tangan wanita di Selangor mendapatkan produk yang dihasilkan dan meluaskan pasaran.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata penjualan secara atas talian ini mampu menggandakan hasil pendapatan mereka.

Katanya, ini kerana, sebelum ini halangan jarak dan sebagainya menjadikan para pembeli sukar untuk mendapatkan hasil kreatif dan inovatif ini.

“Saya berbincang dengan pelbagai pihak berkenaan untuk meneruskan program jualan secara online ini supaya setiap hasil kerja tangan wanita Selangor tidak hanya terhad di pusat wanita berdaya sahaja.

“Cabaran yang dihadapi oleh wanita Selangor amat banyak seperti kekangan masa dan sebagainya tetapi saya yakin wanita Selangor dapat mengatasinya kerana wanita Selangor sekarang dilihat lebih matang dari dahulu.” kata beliau

Tambah beliau lagi, dengan adanya pembaharuan dalam program wanita berdaya ini, wanita di Selangor mampu mengambil bahagian dalam mengembangkan lagi ekonomi.

“Kita harus berikan bimbingan dan latihan kepada wanita ini tidak kira muda mahupun yang berusia bagi memastikan pembangunan wanita berdaya ini dapat dimaksimumkan.

“Dengan adanya PWB Mart ini dan juga jualan secara online, saya percaya ianya akan menjadi satu destinasi yang ditunggu oleh semua untuk membeli produk-produk yang dihasilkan oleh wanita Selangor.” kata beliau.

Rodziah yang ditemui ketika merasmikan PWB Mart di pekarangan Stadium Melawati di sini memberitahu bahawa kedai wanita berdaya ini akan ditempatkan di dalam kawasan Shah Alam.

Ia juga bakal menempatkan pelbagai jenis bentuk barangan yang telah dihasilkan oleh setiap pusat wanita berdaya di seluruh Selangor untuk dipasarkan serentak.

Majlis yang dihadiri lebih dari 600 orang terdiri daripada pengunjung dan peserta pusat wanita berdaya seluruh Selangor turut dimeriahkan dengan kehadiran Exco Pembangunan Usahawan, Dr. Daroyah Alwi.

3 comments:

  1. Omak kau, kerajaan pusat dah ada kementerian wanita, selangor pun buka untuk wanita juga. Malangnya untuk kaum lelaki tiada keistimewaan begini. kalu kita lihat keadaan sekarang, yang banyak menganggur ialah lepasan sekolah berjantina lelaki. Nak kawin kalu, lelaki jugalah yang perlu cari puluhan ribu. Malangnya lelaki dibiarkan tanpa dibantu, maksud saya dibantu dengan keistimewaan seperti wanita. Mintak kerja, wanita juga lebih mudah diterima oleh majikan2. Jadi cikgu juga jangan haraplah lelaki mudah dapat berbanding dengan lelaki.

    Omak kau, tau apa kesudahannya? maka ramailah lelaki masa kini yang merempit, menghisap dadah dan melakukan perlakuan sosial yang bertentangan dengan undang2. kalau dulu, ketaksamaan gander berlaku pada kaum wanita, nampaknya kini masalah itu sudah terbalik pula. Kaum lelaki pula yang semakin ketinggalan sedangkan tanggungjawab keluarga menjadi tanggungjawab utama kaum lelaki.

    Omak kau, sepatutnya kalu wanita ada menteri, lelaki juga mesti ada menteri. Kalau wanita ada 'memperdayakan wanita", lelaki juga sepatutnya ada 'memperdayakan lelaki" juga supaya keadilan gander dapat ditegakkan. Mengutamakan sesuatu gander sahaja tidak akan dapat mengatasi masalah dalam kehidupan sekarang.

    Harap maklum....

    ReplyDelete
  2. Berita baik untuk pompuan aje. Untuk lelaki habuk pun tarakkk. Hampeh!

    ReplyDelete
  3. PWB satu projek mulia dibawah pemerintahan Tan Sri Khalid MB Selangor. Sbg seorng MB idea dan pemikiran beliau memacu selangor ke arah negeri yang paling berjaya tidak boleh disangkal. Kenaikkan gaji MB, exco ADUn merupakan langkah tepat apatahlagi hasil kerja keras pemimpin memajukan selangor.
    Kepada DSAI dan AZMIN anda tidak layak menegur tindakan MB. Kejayaan Selangor hari ini adalah kerana Tan Sri Khalid yang bersih daripada masalah moral.
    Anwar raja kunyit dan azmin raja aiskrim..kepimpinan anda bakal lenyap bersama masalah moral anda. PKR bakal diteraju oleh org yang sepatutnya dan sehebat Tan Sri Khalid Ibrahim. Ingat bukan Khalid Samad..si syiah tu.;)

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...