Tuesday 26 November 2013

CADANGAN YANG BAKAL MELONJAKKAN SOKONGAN RAKYAT TERHADAP UMNO/BN PADA PRU 14 NANTI ... TARIF ELEKTRIK PERLU DI NAIKKAN.


Kepada Pakatan Rakyat ini pesanan dari Omak Kau .... jangan buang masa berkempen hasut rakyat benci dan tolak UMNO/BN pada PRU 14 akan datang ... rakyat akan tetap sokong padu UMNO/BN punya ... rakyat di luar bandar, rancangan Felda dan kampong-kampong tradisional pasti gembira apabila diberitahu akan cadangan ini .. satu cadangan bagi mengukur pengorbanan rakyat kepada negara ...  salah satu cara nak uji kesabaran rakyat ... kaedah yang terbaik bagi mengajak rakyat bersyukur dengan UMNO/BN.

Biar rakyat pakai lilin asalkan Najib dan Rosmah hidup dalam penuh terang berderang bermandikan cahaya.

Perlu ingat ... tanpa UMNO rakyat kita masih duduk dalam hutan atas pokok pakai cawat daun.

We love UMNO!!!!!!... WE LOVE NAJIB ... WE LAGI LOVE ROSMAH... MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.


SAMA seperti barangan harian lain, tenaga elektrik juga tidak dapat lari daripada kenaikan kos bahan api.

Hakikat itu diakui Ketua Pegawai Eksekutif MyPower Corporation Datuk Abdul Razak Abdul Majid yang mengesahkan penilaian semula tarif elektrik di negara ini dijangka dibuat tahun depan selepas kali terakhir tarif itu dinaikkan pada 2011.

Beliau berkata, pengubahsuaian tarif itu akan dilakukan kerana kerajaan tidak mampu menanggung beban subsidi semakin meningkat akibat kenaikan kos bahan api seperti gas yang digunakan untuk menjana elektrik.

Menurutnya, MyPower Corporation, unit khas ditubuhkan kerajaan bagi memperbaharui industri pembekalan tenaga elektrik telah membentangkan kajian tarif elektrik yang kini sedang menunggu kelulusan kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah kenaikan yang dijangka dikenakan kepada pengguna jika kerajaan meluluskan penilaian semula tarif itu.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid minggu lalu turut mengesahkan kajian tarif elektrik baharu dijangka disiapkan tahun depan.
Menurut Mahdzir, antara isu yang sedang ditimbangkan ialah kos sumber tenaga dan impak tarif baharu itu kepada pengguna.

“Laporan itu akan dibentangkan kepada Majlis Penasihat Ekonomi Negara dan Kabinet untuk pertimbangan. Hanya selepas itu kita akan tahu jika tarif itu ditingkatkan atau sebaliknya,” tambah beliau seperti dilaporkan Bernama.



Negara perlukan IPP untuk bekalkan elektrik

Sementara itu, Abdul Razak berkata, Malaysia kini mempunyai kapasiti penjanaan tenaga elektrik 20,000MW setiap hari dan permintaan pengguna industri, komersial dan pemilik rumah adalah 16,500MW setiap hari.

Menurutnya, permintaan itu dijangka mencecah 20,699 MW pada 2020.

“Kedua-dua pihak Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan pengeluar tenaga bebas (IPP) perlu penuhi kapasiti ini, kalau harapkan salah satu pihak sahaja memang tidak mencukupi,” katanya semasa ditemui dalam taklimat media, baru-baru ini.

Katanya, 50 peratus tenaga elektrik di Malaysia kini dibekalkan TNB dan 50 peratus lagi dibekalkan IPP.

Abdul Razak turut menyangkal dakwaan bahawa IPP mendapat keuntungan daripada subsidi bahan api oleh kerajaan, iaitu isu yang sering dimainkan di media sosial.

“Sebenarnya subsidi kerajaan itu adalah bagi gas milik Petronas yang dijual pada harga lebih rendah kepada TNB dan IPP berbanding harga pasaran dunia.

“IPP tidak dapat apa-apa keuntungan daripada subsidi bahan api itu kerana ianya terus disalurkan kepada pengguna melalui harga tarif elektrik yang rendah,” katanya.

8 comments:

  1. Yahoooo!!!! Tirima kasey Omno.... Wakakaka. Naik lagi banyak2 kasi bungkus semua macai.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai umngok x per.tunjuk kad ahli dpt free or diskaun 80%.yg kena hanya saper yg sokong PR.
      Keh keh keh keh keh.

      Delete
  2. Najib kata kpd rakyat yg tak mau bayar cukai adalah pengkhianat...ho ho ho...yg ko tu samun duit rakyat berbilion tak khianat ke? Ug rosmoh tu..rantai berlian 50 juta beg tangan 6 ratus ribu dari mana tu? Tak pengkhianat ke namanya? Bengap punya pm. Haramjadah punya pm. Naik jet 146 juta tu apa tu? Boros tak diketogiri pengkianat ke? Terhadap duit rakyat...sial lahabau ko.

    ReplyDelete
  3. Apa nak susah2 Datuk Abdul Razak oiiii .... kalu tak untung, tutup aje le kilang tu. Bagi kat PR uruskan...........

    ReplyDelete
  4. teruk sangatkah kedudukan kewangan negara, sampai semua nak dinaikkan? tak kan la nak bagi bonus setengah bulan dan br1m, harga semua barang nak kena naik? apa untungnya pemberian itu kepada rakyat kalau pemberian itu disertai dengan kenaikan harga barang?

    wal hasil balik asal!

    ReplyDelete
  5. Di dunia ini, tiga punca utama kenaikan harga barang dan perkhidmatan adalah apabila berlaku kenaikan harga salah satu daripada tiga sumber berikut:
    i. PETROL
    ii. ELEKTRIK
    iii. AIR

    Mengikut pandangan Professor McKangkong:
    i. Hanya cai2, pengendali ketiga-tiga sumber itu serta PEMBOHONG sahaja yang sanggup mengatakan bahawa kenaikan harga barang dan perkhidmatan TIDAK akan berlaku apabila harga sumber tersebut dinaikkan.

    ii. orang yang PALING PERCAYA bahawa kenaikan ketiga-tiga sumber itu akan menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan ialah:
    a. PENGELUAR
    b. PENYEDIA PERKHIDMATAN
    c. PENIAGA
    d. PEMILIK KEDAI MAMAK


    ReplyDelete
  6. Negara ini dah jadi macam Syrkt Malaysia Bhd plk...semua nak dinaikan bagi mendapatkan keuntungan maksima dengan menjadikan rakyat sebagai mangsa kapitalis

    ReplyDelete
  7. Dah curi berbillion billion, utang berbillion billion pulak , menang PRU 13 guna duit berbillion billion untuk rasuah rakyat sokong, la ni tak cukup duit, semua kasi cukai naik.Jangan jadi negara serupa britain yang kaya lebih kurang 10% dan selebihnya adalah rakyat biasa.Dulu britain kaya tapi sekarang rakyat terekan.Di negara kita la ni kaya, yang untung kroni, rakyat tertekan, bila duit banyak semua nya rasuah.Nak menang PRU 13 rasuah BRIM1 dan 2, dan tipu undi.. .

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...